Nak dapat invitation survey kena join member dulu barulah sebarang survey terbaru akan diinvite melalui email. Kebiasaannya survey yang diterima mudah dan tak ambil masa yang lama untuk dijawab. Jom skodeng ShoutBox dan jadi sebahagian dari panel member mereka dan seterusnya nikmati hasilnya :)
30.11.11
Jawab Survey Dapat Voucher
Nak dapat invitation survey kena join member dulu barulah sebarang survey terbaru akan diinvite melalui email. Kebiasaannya survey yang diterima mudah dan tak ambil masa yang lama untuk dijawab. Jom skodeng ShoutBox dan jadi sebahagian dari panel member mereka dan seterusnya nikmati hasilnya :)
29.11.11
Pulangkan Balik
Tak baik wehhhh buat cam gini sampai menyusahkan kitaorang nak buat kerja. Paling kesian kat officemate me yang terpaksa jadi "hantu tak bertuan" sementara menantikan laptop gantian. Kenalah menumpang kasih pada PC scanner yang kosong. Alohhh apa nak buat nasib badan. huhuhu. Nasib baik me dah lama pakai laptop , CPU bawah meja yang hilang walaupun cuma ada khazanah lama sedih gak rasa sebab CPU tu dah jadi bestfriend me hampir 3 tahun start dari mula masuk kerja sampai lah hilang.
Harapan nak dapat balik benda yang dicuri tu memanglah amat tipis cuma me berharap depa insaf la sebelum diinsafkan oleh penjara besi yang kebal. Kalau tak de kerja cari la, kerja bersepah weeiii kerja kat Kuala Lumpur ni.
24.11.11
Aku Maafkan Kamu
Baru terdengar lagu Aku Maafkan Kamu di HotFM pagi tadi terus LIKE sebab this song sangat nice pada halwa telinga me. Giler puitis liriknya sampai otak harus dikerahkan untuk mencari maksud tersirat disebalik lagu. Tapi tak faham-faham gak..huhuhuhu.
Tak jumpa official video lagu ini so layan jelah apa yang me jumpa di lubuk youtube :p
credit QarmaPictures
Aku Maafkan Kamu – Malique & Jamal Abdillah
Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
Timbul tenggelam timbul tenggelam
Acapkali terpendam acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Ku ditimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati
Atas kepala murai sekawan
Baling kurambit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam di angan
Sampai terkacip mulut mahirnya
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi mari tafsir alif ba ta
Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
21.11.11
Semangat Harimau Malaya
Hai morning semua. Permulaan yang baik di pagi isnin dengan perjalanan yang lancar mungkin sebab cuti sekolah dah bermula..Kalau macam gini selalu memang seronok je nak pergi kerja hari-hari. Tak delah sangkut dek jem memanjang.
Pastinya seluruh rakyat Malaysia sedang berdebar menantikan detik jam 8.30 malam waktu perhitungan terakhir antara Harimau Malaya VS Garuda bagi menentukan siapakah yang bergelar JUARA Pingat EMAS Bola Sepak Sukan SEA ke 26.
Harapan tinggi sedang digalas dibahu Team Malaysia dan semestinya kami seluruh rakyat Malaysia akan memberi sokongan yang terbaik walaupun hanya dari jauh. Wow, semangat semakin meletup-letup tatkala menonton Trailer Final Sea Games Malaysia Vs Indonesia. Saksikan.... Malaysia BOLEH.
Credit: Miloais84 (Youtube)
19.11.11
Besarnya Awak!!
Destinasi sebenarnya adalah ke Berjaya Times Square. Malu nak habaq yang me baru first time ke sana.. Wakakak kuno kan padahal dah berapa lama BTS tu wujud. setakat dengar nama jerlah. Kalau tak ada tujuan penting jangan haraplah nak sampai ke sini.. Alahai terima kasih The Square Bazar pilih me as Lucky Winner Smurf Season. Motif nak ambil hadiah punya pasal dengan jayanya sampai gak ke Berjaya Time Square :)
Bersama wakil penganjur. Alamak terlupa nak tanya nama awek ni tapi
friendly orangnya
Phewittt.. sape lagi comel. wakakaka.
Amboi terus ajak awek nonton football match Malaysia VS Myanmar. Tengok tak sia-sia ada cheerleader biru terus menang 1-0.. :p
Nak tahu berapa tinggi Smurfette ni?? 48" tau....memang besar gedabak. Setakat ini hadiah yang paling terbesar yang pernah me menang.. Tak taulah selepas-lepas ini. Harap-harap adalah rezeki yang lagi, lagi dan LAGI BESAR hendaknya.. Amin.
17.11.11
Persis Baby Doll
Untung emak dengan bapaknya, yelah anak perempuan diaorang kecil-kecil dah pandai cari duit sendiri :p. Glamour lagi tu.. Harap-harap budak kecik ini tak menjadi mangsa ekploitasi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Tengoklah kecil-kecil dah bercolour-colour muka yang comel tu. Alahai sayang kulit muka muda-muda dah terdedah pada bahan kimia.
Masalah Dunia
15.11.11
In Open Relationship
Hahahaaa......apa yang dikau merepek kan ini duhai anak murid oii..... memang sempoi apa yang dikau tulis.. Kalau ada sepuluh lagi rope nie memang meraung ala-ala harimau jadian cikgu nanti..ngeeee. Awak loyar buruk cikgu pun tau nak balas lagu mana.. aduh jawapan terlebih pandai kan budak-budak zaman sekarang nie. Orang suruh belajar tak bagi perhatian kat cikgu sekarang akibatnya habis porak-peranda jawapan yang diberi..huhuhu.
Nasib baik me bukan cikgu kalau tak, harus keras urat perut nak tahan gelak. Pandai pula mintak maaf kan alahai sopan-santun gitu.
14.11.11
Sangat Ong Ini Hari
13.11.11
SPM Candidates 2011
Debaran yang dirasai menanti hari esok turut dikongsi ibu bapa di rumah silap-silap tak boleh tidur malam risaukan anak-anak yang bakal berdepan exam penentu hala tuju anak-anak mereka. Pasti ada yang dah tak sabar nak duduk di meja exam kan almaklumlah dah study mengadap buku-buku berbulan-bulan lamanya, dah ready dengan apa yang bakal disoal nanti..
Me harap semua persiapan dah dibuat dengan sebaik mungkin, make sure dah kemas sebelum tidur supaya esok tak kelam kabut dan jangan lupa berdoa semoga urusan esok hari dan hari-hari berikutnya dipermudahkan..InsyaAllah.
11.11.11
Sukan Sea 2011
("Modo" & "Modi")