Pages

28.6.13

Bahulu Berjem



Dekat nak puasa nie, bersepah sample kuih raya orang bagi, promosi katanya...macam gambar atas nie. Dapatlah merasa seketul orang.. takde maknanya dapat satu tupperware you...harus bankrap orang meniaga..hahhaa.. 
Boleh tahan sedap bahulu moden nie, makin kreatif manusia, makin unik idea dan ciptaan masing-masing. Tak kisahlah janji rasa dia tetap maintain macam bahulu biasa. Dah nama pun bahulu berjem, of course la ada jem di dalam yang memberi sedikit rasa manis.



27.6.13

Ubat Semut

Alamak! Tah bila masa la sang semut mula bersarang dalam rumah, semut halus pula tu aiiish tension tension. Tak boleh tertumpah makanan manis skit gerenti tak sampai 5 minit berbaris semut and the geng datang menghurung kawasan. Time nak pam susu pun kena standby wet tissue siap-siap, pantang menitis skit... haaa laju sang semut menerpa ke sasaran, tu kena cepat-cepat lap lantai.
Paling kesian dekat adriana sampai kena gigit dengan semut.. habis merah-merah tangan dia.. tah bila kena pun tak perasan...tengok-tengok dapat cenderamata huwaaa. Spray dengan ridsect tak jalan, sembur dengan serai wangi pun hasilnya tak ok..aduiiih camner nak buat nie?? last-last beli ubat semut..tak pernah cuba lagi kemujaraban dia.

Beli dekat Pasar Tani. RM10 untuk 4 keping.


Tengok isi dalam, rupa macam biskut hancur.

Mudah sangat, tabur jer kat spot yang sesuai. Kena jauh dan selamat dari dicapai anak kecil. Me letak tak sampai setengah hari pun lepas tu kena sapu la balik lebihan ubat nie.
Alhamdullilah, kesan dia positif sangat. memang tak nampak dah semut halus bermaharajela. Legalah nak biarkan budak kecil tu bergolek sana sini...




23.6.13

Sekolah Di KL dan Selangor Tutup Esok

 Credit BHarian

Credit The Star

Nampaknya, banyak negeri dah arahkan sekolah ditutup selain KL dan Selangor. Memandangkan keadaan udara pun kurang baik, eloklah duduk berehat dirumah sahaja ye anak-anak sekalian takut mudarat pada kesihatan.


21.6.13

Jerebu Datang Lagi

Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) atau dalam bahasa omputehnya AIR POLLUTANT INDEX (API) yang direkodkan untuk negeri Selangor. Ia akan berubah mengikut tahap kualiti udara sesuatu kawasan . Me capture dari Department of Environment. Kalau bercakap bab API, dah sah-sah ada kena mengena masalah jerebu yang sedang melanda Malaysia sekarang. Haih, setiap tahun masalah yang sama, depa senang-senang kasi bakar hutan, kita jiran-jiran sebelah-menyebelah kena tempias. Tak pasal-pasal ada yang sakit dek kualiti udara yang buruk. Silap-silap haribulan nak outing pun tak boleh tau..huhuh.. tak best kan. Harapnya masalah ini tidak berlarutan untuk jangka panjang seksa wooo..



Adriana 5 Bulan

My baby girl adriana just turn 5 months yesterday :). Makin lasak meniarap berguling bagai. Paling suka kalau ada yang nak dukung dia, laju tangan dihulur sambil menyengih kegirangan, suka la tu bila ramai yang melayan. Bangun pagi alhamdullilah memang takde masalah tak meragam pun. Hari bekerja pun dia sibuk nak bangun awal.. oook takpe takpe kita training dari sekarang nanti senang nak bangun pagi.



Manja dengan opah @ my mum. Dah opah yang jaga dari pagi ke petang of course rapat kan.



Bulan depan dah start makan solid food...get ready ye adriana.





19.6.13

Giveaway : Like & Menang





Ayuh, gigihkan jari-jemari uols tu untuk support awek manis bertudung dalam gambar nie. Namanya Nadratul. cewahhh siap mention nama lagi...Nak tau apa benda yang dia join tu cerr click Giveaway : Like & Menang. Manalah tahu menang, sapa yang untung.. Nad juga..hehhehe..Eh jangan tak tahu Nad nak bagi hadiah pada Likers yang bertuah, haaa apalagi kasi support la.. :)




Hadiah dari Eyriqazz.Com

Hari tu join contest dekat Eyriqazz.com, dua tiga contest yang dia buat tapi me cuma join satu contest jer biasalah nak cuba-cuba nasib. Sekali ambik,  kalau dah namanya rezeki.... nama me melekat sebagai pemenang bertuah.... see see very lucky i cakap you :)


sebagai ganjaran nya...inilah hadiah yang me terima, sebuah buku yang bertajuk seperti dibawah. :)

Dah lama aim nak beli buku nie tapi kaki tu tak sampai-sampai kat kedai buku maka niat tu asyik tertangguh jer, ala-ala rezeki terpijak la jawabnya bila menang buku nie.. Pos terus ke rumah lagi..alhamdullilah. Terima kasih banyak-banyak pada eyriqazz sebab rajin anjurkan contest yang best-best, rasanya dah 3 4 kali gak me menang kat blog dia. hehee jangan jeles.



14.6.13

Andai Toddlers BerFacebook




oh mai aiii, tak boleh dibagi can langsung.. habis semua benda dicanang kat kengkawan seusia.. boleh tercalar reputasi mummy cam gini...hahahha.




My Dear Warehouse Sales #June 2013


Tertunggu-tunggu kedatangan 'my dear warehouse sales' nie, finally keluar iklan dia. Awal tahun punya dah termiss so bulan nie me nak pergilah menyibukkan diri kat sana. .. asyik dengar review orang lain cakap best...berbaloi sebab harga murah, banyak choice..uishh memang tergodalah kan mendengarnya. Ada benda me aim nak beli untuk adriana.. nasib akhir bulan dah gaji ada budget hehehee.

Date: From 27th June 2013 to 7th July 2013 ( 9am to 7pm )
Venue: Cuang CHeng Mao Yi Sdn Bhd, 34 Jalan Meranti Jaya 10, Meranti Jaya Industrial Park, Puchong, Selangor




13.6.13

Motivasi #17 | Don't Give Up






12.6.13

Logo Baru Petronas

Nampaknya Petronas dah tukar logo korporat mereka. new image orang kata. Sesaper tak alert lagi meh cikgu pengetahuan am nak bagitahu.

Logo Lama Petronas berbentuk titisan minyak berwarna hijau zamrud. Melambangkan laut dan tanah iaitu tempat dimana sumber minyak dan gas diperolehi. 
Logo ketiga petronas yang telah diberi nafas baru. Sedikit perubahan warna logo dan penambahan keluk pada titisan minyak mengambarkan Petronas syarikat yang dinamik dalam menjalankan perniagaan terasnya dalam industri gas dan minyak.




7.6.13

Cheque #3 | GlobalTestMarket


yeayy... tu dia dah mai, cheque ketiga hasil tuaian survey....ermmm ciput jer pun amount nya tapi bolehlah untuk pergi berjimba-jimba dihujung minggu. So far me puashati dengan service "globaltestmarket", survey banyak...payment pun cepat.



6.6.13

Belanja 60 Juta Dalam Tiga Hari

Credit Harian Metro
Mak aaiiihhh geleng kepala me baca artikel nie, mentang-mentanglah kaya raya, duit berkepuk-kepuk selamba badak dia jer belanja duit sedemikian rupa....ermm yelah orang kalau dah sampai taraf jutawan celah gigi kot 60juta nie.....tapi kalau habis berjuta-juta dalam 3 hari hanya untuk enjoy sakan memang satu pembaziran yang sangat.........(sila tambah ayat sendiri).
Kalaulah duit banyak tu digunakan untuk bantu sesama islam yang tengah bergolak dengan krisis peperangan, masalah kebuluran kan bagus.




 

5.6.13

Apa Itu Assign Jobs?

pssstt...uols pernah dengar tak pasal "Assign Jobs"???ermm dua tiga menjak nie ramai dok cerita pasal benda alah nie, aiseymen menjadi tanda tanya pulak... apalagi terus me buat edisi siasat.. manalah tahu benda baik.. sapa yang untung kita juga..hehhee.



Okey dari penelitian yang me buat, Assign Jobs akan membayar setiap assignment yang uols settlekan.. adalah beberapa task mudah macam like FB, buat review dan sebagainya. Duduk depan laptop pun duit masuk tak ker best tu... tapi make sure uols siapkan dulu assigment tersebut... 

 see.. antara jobs yang available..
Selesai jer register uols akan diberi percuma $2.00 dan once account cecah $30.00 bolehlah dicash outkan...diaorang bayar dalam USD. Apalagi kalau berminat boleh register di AssignJobs.



 

4.6.13

Bersama Ryders Red FM

Lunch tadi tengah jalan balik ke office tetiba disapa Crew Ryders Red FM...opss apa kes yoo??ingatkan apa bendalah rupanya kat sini adalah Pit Stop tengahari diaorang, ada free gift untuk pendengar Red FM. Dah kitaorang kebetulan lalu sebelah kenderaan Red FM maka terjebaklah kami dengan benda alah nie. No hal la kitaorang kan sporting.. 
Nak free gift kena jawab soalan dulu. Soalan yang diaorang tanya sempoi gak lah, apa frekuensi Red  FM, siapa DJ Red FM dan Facebook Red FM..errkkk ambik kau sila jawap tapi nama pun bukan pendengar setia haruslah mengagau cari jawapan. ala bukan susah pun jeling jer kat kenderaan Red FM tu nak dapatkan jawapan...bijak tak bijak tak??hehehe
Hasil nya dapatlah free gift yang tak seberapa nie..dulu pernah kejar skuad perodua era fuhhh lagi gempak barangnya tapi bolehlah nie dapat tiket wayang cerita "pee mak" dan majalah CLEO..


Tiket wayang sedekah kat budak opis sebab tayangan dia malam nie..sah-sahlah tak dapat pergi punya... jaga anak lagi bagus..cuma ralit skit tadi hp tak bawak so tak derlah gambar bersama crew ryders red fm ...huhuhu.