Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang  dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi..  jeng!jeng!jeng! .. bunyi......aauuummmmm!! ! Bunyi harimau yg kelaparan dan  hanya menunggu mangsanya saja.
Jadi, si hamba Allah ni pun lari  untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar  sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah  takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan  daripada dibaham dek harimau tadi.
Dengan kuasa Allah diperlihatkan  sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni  pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba  Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di  tengah-tengah perigi.
Di mulut perigi, harimau yg lapar tu  menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan  diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir  camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.
Aaaaa!!!!... Ya Allah....... lagilah seram dibuatnya Nak tahu ada apa  kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa  tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya.  Semakin risau dan takut.
Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar,  tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas  ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu  pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi  seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit!  sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam  mana aku nak buat ni... habislah jadi mangsa buaya
.
Berfikir lagi. Kalau  naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah  makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak  selamatkan dirinya, tetiba....terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu. ..  Bunyi lebah bawa madu.
1 minit untuk mengingati Allah ♥
Step 1:
Sebutlah dengan sepenuh hati dan  lidah yang fasih akan:
*SUBHANA'LLAH
*ALHAMDULI'LLAH
*LA I LAHA  ILLA'LLAH
*ALLAHU AKBAR
*ASTAGHFIRU' LLAH
*LA ILAH ILLA'LLAH,  MUHAMMADUN RASULU'LLAH
*ALLAHUMMA SALLY WA SALLEM WABAREK ALA SAYYEDINA  MUHAMMAD *WA AALIHE WA SAHBIH AJMA'EEN
Step 2:
Hayatilah sedalamnya  akan makna ayat demi ayat, perkataan demi perkataan
Step 3:
Oleh  itu... duduklah sambil merenungi betapa kekuasaan Allah dalam kehidupan kita  seharian kerana melakukan segala yang di redhaiNya Bersamalah kita berdoa agar  sentiasa di beri nikmat kesejahteraan serta kelapangan akal fikiran dalam apa jua yang kita lakukan.
 
