Pages

29.4.13

Lunch @ Johnny's Restorant

Weols geng lunch jarang makan kat luar, style kitaorang mudah jer... pergi kedai tapau then makan reramai diopis.. fuhhh lagi cool makan dalam aircond, nak buat sessi gossiping pun aman-aman sahaja...:)
Tapi sesekali tukar gak angin makan dekat luar takkan memerap dalam opis kan.....bosan tu. Lunch tadi weols ke Summit USJ jejalan makan steamboat.. Lama tak datang sini.


Sidang diskusi... apa set nak order nie??
 



yang nie sedap, yang tu sedap, reaksi orang kelaparan tengok menu pun nampak menarik.
 



Kasi tenung itu menu...



 
orang malaysia dan nasi tidak boleh dipisahkan
 



Main course dah sampai...lalalalaa.












Sabar je kengkawan!! Kasi rebus dulu. Pakai induction cooker you...





 


 
 
Siap.... masa untuk makan!







25.4.13

Kasut Mahal

Gigil tangan tengok harga kasut Clarks, walaupun fashion dia old school skit tapi harga sepasang mak aiiii cecah RM300++. Tak sanggup nak beli kasut mahal-mahal gini walaupun sedap dipakai, tapi ini kali me bayar dengan harga RM79 sahaja.....hahaha jangan jeles.... betul...percayalah!!!



Sebab menang shopping voucher nielah me ada can nak pakai kasut clarks yang mahal tak hingat tu.. tambahlah sikit duit sebab kasut pompuan semua above RM300.

RM250 + RM79 = RM329 harga kasut sepasang. Mahal kan.




Pureen Clearance Sales April 2013



Last weekend sempat curi masa ke Pureen Clearance Sales, pergi pun hari ahad. Dah last day. Sampai dalam pukul 10 pagi, ramai dah berangkat pulang dengan barangan belian memasing. Me dengan husband terus ke area pakaian, saja nak tengok kalau ada yang menarik. Suasana tenang sangat. Sopan-santun memasing pilih baju.

Kalau pergi sabtu jangan harap dapat belek membelek satu persatu cam gini. Baru nak ambil dah kena terkam dek orang. Nak mencelah pun susah tau. Ada member husband siap sms "bang, aku rasa macam nak mati ramai gila orang...ada yang pengsan". Mak aiii dasat betul penangan sales kali nie...
 


Lengang laluan jalan nie.. nak usha barang lain.



Huh, baju yang tinggal semua yang tak lawa punya pattern. Tersekat sikit nafsu menyoping hehehee. nielah hasilnya, tak banyak pun..diapers, liquid detergent, pad, breast pad, baju 2 helai .. semuanya dalam RM128.






23.4.13

Jom sertai Kelab Peminat Barang Kemas Harga Borong (GSRJewels.com)

Berita baik buat peminat dan pembeli emas... lagi-lagi yang nak cari cincin, gelang atau rantai kahwin "inilah waktunya". Nak tahu kenapa??Ha kalau uols notice la kan harga emas di pasaran sedang jatuh menjunam... sangat cun okey kalau nak shopping barang kemas :). 
Alamak, ada yang tak tahu ker?? ishhh rugilah kalau ketinggalan info...lagi-lagi orang perempuan kenalah pandai buat pembelian bijak kan. Apa kata uols join Kelab GSRJewels.com. Ada manfaat tau join kelab nie. Nak tahu cer baca kat bawah... 


Kelebihan yang uols boleh dapat dengan menyertai Kelab GSRJewels.com

-  PERCUMA! Tips dan Panduan Emas & Perak .
-  PERCUMA! Update Terkini Design & Harga Kemas GSR
-  LAYAK! Sertai Peraduan&Pertandingan anjuran GSRJewels.com
-  LAYAK! Mendapat Diskaun ketika Promosi Jualan GSRJewels.com
-  LAYAK! Sertai Program Usahawan Emas dan Perak GSR


No worries Keahlian Kelab GSRJewels.com adalah PERCUMA!




19.4.13

Malaysia Breakfast Day Run

Frustrated betul sebab hasrat nak join event nie tak tercapai....huwaaa tak suka tak suka hehehe!! Gila punya HOT response orang ramai walhal tarikh tutup pendaftaran lambat lagi 3 May 2013. Baru semangat nak aktif balik sekali terbantut pulak. Niat dihati nak angkut adriana sekali, biar dia biasa dengan aktiviti cam nie sebab me ngan husband dari dulu lagi suka join event Fun Walk...:).
Saja la kan email organizer manalah tahu kot-kot terbuka pintu hati diaorang nak tambah kuota tapi nak buat camner category Family-Fun Run totally FULL so redha ajerlah tiada rezekimu. Takpelah banyak lagi events lain. Takat datang gitu-gitu tak cara la..hahaha



Setakat nie individual category masih lagi terbuka luas.. kalau uols minat just register online dekat MILO website.

happy running pada semua participant!



15.4.13

Adriana - Dua Bulan Setengah


Lama tak story pasal baby adriana kan, sekarang dia dah masuk 2 bulan setengah....Nak tau pencapaian adriana sekarang?? hmmm dia dah pandai meniarap....hoyeahhhhh good girl adriana..

Meniarap gitu-gitu jerlah....belum lulus 100% lagi tangan sebelah asyik tak lepas. Kena ada orang standy monitor pergerakan dia, bahaya kalau tinggalkan sorang-sorang.



Tengkuk tak kuat lagi tapi semangat punyalah tinggi ini budak kecik. Sebut jer "adriana boleh...adriana cepat cepat....adriana terbaik...pasti berjaya"...uissshh makin galak la dia punya movement. Sengaja kitaorang biasakan kata-kata motivasi cam gitu untuk environment yang sihat dan positif. Bagus kan untuk perkembangan minda budak-budak.



Hai...penat ker?? Bagi chance untuk dia explore seketika.



Muka puas sebab vision berjaya!! Kira berjaya lah walaupun kena dapatkan bantuan orang lain untuk terlentang balik..







12.4.13

Giveaway Perfume by maszmadi.blogspot.com

 

Lama kot tak join blog giveaway, sambil ada masa senggang ada baiknya cuba nasib. Mana tau boleh menang free perfume dari Giveaway Perfume by maszmadi.blogspot.com,  Don't worry masih dibuka sehingga 14.04.2013.





10.4.13

Pureen Warehouse Sales 2013


Kembali lagi untuk tahun 2013....rasanya setahun diaorang akan buat dua kali clearance so berbaloilah untuk mums to be dan mak-mak budak memborong apa yang patut sebab harga murah dari market price. Tahun lepas sempat merasa shopping dekat sini, tengah memboyot time tu, tahun nie kalau poket dan masa mengizinkan insyaAllah kita serbu lagi. :p



Tarikh PRU 2013

Credit Sinar Harian

Mari lah mari...mari mengundi.. tunaikan kewajipan pada negara! Ewaahhh..semangat nak mengundi berkobar-kobar bila tarikh mengundi telah dikeluarkan secara rasmi. Dah mark dekat calendar siap-siap...hehehehe. Apalagi sape nak apply cuti ke apa, buat perancangan awal dari sekarang nanti menyesal kalau termiss peluang mengundi.. Selamat mengundi semua!
 




9.4.13

Durian Crepe



Orang lain siap demam durian crepe berpuluh-puluh kali, me baru terhegeh-hegeh nak merasa dessert yang menjadi kegilaan ramai nie.. ayoooo very ketinggalan keretapi kan....hahahaaa. Angkara officemate yang sakan promote Durian Crepe Kelana Jaya. Semangat puji sedap sedap. Rugi tak beli memang terbaik dari ladang katanya amboi untung tauke durian crepe free marketing kau dapat, habis mana tak terpengaruh....pulun order 2 bungkus nak rasa punya pasal. Sungguh tak tipu, nie 1st time makan durian crepe...sodappp terasa nak order lagi.

3pcs (sebungkus) = RM5
Boleh delivery ke rumah/opis kalau beli lebih 10 bungkus.
Contact No :- 012-304-5742




Meeting @ Kelab Golf Negara Subang


Pukul 7 pagi dah terpacak depan opis, gigih la sangat padahal mau car pooling ke Kelab Golf Negara Subang (KGNS). Ada staff meeting. Dalam banyak-banyak tempat boleh diaorang pilih sini…sabor jelah. Kalau dah menghala Federal Highway waktu puncak gini alamatnya join the club la. Orang yang kerja area KL camnerlah depa menghadap jem panjang gini hari-hari….kalau me boleh stress okey! Wa tabik spring toing toing la pada level kesabaran yang tinggi.. dah tempat cari makan kan sabar jerlah.
Lucky tak lewat... ke ada orang lagi lewat, dewan nampak lengang lagi muahaha. 2nd times me datang sini. Dulu pernah buat seminar dekat sini. Ada ramai presenter dah ready dengan speech masing-masing dan program full pack di atur dari pagi sampailah ke petang...hoyeehh tak yah kerja hari nie....hahaha.


 Kebuluran memasing.



makan lagi..



 adik-adik dan kakak-kakak manissss



cikgu seni lukisan...acah jer... tekun pengira masa monitor tempoh speech presenter takut terbabas.





Fluorescence ladies of the day..orang kuat comittee