


Dengan sekali lafaz maka termeterailah ikatan perjanjian suami isteri antara Yusry Abdul Halim, 39 dan Lisa Surihani Mohamed, 26. Sama cantik dan sama padan. Kedua-keduanya telah selamat diijabkabulkan semalam selepas solat Isyak di Hotel Marriot lokasi penyatuan cinta dua hati. Tahniah kepada kedua-dua celebriti yang penuh pesona ini. Semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat. Amin.