Pages

9.8.21

Magical Water Set Elf Ocean Kids Handmade Art Craft DIY

Kesian pula tengok anak-anak ni ha tak boleh nak bebas bermain diluar buat aktiviti outdoor lagi-lagi dengan peningkatan kes Covid sekarang. Macam biasa selain menghadap kelas PDPR, kita selit kan juga aktiviti indoor bagi mengurangkan rasa bosan. Kebetulan nampak Magical Water Set macam menarik untuk aktiviti indoor diaorang



Beli dua set untuk kakak dan adik di Shoppe. Harga masa promosi 8.8 bagi 1 set adalah  RM9.99 (harga asal RM16.90) dan setiap pakej mengandungi :-

1 x Pack Serbuk Genie (Powder)

4 x Warna Air (Water colour)

3 x Acuan (Mould)



Kena rendam ye serbuk Genie dalam bekas yang berisi air 1000 ml, kami guna botol mineral sukat air tak begitu tepat tapi bolehlah. Sebaik sahaja serbuk Genie larut dalam air aktiviti boleh dimulakan


Sebenarnya warna tu akan keluar sendiri dari acuan tapi disebabkan adik tak sabar dia korek2 bentuk tu, tengok rupa kejadian epal pertama dia.


 kakak kreatif dia campurkan dua warna untuk bentukkan rupa acuan yang lebih berwarna



Seronok sakan merendam tangan sampai kecut, beginilah hasil kerja dua beradik. Habis warna air dikerjakan dua beradik dalam satu sessi sahaja. Nak simpan esok-esok ke memang takdelah.



Alhamdullilah mereka enjoy dengan aktiviti sebegini. 
Kurang-kurang dapat mengisi kebosanan di kala PKP ni

27.4.21

Aktiviti Seni Tampal-tampal

Semangat anak i nak siapkan handicraft. Barang-barang hiasan dah beli kat kedai awal2 lagi. Disebabkan art ini menggunakan manik, bola hiasan pom2 kecil dan abjad2 maka gam UHU diperlukan untuk lekatan yang kuat pada kertas.

 
 
Jom! Ada geng kita buat sama2 baru lagi meriah. Konsep seni paling mudah main tampal-tampal atas kertas ikut kreativiti diaorang. Ikut kome la nak senget ke lurus ke janji ada aktiviti menarik taklah melekat dengan handphone.


Jom kita tengok hasil masing-masing.

J

6.3.20

Tiket Wayang MBO

Saja2 join contest Vote and Win OSK Property dekat Facebook tak sangka plak boleh menang sepasang tiket wayang.


Disebabkan saya bukan cinema lovers maka tiket wayang tu diserahkan kepada yang berminat. Dari peram sampai expired date baik bagi kat sesapa yang rajin turun panggung wayang.
Siapa cepat dia dapat. Rezeki dia lah untuk tonton wayang percuma gitu.

26.2.20

Pau Viral Puchong

Gebu gebas uols pau yang saya beli ini. Bukan sebarang pau memang wow size dia sebesar tapak tangan orang dewasa. Serius cakap makan seketul pun dah cukup mengenyangkan perut. Tapi kalau korang sejenis perut kecil disyorkan sharing2 dengan family atau kawan. Potensi membazir tinggi kalau makan tak kuat tapi perasan boleh habis makan sorang2..hahaha

Ni saya bawa mai office kerat 4 pakat2 makan sorang skit. Masuk dalam microvave memang sedap makan panas2.


Dah famous pakcik pau ni sekarang gara2 viral di facebook. Rezeki la namanya kan. Cuma pakcik ni ada hari tertentu berniaga di tempat2 sekitar Puchong. Kalau nak rasa boleh cari dia di lokasi dibawah nie.


Antara pau yang ada dijual adalah :-
1) pau ayam telur puyuh,
2) pau daging telur puyuh
3) pau kacang
4) pau kelapa
5) pau kaya
6) pau coklat

Setakat ni saya dah rasa no 1, 3, dan 4. My favourite pau no 2 tapi tiap kali datang habis manjang. Kira puas hati sangat dengan kelembutan pau, isi inti dia banyak. Senang cerita pau pakcik ni ada kelas dia tersendiri. Terus kekalkan kualiti pau nie ye pakcik, dah ramai peminat dia sekarang.