Pages

Showing posts with label Anakku. Show all posts
Showing posts with label Anakku. Show all posts

29.8.17

Aktiviti Bulan Kemerdekaan

Balik dari sekolah adriana 'excited' bercerita mengenai aktiviti yang dia dan kawan-kawan buat dalam kelas hari ini. Seronok katanya buat bendera Malaysia. Bila cikgu adriana 'share' gambar dalam Facebook wow menariklah bila anak-anak ini di beri peluang dari A-Z  bagaimana menghasilkan Jalur Gemilang sendiri.


Bila saya uji adriana mengenai warna-warna jalur gemilang tanpa melihat bendera. Yeayy bagi markah penuh sebab berjaya mengingati kesemua warna dalam bendera Malaysia Merah, Putih, Biru dan Kuning. 



Tak sabar rasanya nak sambut Hari Kemerdekaan bila melihatkan keterujaan anak-anak ini mengibarkan hasil kreativiti mereka. Usaha yang baik dalam menyemaikan sifat sayangkan negera kepada generasi muda ini.

23.8.17

Pemindahan Sementara Klinik Desa Subang

Punyalah semangat pukul 7.15 pagi dah keluar dari rumah. Ingatkan cepat pergi cepat lah boleh selesai  urusan 'check up' adriana dekat klinik desa. Pada peringkat umur dia sekarang dah takde suntikan imunisasi cuma pemeriksaan pada berat, tinggi serta perkembangan fizikal yang akan direkodkan dalam buku log kesihatan.

Sesampai jer depan pintu pagar ternampak lah satu banner merah tergantung. Rupanya klinik desa nie ditutup buat sementara disebabkan ada 'renovation' yang bermula dari 21hb Aug sehingga Dec 2017. Jadi sepanjang tempoh tersebut segala operasi mereka akan dipindahkan ke Klinik 1 Malaysia Seksyen U5.

Maka kami teruskan perjalanan ke Klinik 1 Malaysia Seksyen U5 pula. Sekali sampai kaunter nurse maklumkan bahawa temujanji minggu ini terpaksa ditundakan ke minggu hadapan. Kakitangan tengah sibuk. Yelah banyak  lagi dokumen dan peralatan klinik yang perlu dipindahkan ke tempat pemindahan sementara nie. Tak boleh buat apa terpaksa ambil cuti lagi minggu hadapan.


Masa operasi Klinik Desa Subang dari Isnin - Jumaat dari pukul 8pagi hingga 5 petang

2.2.17

Happy Birthday Adriana

Kek Oreo telah tersedia untuk dipotong 'birthday girl' adriana. 
Ikutkan dah sambut masa kenduri tempoh hari, tapi famili belah suami
tak dapat hadir atas komitmen  kerja, okeylah atas permintaan kita 'celebrate' lagi...alang-alang semua tengah berkumpul kat Eco Rantau Park.


Nana dilahirkan pada 20 Jan 2013. Dah 4 tahun pun umur Nana..
Yelah masa berlalu cepat berlalu. Makin tinggi makin cerdik..
Manja tu jangan payah cakaplah, dia seorang pun pujaan hati mummy daddy..



Adegan malu-malu potong kek. Muka konon-konon takde perasaan.
Ala macam tak tau sebenarnya Nana teruja bila semua orang nyanyi lagu 'birthday'...
Fuhhh...semangat dia tiup lilin.

Jom makan kek.. Habis selamat biskut oreo atas kek di korek adriana..
Nasib la ye.. budak nie pantang tengok OREO, kegemaran dia sangat.
Tahun nie 2 kali potong kek...rezeki nana alhamdullilah.
Mummy Daddy sayang Nana!




1.11.16

Ikan Laga

Mula-mula beli seekor, sekarang dah ada 4 ekor ikan laga kesemua.
Semuanya koleksi pets kesayangan adriana yang tersusun molek tu hah.
Setiap satu dah ada nama masing-masing. senang nanti nak panggil kan..
Meh nak perkenalkan seekor- seekor.. dari kanan Oreo, Choco Crunch, Morning dan Amber.
Idea nak bagi nama memang serah 100% dekat adriana.. tu pasal nama pun ikut nama makanan dengan watak kartun robocar poli kegemaran dia tu..
Kerja-kerja menukar air yang sudah kotor dalam botol, itu daddy punya bahagian. Anak dia tukang bagi ikan makan. Laju betul adriana kalau dapat arahan, tapi kena perhati.. kalau mummy daddy leka alamatnya macam nak curah satu plastik makanan dalam tu.
Pernah sekali dia curi-curi masuk jari dalam air seronok nak main air ye, nak kena warning tak de dah nak buat perkara yang sama. Kalau buat lagi katuk jari tu
Ikan-ikan laga nie warna-warna dia cantik-cantik belaka... sambil melayan anak bercerita, tengok ikan berenang-renang macam buat terapi fikiran.. mengurangkan stress orang kata.


27.5.16

Hari Sukan Taska

Adriana dah 3 tahun tahap wajib kena masuk sukan tahunan taska. Alang2 kasut sukan takde kita cari sepasang untuk dia biar berkobar-kobar semangat kesukanan tu. Budak2 kecil bukan dia tau pun makna kalah menang yang penting depa enjoy!
Riuh-rendah betul dewan dengan suara anak kecik ini tatkala berkumpul, lagi2 melihatkan ada tak boleh nak lepas dari pangkuan mak bapak termasuklah adriana.



Mulalah air mata berlinangan. Menangis2 juga tapi tetap mengikut arahan cikgu suruh berbaris. Dari jauh mata tak lepas pandang mana mummy daddy dia berada. Mula2 buat perangai lepas tu perlahan2 beransur tenang tapi muka masam yang amat. 

Pengerusi majlis memulakan ucapan alu-aluan. Tengok anak2 kecil membaca doa, menyanyi dan menari senamrobik menarik perhatian ibu bapa.. tapi alamak adriana terlindung balik kawan dia pulak..



Sukan Taska ini melibatkan umur dari 3-5 tahun.. tapi acara mengikut peringkat umur....macam adriana dia masuk jalan keretapi berkumpulan. Bravo sayang.. dengan cemerlangnya sampai ke garisan penamat. sempat tu usha mummy daddy dia!


Mana2 pergi tetap cari bff susu botol dia. Masa nie tengah tunggu umur 5 tahun abiskan acara diaorang. Mak bapak dok pakat serbu anak masing2..


Standby untuk penyampaian hadiah.. Patutnya kena duduk dalam barisan kumpulan umur 3 tahun tapi selamba jer duduk dengan kakak2 abg2 umur 5 tahun..


Yeayy, seronoknya dia dapat hadiah sebab menang no 2.. senyum tak putus2 dalam kereta pun dok genggam hadiah dia..
Lega rasanya tengok adriana dapat habiskan sukan dia sebaiknya walaupun awal2 tu dari dalam kereta dah mula cengeng... tak nak pakai kasut sukan.. tak mahu tukar baju sukan lepas tu epanjang jalan nak berdukung..Tahun depan acara baru dengan umur baru..



23.12.15

Susun Suai Gambar (Jigsaw Puzzle)

Suka betul anak saya main jigsaw puzzle. Lagi-lagi berlatar belakang kartun kesukaan dia 'dibo the gift dragon'. Hadiah dari pakcik dia. Ingatkan tak layan rupanya terlebih excited lak dia nak main.


Benda baru haruslah di tunjuk ajar terlebih dahulu. Kitaorang duduk sebelah dia ajar macamana nak nak cantumkan puzzle tu..okeylah petanda yang baik sebab nampak dia enjoy dan begitu mengikut arahan yang diberi...hahaha. 



Bila adriana dah faham kitaorang lepaskan dia buat sendiri...monitor jer dari tepi. Walaupun cantuman puzzle tu masih belum 100% sempurna tapi saya puji tahap fokus yang adriana tunjukkan. Takde sedikit pun tanda nak 'give up' apatah lagi nak marah-marah ke apa..wat lek wat peace jer sampai berjaya. Bila dipanggil suruh pandang camera boleh dia buat dek....sabar jerlah nak oii..itu pasal semua gambar tunduk memanjang..hehe


Yeaayyy bagus adriana! Terus buat  'high-five' dan celek jari sesama kitaorang. yelah kenalah puji dan bagi semangat pada adriana baru dia rasa seronok. Ingatkan nak stop sekali dia sambung lagi daaa.... memang budak nie selagi tak bosan dia layan..

Memandangkan adriana menerima baik jigsaw puzzle nie , lepas ni boleh tambah koleksi dia.. asyik beli kereta..robot...kereta...robot pun boring gak..hahaha..Yelah aktiviti santai tapi banyak manfaat dia kepada si anak dari segi perkembangan minda, tahap fokus dan interaksi. 



5.11.15

Sayang Kucing

Minat adriana pada kucing dah berputik sejak dia berumur setahun.
Pantang nampak kucing depan mata siap lah ada adegan kejar mengejar nanti..hahaha
Tapi masa tu setakat berani pegang-pegang manja ekor kucing jer
Nak dekat2 dengan kucing pun saya dan suami tak galakkan takut kena cakar dek kucing yelah adriana pun belum pandai handle kucing lagi.
Sekarang umur adriana dah dua tahun lebih.. boleh bagi lampu hijau..hehe
Amboi sejak dapat kelulusan terus menjadi bertambah penyayang
Terus berani nak belai-belai kepala dan badan kucing..

Haritu singgah makan tengahari kat kedai makan.. boleh adriana jual mahal..
Makan 2-3 suap selebihnya duduk melayan kucing.
Tengoklah macamana adriana tackle kucing tu..macam dah kenal lama jer..
Nak ada kucing sendiri memang tak akan dapat punya mummy daddy tak rajin nak jaga..huhuhu
Bila kitaorang dah abis makan.. nak balik kemain berat kucing tu nak lepaskan adriana..padahal baru jer jumpa...spesis kucing manja kot..
Agak-agak kalu bawak balik bela mau tak berenggang kan..



4.8.15

Macam Rumah Sendiri

Soon nak masuk rumah baru....mampu beli rumah subsale jer pun sebab harga property baru tersangatlah mahal, tersasar dari landasan budget kitaorang..huwaaaa..
Maka edisi mencari barang2 rumah bermula... harus beli skit2 supaya poket tak terasa rabak serta merta..
Singgah kat IOI Mall City Putrajaya semata-mata nak cuci mata dalam HOME PRO. Uiii jatuh cinta okey tengok barang2 kelengkapan rumah dia very complete A-Z dari ruang tamu - dapur- bilik mandi-bilik tidur.. Tambahan design dia sangat fresh dan modern uisshh mau tak tergoda.
Bawak sekali adriana ronda2 shopping compleks.. datang mood tak berapa baik nak berdukung sentiasa.. bawak stroller pun tak de fungsi. Mood baik okey dia nak jalan sendiri.. tapi bila mood tersangatlah baik tengoklah sendiri peel dia ;) 

Amboi santai nampak bergolek sakan atas sofa orang.





Taulah suka dengan kereta, adriana macam hint2 mummy daddy suruh tampal gambar gini kat bilik dia ye..


Hello sayang dapat naik atas katil..tak yah over2 sangat ye adriana.. Selamba betul si kecik nie baring atas katil.. nikmatnya tidur.. dah2 bangun kita ronda tempat lain pulak.

Tak abis lagi akal adriana.. nampak tak frame gambar atas meja yang dibulat merah nun.. 

Ada benda dia tak puas hati rasanya.. 


Nak tau pandai2 dia pergi tukarkan frame hijau ke merah.... okey baru cun sebab seragam semuanya
 Macam2 la akal dia nie ..biasalah budak2 kan explore sana sinun.

Sebab tanam AZAM nak survey2 tempat lain dulu, kitaorang tak beli apa2 pun.. tak nak gopah-gapah kang menyesal kalau tempat lain ada better offer..


25.5.15

Misteri Dalam Handbag

Gerenti mak2 selalu terkena pengalaman sebegini..yang set2 datang kerja bawak handbag.. biasalah dalam tu ada handphone..wallet..set make up pelbagai gitu.. tapi kan kadang2 tu mesti terselit extra items yang misteri gitu ...hahaha... tengoklah apa yang misteri sangat me terbawa hari nie.. 

pin..pin..pinnnn...bunyi hon sekejap! camner bus kecil nie boleh tersesat masuk dalam handbag me??.. aduh lawak pun ada.. korek2 dalam handbag terjumpa mainan adriana..haiii entah bila budak kecik tu selitkan dalam beg mummy dia.

Amboi peluk ketat2 kereta kesayangan dia..


18.5.15

Goodies Birthday | Deeja

Goodies bag dari birthday girl yang bernama Deeja...sama2 satu teacher dengan Adriana... sajalah share maybe ada mak2 tengah mencari2 idea untuk party pack birthday anak2 nanti.. bolehlah consider nak bagi benda2 macam kat bawah nie.. jika sesuai dengan peringkat umur anak2...ye tak.

Adriana kalu tengok soya laju jer nak tebuk straw minum.... tapi macam biasalah bukan byk pun.. alih2 mak bapak dia habiskan ...jangan  bazir ye anak2! opps ada chipsmore di hati adriana.. kongsi makan dengan sepupu dia.. tapi jelly mummy dia dah telan dulu..hehehe biasalah ambil tax skit...