Wajah gadis yang dinanti kepulangan ke rumah. Menghilangkan diri sejak 30hb Mac dan lepas tu tak dapat dihubungi lagi. Bayangkan betapa resah dan gelisahnya hati si ibu dan bapa memikirkan keselamatan anak yang tidak tahu kemana perginya. Bagaimana tidurnya.. pakai makannya langsung tiada khabar berita.
Bapa budak nie satu jabatan dengan somi me, datang kerja pun dengan wajah serabut dok pikir tentang kehilangan anak..kesian tengok.. ibarat berat mata memandang..berat lagi bahu yang memikul..Dah masuk TV pun tapi sampai sekarang tiada jawapan pada persoalan kemana budak ini menghilang. Nurfarahin dikatakan hilang kat kampung lepas diaorang buat kenduri kat sana..
Nak mintak bantuan uols yang ada sebarang maklumat mengenai gadis dalam gambar nie cepat2 report ke Balai Polis ye. Harap2 adik ni dapat dijumpai semula dan pulang ke rumah balik.. Kalau ada perasaan marah/merajuk tu cepat2 buang jangan simpan dalam hati..jangan ikut darah muda.. sayang keluarga melebihi segala-galanya.