Bercakap pasal balik kampung nie, satu perkara yang bersepah di lebuhraya nanti speed trap..maka berhati-hati sebelum wang anda melayang-layang.
Nak share dengan uols kawasan-kawasan yang panas dengan speed trap ni. Dapat thru email
Plus Arah Utara (Dari KL):
1- Km 197.1, Km 198.8 & Km 204.3 selepas exit Kemunting
2- Km 208 & Km 214.8 sebelum exit Kemunting
3- Km 271 berdekataan exit Ipoh Selatan
4- Km 274.4 berdekatan exit Ipoh Utara
5- Km 286.9 berdekatan exit Simpang Pulai
6- Km 296 berdekatan exit Gopeng
7- Km 352.6 selepas exit Sungkai
8- Km 373 berdekatan exit Slim River
9- Km 241.9 berdekatan exit Kuala Kangsar
10- Km 308.6 selepas exit Gopeng
11- Km 252 masa turun bukit selepas terowong Menora
12- Km tak pasti tapi betul2 di R&R Gurun
13- 2 km after tol Juru (90km/j)
14- 5 kamera di atas jambatan pulau pinang (so slow je la kat situ)
Plus Arah Selatan:
1- Km 289 sebelum exit Nilai Selatan
2- Ada 3 kamera antara Km 255 - Km 249 (Persimpangan Seremban - Senawang)
3- Km 253 selepas exit Senawang
4- Km 213.9 selepas exit Alor Gajah
5- Betul2 di exit Jasin
6- Km tak pasti tapi selepas hentian sebelah Tangkak
7- Km juga tak pasti tapi jambatan pertama selepas exit Yong Peng utara
8- Km 97.3 selepas exit Air Hitam
9- Betul2 di exit Sedenak
Plus Tengah:
1- Km 456 selepas exit Sungai Buluh
2- Betul2 di exit Bukit Lanjan
3- Betul2 dibawah Restoran Jejantas Sg Buloh
4- Km 302.8 berdekatan exit Kajang
5- Km 296.5 & Km 297 berdekatan exit Bangi
NKVE
1- 300 meter sebelum tol Jalan Duta (60 km/j)
2- Selepas cabang jalan ke tol Jalan Duta (80km/j)
3- Betul2 di exit Damansara
4- Km 11.2 berdekatan rel keretapi
5- Betul2 di exit Shah Alam
KESAS
1- Km 44.8 berdekatan exit LDP
2- Berhadapan Endah Parade
3- Betul2 di exit Hicom
ELITE (Dari arah KLIA)
1- Km 4.8 selepas exit Batu 3
2- Km 2 - Km 4 atas jambatan berdekatan Makro
3- Betul2 kat bawah restoran jejantas USJ
4- Km 10 sebelum exit USJ
JALAN PERSEKUTUAN
1- Bersebelahan Hotel Mint
2- Berdekatan Esso kat exit Salak Selatan
3- Berhadapan dengan Istana Negara
4- Berhadapan dengan Muzium Negara
5- Kawasan turun bukit selepas pekan Raub (Menghala Kuala Lipis)
6- 2 km sebelum pekan Maran (Arah Kuantan)
7- Area Paya Bungor
Nak tak nak kenalah cari pomen kereta takkan nak biarkan kereta nie tersadai tepi jalan je .. nasib baiklah ada satu bengkel terdekat cuma kena jalan sikit tak sampai pun 1km. Tak kisahlah janji tak kena tido tepi jalan.
Berjalan me dan husband sambil berdoa bengkel buka lagi tu sebab dah pukul 6.15 petang.. dup dap dup dap jantung kitaorang berdegup.. sekali tengok dari jauh buka lagi..lega kau! Adalah sorang customer melayu masa tu.
Cerita serba sedikit masalah dan kitaorang follow pomen naik kereta dia ke kawasan dimana kereta kitaorang tersadai tadi. Nak kena tengok dulu baru tau apa masalah sebenarnya. Check punya check ...nampaknya kena masuk bengkel sebab masalah berpunca dari dalam..
Ketibaan lori towing yang datang dari USJ untuk mengangkut kereta me ke bengkel. Melayang duit RM60 sekali angkut.. sabar jerlah..
Husband yang sedang gundah gelisah memikirkan berapa RM yang bakal terbang nanti.. huwaa sedih baju raya belum beli lagi nie.
Di sinilah kereta me sedang di diagnose oleh pomen untuk kenal pasti masalah yang menyebabkan kereta tak boleh start.
Disebabkan waktu berbuka sudah hampir, me dan husband decide nak pergi beli juadah berbuka dulu.. waktu nie pukul 7.10 petang dah. Baik hati gila pomen tu bagi kitaorang pinjam kereta proton saga die sementara die check apa masalah dalaman tersebut.
Akhirnya sampai jugak berita gembira itu.. pada dasarnya tak nak la mengharap sangat takut kalau tak dapat kecewa lak rasanya. Kalau dah namanya rezeki tak kemana kan.. semalam satu opis dapat memo bahawa duit raya akan menanti kami...happy la memasing. Even tak sebanyak seperti tahun-tahun lepas namun me bersyukur dalam keadaan company yang tengah survive kebajikan para pekerja masih tetap diambil berat. Alhamdullilah.
Memang saat yang paling tak best sebab ketumbit yang tengah menepek telah menjejaskan kegojesan mata me....awas ini bukan sebab mengintai tapi dah nak kena..pasrah .Sabar jelah cuma tak berapa selesa bila melihat sebab ketumbit nie hadkan penglihatan .. Tak suka tak suka. Me try search kat internet petua-petua yang boleh me amalkan untuk menghilangkan ketumbit ..share kat sini ye.
Ambil air dari pucuk bemban lalu dicampur dengan hempedu ikan haruan. Hempedu itu pula hendaklah ditumbuk halus lalu dititik ke dalam mata. Lakukan berkali-kali sehingga ketumbit itu hilang.
Caranya, ambil seulas bawang putih, guris sedikit bahagian hujungnya dengan kuku agar keluar airnya dan sapukan pada kelopak mata yang terkena ketumbit tadi 3 kali sehari. InsyaAllah ketumbit akan beransur baik dalam masa singkat.
Panaskan air, bubuh air panas tu dalam cawan. Rendamkan sudu besi di dalam cawan berkenaan.Agak-agak sudu besi tu panas-panas suam, letak dekat eyelid yang swelling tu.. jangan panas sangat takut melecur.. Ulangi lagi dalam 2 3 kali sehari.
Hokey.. balik kang nak start try petua-petua no 2 dan no 3 sebab mudah sikit dibuat dari petua no 1 aduh leceh pulak me dah cari pucuk bemban tengah-tengah bandar nie. Kalau tak ok jugak jumpa doktor ler jawabnya.
Pengumuman dari Datuk Seri Najib ada bonus menanti semua kakitangan gomen dan pesara, untunglah you'all dapat bonus setengah bulan gaji dengan minimum RM500, tengah bulan dapatlah tu..masyukk!!. me tumpang seronok je lah dengar...harap-harap adalah BONUS dari company me raya nie :)
Kerajaan umum bonus setengah bulan untuk penjawat awam
08/08/2011 6:15pm
KUALA LUMPUR 8 Ogos – Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.
"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.
Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri. – Bernama
p/s: Harap-harap tak der peniaga yang semena-mena naikkan harga barang hanya sebab bonus raya nie..
Seekor kucing yang ditemui di tepi jalan oleh seorang ahli biologi dari Voronezh, Rusia bukan sahaja comel tetapi mempunyai keunikan yang tersendiri kerana ia memiliki 5 telinga berbanding kucing yang normal mempunyai 2 telinga sahaja... memang pelik tapi benar.