Pages

Showing posts with label muzik. Show all posts
Showing posts with label muzik. Show all posts

18.3.12

Official Music Video Sesaat Kau Datang



Petang-petang ni moh layan salah satu video clip yang agak menarik. Lagu Sesaat Kau Datang nyanyian Ramlah Ram feat Sleeq. Bukan sahaja cantik pada sinemografi tetapi jalan ceritanya juga mudah nak difahami. Satu pujian gak sebab vc nie nampak creative takdelah main cincai-cincai buat ala-ala budget ciput :p. Model-model dalam vc nie bertudung tapi stylo hokey... ok enjoy watching :)




4.3.12

Gingerbread : Mat Jiwa Jiwa

Group yang popular sekitar tahun 80an "Gingerbread".... Dulu popular dengan lagu "Mat Jiwa-Jiwa"... Masa kecil-kecil dulu pernah dengar tapi peredaran masa membuatkan ingatan me pada lagu tersebut semakin pudar.......Sehinggalah husband me peminat tegar lagu-lagu lama memperdengarkan kembali lagu itu di handphone.....Ermm dalam hp dia tu penuh dengan lagu-lagu klasik.... Sabor jelah.







Sunyi hati rasanya
Di malam tidak berbintang
Bulan bersendirian
Menanti pungguk idaman

Usah dilamun yang hilang
Membuat adik merindu
Kini Abang Mat dah datang
Membawa penawar pilu

Tidak pada yang lain
Cintaku hanya padanya
Pungguk bukan menjelma
Kerna janji yang setia

Percaya padaku ini
Punggukmu berubah hati
Meninggalkanmu sendiri
Memburu bulan yang tinggi

( korus )
Nasi lemak, Buah bidara
Daun selasih ku lurutkan
Hilang emak, Hilang saudara
Kerna kekasih ku turutkan
Jiwa-jiwa lagu hati, daun kesum tepi sawah
Jangan adik undur diri, Sebelum kita bernikah

Tidak pada yang lain
Cintaku hanya padanya
Pungguk bukan menjelma
Kerna janji yang setia

Percaya padaku ini
Punggukmu berubah hati
Meninggalkanmu sendiri
Memburu bulan yang tinggi




24.11.11

Aku Maafkan Kamu

Baru terdengar lagu Aku Maafkan Kamu di HotFM pagi tadi terus LIKE sebab this song sangat nice pada halwa telinga me. Giler puitis liriknya sampai otak harus dikerahkan untuk mencari maksud tersirat disebalik lagu. Tapi tak faham-faham gak..huhuhuhu.

Tak jumpa official video lagu ini so layan jelah apa yang me jumpa di lubuk youtube :p



credit

Aku Maafkan Kamu – Malique & Jamal Abdillah

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak


Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil

Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni



Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan


Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku


Timbul tenggelam timbul tenggelam
Acapkali terpendam acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam


Ku ditimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu


Maafkan mereka mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa


Maafkan mereka mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati


Atas kepala murai sekawan
Baling kurambit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam di angan
Sampai terkacip mulut mahirnya


Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku


Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda


Pura-pura dengar telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi mari tafsir alif ba ta


Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak


Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku


Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak






15.10.11

Cinta di Buku Lima

Kalau sebelum ini hasrat hati Najwa Latif telah disuarakan melalui lagu "cinta muka buku" , sayangnya cinta yang disemai telah menemui kegagalan dan putus di tengah jalan. Dengarkan lagu putus cinta "cinta di buku lima" dari Encik Mimpi ....aduhh gelak guling tengok kisah cinta budak zaman sekarang macam-macam style :p




Lagu cinta di buku lima adalah hasil kreativiti Encik Mimpi ala-ala lagu balas untuk najwa latif. Serius behh.. love it ❤. kalau lagu ni keluar kat radio mesti lagi meletopps kan.




8.10.11

Mood Retro | Sealed With A Kiss



Sealed With A Kiss - Brian Hyland


Lagu terbitan 1962 "sealed with a kiss'' lama dah lagu ini keluar tapi haram tak pernah dengar. Bila husband nyanyi bait-bait lirik, tunjukkan video klip depa no wonderlah tak kenal dah me pun bukan jenis layan lagu-lagu lama. Husband me lagu-lagu retro serahkan pada dia memang fanatik yang amat, banyak yang dia tahu.. even lagu nie zaman sekolah dia dah selalu dengar.... ketinggalan zaman rupanya me :p




20.3.11

Got To Go by Najwa Mahiaddin




Bestlah lagu nie, minat dengan suara Najwa dan kreativiti video clip tersebut. Anak kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia nie begitu berbakat dan boleh pergi lebih jauh dalam dunia seni suara. Thumbs up!