Orang berbudi kita berbahasa
31.10.12
Pantun Dibalas Tiket Wayang Diberi
30.10.12
Buah Perah
Sape kenal buah berwarna kecoklatan comel molek nie?? Boleh jumpa dekat sekitar Pahang jer. Sebab me bukan orang Pahang so sah-sahlah tak pernah jumpa dan kenal buah perah. Rasa berlemak membuatkan ia begitu diminati ramai cuma buah nie ada musim dia jadi nak jumpa tu agak sukar skit. Kaki pancing selalu guna buah nie as umpan untuk menangkap ikan patin.
Kalau kena dengan musim, time uols jalan-jalan ke Pahang bolehlah merasa buah perah keluaran negeri Pahang :)
29.10.12
Kisah Cuti 3 Hari
Ala rasa tak cukup cuti 3 hari....sampai rasa betul liat nak pergi kerja arghhhh....So macamana sambutan hari raya aidiladha uols? Mesti best kan dapat pulang beraya kat kampung... Family me dah memang duduk KL memang pusing-pusing raya dekat sini gak punya.
Niat asal nak meronda-ronda dekat rumah makcik sedara di Utara tapi nasib baik la plan berubah kalu tak puhhhhh kesabaran akan diuji. Tak caya cerr tengok photo yang me ambil dari FB kengkawan. Mintak izin ye me ambil photo uols nie...hehheee
Pengsan...hari-hari kerja menghadap jem...cuti pun layan jem lagi...
Huwaaa... nak membuang pun kena take turn!! Kalau emergency pitamlah nak menahan
Tadaaa sempat membeli-beli baju untuk si kecil dekat Jusco, aiyoo serius cannot tahan keinginan yang sedang membuak-buak nie..hehehe! ala-ala mukadimah so beli sikit dulu tapi bayar guna voucher yang dapat dari Survey.. bijak tak bijak tak?
Baby Outlet Sales 2012
Date: from 23rd October 2012 to 4th November 2012 ( 10am to 8pm )
Venue:
Baby Outlet, 5 & 7 Jalan PJS 11/1, Sunway , Selangor
Baby Outlet, 5 & 7 Jalan PJS 11/1, Sunway , Selangor
Sales lagi uols..... waduh bikin hati panas je!!muahaha.. mana tak panas ingatkan bulan nie off dari baby sales sekali hambek ko bertimpa-timpa sales yang datang. Kalu ikutkan hati nak jer pergi memborong barang dekat sini biasalah orang pompuan rambang mata selalu tapi.......sebab me dah aim nak redah Warehouse Pureen dengan Expo Maternity Midvalley bulan depan sabar jerlah.. karang lari budget. hehee
25.10.12
My Dear Warehouse Sale 2012
Mommies!! Mari-mari terjah My Dear Warehouse Sale. Mana tahu kot2 ada yang mencari stroller, walker etc buat si comel manja anda. Tengah-tengah ada OFFER syok gak rembat seketul dua yang berkenaan di hati ye dak.
Date: from 25th October 2012 to 4th November 2012
Venue:
34, Jalan Meranti Jaya 10, Meranti Jaya Industrial Park, Puchong, Selangor
JOM Fried Chicken (JFC)
Bestnya dapat half day leave hari nie, biasalah company me very the murah hati kepada staffnya hehehe. thank you so much sebab bagi pelepasan awal...Lepak dekat opis husband sementara menanti dia habis kerja......tak kisahlah janji boleh layan internet tak pun pergi membuta kejap pun cantik gak :p
Tadi nak lunch punyalah payah nak cari kedai makan aiyakk banyak dah tutup cuti raya. alahai nak makan apa yer ermmm.. alih-alih weols singgah JOM Fried Chicken (JFC) cawangan Puchong Gateway... 1st time cubaan nie.
Wallaweiii....banyak gaks selection set dia... antaranya....
Credit JFC FB
Set pilihan kami somi isteri Regular Chicken Set.
# Kena perbaiki lagi rasa ayam goreng. Senang cerita takder sesedap mana. Nak habiskan dua ketul ayam rasa tak teruja lak hehhee...makan seketul jer lagi seketul sambung nanti....hahaha boleh gitu.. Kena cari ramuan rahsia KFC baru boleh challenge KFC la me rasanya :). Mashed Potato pun kureng menyengat, lagi mabeles KFC punya tapi Coleslaw dia sedap...i like yummmy yummy!! cuma jgnlah cincang halus sangat kurang feel nak mengunyah :p.
24.10.12
Kunci Kereta Walaupun Seketika
Kisah yang me terima dari email ini me kongsikan pada uols yang selalu memandu bersama orang tersayang. Seandainya perlu berhenti barang seketika dimana-mana make sure ahli keluarga yang sedang menunggu didalam menguncikan kenderaan sementara menanti si pemandu membereskan urusannya.. Safety first orang kata...
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sekadar berkongsi kejadian yang menimpa adik ipar saya baru2 ini.
Seperti biasa pada hari jumaat selepas pulang dari pejabat, si suami jika tidak pulang ke kampong sendiri di Perak
akan mengajak isterinya pulang ke Gelang Patah (kampung sebelah isteri).
Lebih kurang pukul 8.30 mlm kereta pun dipandu dengan penuh cermat menelusuri lebuhraya Plus menghala ke
Johor Bahru.
Di dalam kereta, isteri serta anak yang masih kecil duduk dibelakang (mudah bagi si ibu menyusukan anak yang baru berumur beberapa bulan)
manakala anak yang sulung duduk disebelah ayah. (menemani ayah memandu barangkali)
Disebabkan mata mulai layu (lebih kurang pukul 11.00 malam), si suami tadi pun exit sebentar di R&R Machap untuk
membeli minuman di Petronas yang ada di R&R berkenaan.
Sejurus perking kereta di dalam kawasan Petronas, disebabkan terlalu mengantuk si suami pun terus keluar dari kereta tanpa mengejutkan isteri serta anak
yang sedang nyenyak tidur. Barangkali hanya untuk seketika pergi membeli minuman, kereta yang ditinggalkan tidak pula dikunci pintunya dan enjin juga dibiarkan
hidup kerana air-corn masih terpasang. Diletakkan di dalam kawasan Petronas yang terang benderang meyakinkan lagi si suami tentang keselamatan keluarga
yang ditinggalkan buat seketika.
Pada ketika ini sesuatu yang tidak dijangka berlaku……
Semasa si suami sibuk membeli minuman, seorang lelaki berbangsa Cina menuru masuk ke dalam kereta lalu menghempas kuat pintu menyebabkan si isteri
yang sedang tidur tadi terjaga sebab kebiasaannya suami tidak tutup pintu sekuat itu.
Kereta terus dipecut laju meninggalkan suami yang masih belum menyedari isteri serta anak-anak kesayangan telah dilarikan suspek.
Manakala isteri menjerit sekuat hati meminta mereka dilepaskan dan anak sulung yang duduk di depan menangis ketakutan.
Suspek yang berang dek tangisan anak tadi menumbuk dada anak supaya dia diam. Disebabkan sakit akibat tumbukan yang kuat anak kecil tadi
meluru mendapatkan ibunya di belakang sambil menangis teresak-esak.
Si suami yang baru menyedari keretanya tiada ditempat mula-mula dia parking, segera mengelilingi petronas mengangkakan si isteri telah mengubahnya ke tempat yang lain.
Apabila menyedari kereta memang tiada, si suami segera meminta tolong kakitangan petronas yang ada di situ. Dan si suami segera menelefon isteri tapi tak dijawab.
Beberapa ketika kemudian isteri membuat panggilan senyap-senyap dari tempat duduk belakang suspek. Bagi mengelakkan panggilan itu disedari suspek,
sambil telefon bersambung dengan suami, si isteri tidak meminta tolong daripada suami melalui telefon tetapi menjerit meminta tolong daripada suspek
supaya dilepaskan mereka anak-beranak sambil menyebut setiap lokasi yang dilalui menerusi papan tanda yang tertera di lebuhraya.
Mujur ketua stesen petronas ada ketika itu lalu meminjamkan keretanya kepada si suami untuk mengejar kereta yang dilarikan tadi. Sambil memandu talian masih bersambung dengan isteri bagi menjejaki lokasi pada ketika itu.
Apabila sampai di tol Simpang Renggam, suspek meminta duit daripada isteri untuk membayar tol tapi isteri memberitahu duit semuanya ada pada suami. Sambil membuka tingkap kereta isteri tadi menjerit kepada jurutol memberitahu dia diculik. Tapi malangnya tanpa perlu membayar duit tiket tol, palang dibuka oleh jurutol. Mungkin jurutol pun turut panik…..agaknya
Sejurus melepasi tol, suspek memperlahankan kenderaan sambil memberitahu dia akan melepaskan si isteri tapi ingin mengambil anaknya untuk dijual bersama kenderaan yang dirampas. Selepas kereta diberhentikan, suspek menempik kepada si isteri supaya cepat keluar sambil tangan suspek mencapai anak sulung tadi.
Maka berlaku pergelutan antara isteri dan suspek untuk merebut anak yang cuba dijadikan mangsa pemerdagangan manusia. Dengan kuasa Allah swt, kereta yang diparking ditepi jalan tadi bergerak perlahan-lahan mungkin disebabkan keadaan jalan yang sedikit curam. Apabila melihatkan kereta yang hendak dicuri bergerak dengan sendirinya, suspek segera melepaskan tangan anak kecil tadi lalu meluru mendapatkan kereta. Seketika kemudian kereta pun dipecut laju meninggalkan isteri dan anak-anak yang baru sahaja sejengkal terlepas daripada bahaya.
Ini hanyalah secebis kisah benar yang berlaku baru-baru ini yang telah menimpa ahli keluarga saya. Sekadar peringatan kepada kita semua :
i. Lengkapkan kenderaan kita dengan alat kunci tambahan (alarm security) / lebih baik lagi dipasang dengan peranti GPS untuk mengesan jika berlaku kecurian
ii. Kejutkan isteri atau orang yang duduk disebelah kita jika dia sedang tidur untuk maklumkan jika kita ingin berhenti untuk ke tandas/ membeli jajan
iii. Amalkan sikap sentiasa berwaspada (highly alert) dengan sekeliling sebelum keluar daripada kenderaan
iv. Amalkan prinsip keselamatan “turun dan kunci” serta merta. Semua pintu depan dan belakang samada dikunci dari luar atau minta orang di dalam kenderaan kuncikan kenderaan
(boleh diamalkan utk kereta dan motosikal => secara prinsipnya biar kita hilang 2 minit utk kunci kenderaan kita daripada hilang berjam-jam utk mencari kenderaan sekiranya dicuri)
v. Sentiasa simpan skru driver/ benda yang tajam selain daripada pisau di dalam kenderaan . Utk digunakan jika berlaku kecemasan
vi. Jangan cepat panik – ambil masa dan cuba fikirkan tindakan yang perlu. Faktor utama ialah “keselamatan”
vii. Amalkan radius scanning sebelum dan sejurus turun daripada kenderaan – utk memastikan tiada sesiapa sedang memerhatikan kita
viii. Nasihatkan isteri atau orang disebelah jika berlaku apa yang tidak diingini segera tekan hon (nada panjang) - Emergency Code
ix. Tindakan terjun daripada kenderaan melalui pintu sebelah kiri adalah tindakan terakhir sekiranya usaha lain gagal (jgn terjun sekali-kali ikut pintu kanan)
x. Sentiasa amalkan doa penggerak semasa dalam perjalanan. baca sebanyak mana yang boleh (at least 7 kali menurut Dr. Haron Din)
Semoga kita dipelihara daripada kecelakaan dan sentiasa berwaspada sepanjang perjalanan….
Untuk makluman kejadian berlaku pada 5.10.2012 baru-baru ini (11.30 malam : R&R Machap)
22.10.12
Hottest Baby Sales On November 2012
Wahhh sampai sudah The Best Sales yang ditunggu-tunggu oleh parents yang mempunyai anak-anak kecil mahupun si ibu dan bapa yang sedang menantikan kelahiran cahaya mata baru.. times to grab barang-barang baby dengan harga murah dari harga pasaran..
Kalau baca review bloggers dan feedback opismate yang pernah pergi fuhhhh serious teruja dengan KEHANGATAN suasana, harga dan barangan yang ditawarkan. Tapi kesabaran dan ketabahan kena tinggi sebab crowd ramai giler kemain...kalau tak sanggup goodbye la jawabnye!
p/s : me dah masuk week 27 belum start shopping barang baby lagi.. tak sabar rasanya nak memulakan operasi hehhee :)
19.10.12
Khasiat Pisang
Banyak khasiat yang terkandung dalam sebiji pisang....bermacam-macam sumber mineral dan vitamin yang tersembunyi di dalamnya. No wonderlah time wakil sekolah dulu cikgu pengiring akan pesan kalau boleh makan sebiji dua pisang biar ada tenaga nak berlari sana-sini tapi nasi lemak, roti canai dan segala heavy breakfast bagai tolong tolak ke tepi. Biasalah atlit yang membawa harapan sekolah :p
Tak dinafikan pisang dapat berfungsi sebagai pengalas perut yang terbaik tak kira di mana or time bila nak makan. ermmm buat goreng pun sodap :)
Kalau uols perasan ramai prefer sedekah buah pisang dari buah-buahan lain maybe faktor ketahanan dan keadaan fizikal nya yang praktikal, buang kulit dan terus ngappppp makan...
16.10.12
Facebook Emoticon Codes
Dah start trend di FB yang hanya menggunakan emoticon untuk reply/comment status....tak yah dah nak bebel panjang berjela.....ringkas gitu!! Mesti ada yang tercari-cari bagaimana emoticon tersebut terhasil... meh sini nak tunjuk caranya...kita sharing ilmu :)
Just taip codes di ruangan comment then ENTER... Simple kan
Nampak comel gak emoticon tu cuma certain time tak sesuai guna pun sebab nampak macam.......macam asal reply.......hehehhe....
Buat Pencinta Coffee
Rasanya ramai jer mempunyai talian hayat yang begitu rapat dengan coffee, sangat akrab bagai sukar untuk dipisahkan ... hari-hari mesti pekena secawan coffee kalau tak kurang hidupku kurang sempurna katanya :).
Hidup dalam zaman serba moden nie apa yang kita makan/minum sentiasa ada pro and cons dia.....jadi pepandailah seimbangkan, terlebih pun tak elok untuk badan.
uols yang suka minum coffee meh baca info kat bawah nie...
Hidup dalam zaman serba moden nie apa yang kita makan/minum sentiasa ada pro and cons dia.....jadi pepandailah seimbangkan, terlebih pun tak elok untuk badan.
13.10.12
Voucher Rewards #1 | MySurvey
Rewards yang dinanti-nantikan sudah diposkan ke rumah. Takdelah banyak mana pun tapi takat nak beli sehelai dua baju kat Jusco nun lepaslah kot...hehee.. Hasil tuaian me menjawab survey online, dah patut boleh redeem lama dah tapi saja peram lelama biar mata points dalam tu beranak pinak barulah syok nak soping. Ada dua pilihan voucher samaada KFC or Jusco so tepuk dada tanya selera :)
Voucher Jusco bernilai RM120
Undangan Majlis Perkahwinan | Taman Meru Klang
Menuju ke lokasi majlis di Taman Meru Klang,
Dari jauh dah kedengaran muzik menyambut ketibaan tetamu.
Hujan renyai-renyai namun tidak menganggu kelancaran majlis
Selamat Pengantin Baru buat Fazreeq dan pasangannya Leez
Warna tema ungu uols tampak sweet sekali ^_^
Insiden pengantin tersalah posisi mujur ada menegur :)
tapi pengapit pula terlupa nak beralih tempat.. aiseyman hehehehe
Cuaca sejuk bikin perut lapar dengan cepat....Makan time...
Tahniah.....Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat!!
Subscribe to:
Posts (Atom)