Me dan rakan-rakan suka pergi kat tempat ni.. ala-ala favourite port. Walaupun terpaksa mengharungi cuaca panas dan berjalan kaki kalau takde aral melintang memang ringan jer kaki melangkah ke sana.

Kat sinilah destinasi beli makanan kitaorang setiap Jumaat. Takdelah meriah sangat sebab gerai yang ada tak banyak mana boleh dikira dengan jari. Setakat nak layan selera tekak bolehlah.

Masing-masing dah selesai menyoping makanan tengahari untuk hari ini. Kalau datang ke pasar jumaat yang berdekatan dengan MASJID AL-FALAH nie standardlah tapau bawak balik makan di office.
