Pages

8.10.13

Western Food Murah dan Sedap | CHOP d STOP CAFE



Buat pengemar Western Food yang tercari –cari port makan yang best, me nak cadangkan satu tempat yang tak kurang menariknya. Selain lokasi yang mudah diaccess, kelebihan nya terletak pada harga yang berpatutan dan mestilah sebab sedap kan..Barulah berbaloi  datang jauh-jauh.
Terletak dalam Bazaar Rakyat PKPS, ala bersebelahan Giant Seri Kembangan. Sampai jer cer cari  “CHOP d STOP CAFE”...lepas tu apalagi kita duduk..buka menu..order bang...


Portion dia banyak okey.. mula2 confident giler boleh habiskan sekali ambik kau ..brupp!! kenyang. Tak larat nak habiskan angkat bendera putih terus, makanan tengok me, me tengok makanan balik aiyakk...last2 bungkus bawa  balik nanti sambung makan kat rumah hahah boleh ...sayang kalau dibuang, membazir itu kan amalan syaitooon.

Chicken Chop Cheezy. Harga RM12..

Yang nie my husband yang order..Grilled Lamb Chop Cheezy..mamat tu mmg suka makan lamb....nampak lagi sedap la pulak tapi nak menyendeng tak daya sebab perut so sendat... takpe next time boleh try...yang nie pun RM 15 sahaja satu plate.

Overall memang sedap, menepati citarasa cuma kalau black pepper sos lagi pekat ermmm lagi walla.

p/s: Cafe nie beroperasi setiap hari bermula dari  pukul 3 petang hingga pukul dua pagi.. ha moleklah nak bawak family, kengkawan makan reramai kat sini.