Pages

30.10.11

MICCOS 2011


Hujung minggu kalau takde aktiviti memang bosan tahap tepu dibuatnya. Nak ronda-ronda shoping kompleks dah naik jemu berapa puluh kali nak tengok benda sama aje :p. Apakata korang ronda-ronda sekitar Maeps Serdang pulak sebab sekarang tengah ada pameran kat sana. Hari ini last day. Me dah pergi semalam memang beshh sebab dapat makan Chocolate Free banyak kali.. hehehee!!


---------------------sedikit info--------------

Pameran & Persidangan Komoditi Antarabangsa Malaysia (MICCOS) adalah acara perdana dalam sektor komoditi negara. MICCOS adalah satu acara dwi-tahunan yang menemukan para penggiat industri utama serta usahawan dalam sektor komoditi. MICCOS 2011 yang dianjurkan oleh Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi akan diadakan dari 28 - 30 Oktober 2011 di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Selangor.

Dengan tema “Menjana Kekayaan Melalui Inovasi”, MICCOS 2011 akan mempamerkan pelbagai produk terkini di samping pembangunan teknologi dan inovasi dalam bidang komoditi negara yang merangkumi minyak sawit, kayu-kayan, getah, koko, lada, tembakau, kenaf, jatropha dan sagu. Pameran ini akan disertai oleh para pengeluar, pengilang dan pengeksport utama, di samping Agensi-agensi yang bertanggungjawab dalam pembangunan dan promosi produk-produk tersebut.





28.10.11

Website FAM Kena Hack

Isu kenaikan tiket memang HOT satu malaysia sampai HACKERS pun dok naik angin.. Mulalah depa keluarkan skill-skill angkasa gaban habis dikojekan website FAM sampai kuar menatang pink tu. Tekanan demi tekanan yang FAM terima kala ini..meluap-luap betul kemarahan peminat bola..dasat sekali :|




credit adie82 cari



Try open www.fam.org.my , cam ginilahh status keadaan website mereka..







26.10.11

Kecundang Jua

Badan kalau lama dah tak bermandikan berpeluh bila aktif bersukan balik mak aii alamatnya termengah-mengah mintak oksigen. Mulalah tercungap-cungap cari fitness yang hilang... cepat pancit kaedahnya.
Kali terakhir rebut bola sebelum puasa dah berapa bulan tu..cerrr kira.. Ada games baru turun padang, mana lomak tu tak berlumba-lumba naik :p ..hehehe. Jadi terpaksalah terima hakikat bahawa team tuan rumah berjaya menewaskan team pelawat @ team husband me la tu dengan agregrat 17 - 7 . Isshhh malu nya :p














Hadiah Birthday

Diikutkan dah lepas pun birthday mamat ni tapi dah janji nak bagi hadiah yang special so kena tunggu lama sedikit...hehehee. Kebetulan husband ada games futsal yang satu jalan ke rumah uncle syaf so kitaorang singgah sekejap kat rumah beliau.
Sampai je ingatkan nak jumpa kat bawah, call punya call tapi tak berangkat. Ha sudah jangan tak de dah tapi sebelum nak datang dah roger. Nak tak nak gigihlah mendaki anak tangga nasib baik rumahnya tingkat dua :p.
Bila pintu dibuka selepas diketuk dan salam diberi... amboi rupanya sedang bersedapan mengoreng cekodok. Patutlah payah benar nak contact handphonenya problem. Takpelah tapi
sori tak dapat nak rasa cekodok tu sebab nak kejar masa. Apakah hadiah itu saksikan..... Jeng...Jeng....Jeng!!!!









4 ekor anak ikan kelah








Birthday boy yang terkejut tengok hadiah yang dapat




Happy Deepavali


Happy Deepavali to all my hindu friends. Enjoy your celebration today!
~~~ ♥ ♥
~~~ ♥ ♥
~~~ ♥ ♥
&

Happy Holiday to all Malaysians.





25.10.11

Pencarian Bloglist Transparent-Art



Bila tengok entry terbaru Nabila Medan tentang Pencarian Bloglist Transparent-Art terus berminat nak join, ehhhh tak pernah-pernah me masuk segmen-segmen cam gini.. sogan la katakan :p heheheeee. Percubaan pertama ni kalau tak sampai bila pun tak buat.

Ha orang pompuan ajer boleh join yang jantan tengokkan ek.. ingat ini syarat utama jangan buat-buat tak faham pulak.

TAG 3 kengkawan - Elza, Nisa Azman dan Roszaliza.

Apa kata korang join sekali Pencarian Bloglist Transparent-Art untung-untung boleh jadi 20 orang yang bertuah :)



Angkara Tiket Mahal

Keputusan FAM menaikkan harga tiket Final Piala Malaysia antara Negeri Sembilan dan Terengganu sabtu ini merupakan keputusan yang amat mengecewakan peminat bola sepak malaysia. Rata-rata merasakan harga RM 50 bagi semua tempat duduk sangat "cekik darah" dahlah masing-masing mai dari jauh. Duit minyak, makan...tol pun pakai duit lagi.. Belanja banyak keluar memang kopak arr :|

Bola sepak kat Malaysia baru nak up balik , kepercayaan peminat tengah berkobar-kobar ....semangat pun sedang membara support team favourite masing-masing alih-alih gila kentang punya markup tinggi harga tiket.

Kemarahan peminat yang marah akibat kenaikan harga tiket dah digambarkan kat bawah nie.. Sabor no sabar ...huhuhuuh.. Senang-senang korang tengok di TV dah lah tapi feel tu mesti tak happening macam kat stadium kan.


Credit tuan_wu cari



Credit tuan_wu cari



Source Facebook



24.10.11

Kad Kahwin Dira Abu Zahar


Source Ohbulan


Seorang ni artis dan pasangannya pula cameraman maka design card haruslah ada elemen kefileman. Sesuai benar kan sebab masing-masing adalah anak seni dalam satu aliran yang sama. Cantik dan kreatif kad jemputan kahwin Dira dan pasangannya Helmi. Mereka dijangka akan berkahwin Nov nanti. Tahniah.




23.10.11

Majlis Perkahwinan Dania & Afif

Memenuhi undangan ke majlis perkahwinan rakan husband me yang bersanding di Dewan Banquet UPM. Kehadiran tetamu disambut dengan gantungan banner yang cukup cantik di luar pintu.




Aunty cina yang duduk semeja dengan kita orang offer tolong tangkapkan gambar kami dua.. baik kan dia :).


Raja sehari yang sedang santap di meja pengantin. Pengantin sempat bagi isyarat ajak bergambar atas pelamin lepas makan tapi sorry tak dapat nak lepak lama-lama. Snap picture pengantin jelah ye :)


Rekaan pelamin sungguh indah tapi sebab nak pulang awal tak dapatlah nak posing kat sana..huhuhu.


Kami mahu pulang dulu ya.. cuaca panas membahang waktu nie. Terima kasih kat tuan rumah sebab sudi menjemput kami :)


Tahniah kepada Dania dan Afif diatas perkahwinan kalian berdua. Semoga bahagia dan kekal sehingga ke akhir hayat.



Rebat TOL PLUS

Wah berita baik untuk pengguna lebuh raya PLUS yang menggunakan PlusMiles, Touch n' Go dan SmartTAG tapi yang pakai cash tak dapat ler :|

*************

KUALA LUMPUR: PLUS Expressways Berhad (PLUS) memberi rebat tol sehingga 20 peratus kepada pengguna kad PlusMiles, Touch n' Go dan SmartTAG sempena Deepavali.

Pengarah Urusannya, Datuk Noorizah Abd Hamid, berkata pengguna kenderaan kelas satu yang membayar tol menggunakan kad elektronik itu akan menerima rebat 20 peratus, Rabu ini dan 10 peratus pada Isnin dan Jumaat. “Pengguna akan menerima rebat itu jika membayar tol di Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuh Raya Persekutuan Laluan 2, Lebuhraya Elite, Linkedua, Lebuhraya Seremban-Port Dickson dan Lebuhraya Butterworth-Kulim sepanjang tiga hari berkenaan dan tidak tertakluk pada masa tertentu,” katanya. Katanya, rebat boleh dituntut di mana-mana pusat khidmat pelanggan sepanjang lebuh raya PLUS apabila pengguna menambah nilai kad elektronik mereka pada bulan berikutnya. Bagaimanapun tiada rebat kepada pengguna yang membayar tol di Plaza Tol Bukit Kayu Hitam, Plaza Tol Tanjung Kupang dan Plaza Tol Bangunan Sultan Abdul Samad. – BERNAMA



Yasmin Hani Kahwin













Wachaa sudah menemui cinta sejati yang membawanya ke jinjang pelamin. Sama cantik dan sama handsome kedua-dua pengantin baru. Yasmin Hani Richardson dan suaminya Sha’arin Mohammed Razali Wong yang telah selamat disatukan pada 21 October lalu. Semoga kedua-duanya bahagia dalam melayari bahtera kehidupan rumahtangga dan kekal hingga ke akhir hayat.. Tahniah!




22.10.11

Hari Sabtu Yang Mendebarkan

Grrrrr... berdegup kencang jantung me dibuatnya nasib baik kereta kitaorang tak hentam kereta orang lain tadi. Mengigil-mengigil tangan dibuatnya. Alkisahnya me dan husband dari Puchong dalam perjalanan nak balik rumah. .Kitaorang nak ke arah Subang Jaya so maintain steadylah duduk lorong tengah. Lorong kanan memang jem bersusun-susun dengan kenderaan yang nak menghala ke arah IOI Mall dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya.

Dengan tak semena-mena sebuah kancil dari arah kanan dengan TAK BAGI SIGNAL dan TAK PERHATIKAN JARAK terus memintas kereta kitaorang yang dah dekat. Apalagi husband me terpaksa brek mengejut sebab lagi sikit lagi nak langgar kereta kancil tu. Hampir ok hampir!!

Pinnnnnnn!!!Pinnnnnn!!! Terus husband me hon beberapa kali.. Gila ke apa main pangkah sesuka hati. Bayangkan kalu terlanggar tadi bukan ke menyusahkan kedua-dua pihak.. Ko tak sayang kan kereta ko tak pe la me tak peduli harta ko, tapi kitaorang sayang gila kereta kitaorang. Pehhh darah memang menyirap tengok perangai manusia yang tak reti nak bersabar langsung. Penat je orang pasang signal tapi ko tak gunakan buat perhiasan je kot. Lepas tu ikut sesuka hati main masuk lorong orang lain.

Hai dan dan pandai pulak dia pecut laju tapi husband kejar sebab geram sangat tengok attitude pemandu kancil turbo tu. Sampai kat tol me sempat snap Kancil Sesengal ni buat kenangan hari sabtu yang mendebarkan. Pleaselah jangan pasal kecuaian ko orang lain jadi mangsa. Pandu Cermat Jiwa Selamat!


Alhamdullilah, sampai kat rumah dengan selamatnya.