Terus buka web Jabatan Alam Sekitar Malaysia (JAS) semata-mata nak semak bacaan indeks pencemaran udara (IPU), yelah keluar2 rumah tengok keadaan pagi diselubungi dengan kabus asap yang tebal...pandangan jadi terhad. Bangunan2 tinggi pun terlindung dek jerebu yang melanda kebanyakan Negeri di Malaysia.
Batuk, demam dan selesema memang tak lari bila keadaan kualiti udara tak bagus. Me sendiri pun dah 2-3 hari dok batuk apatah lagi budak2 kecil. Kena start kurangkan aktiviti luar. Kalu uols nampak ada pembakaran terbuka cepat2 report pada JAS Complaints Line: 03-8889 1972 Hotline: 1-800-88-2727 atau Jabatan Bomba 999. Dalam keadaan sekarang, perbuatan2 yang blh menambahkan masalah harus dielakkan.
Apa yang penting sama2lah kita berdoa agar keadaan jerebu akan pulih dan beransur baik.