Pages

18.6.14

Pembersih Orang Jepun

Kita semua mengenali orang Jepun kerana ketekunan bekerja serta tahap displin yang tinggi dalam diri mereka. Bayangkan betapa kuat penerapan nilai2 murni tersemai pada diaorang hingga terbawa-bawa ke negara orang dan di mana sahaja mereka berada.
Standardlah lepas tengok bola kat stadium, habis game terus blah yelah takkan tunggu2.....lagi2 kalau team pilihan kalah mau panas punggung duduk lelama situ..hehee tapi melihatkan bagaimana pembersih tahap gaban orang Jepun, siap gotong-royong bersihkan tempat duduk kawasan stadium bersih sangat mengagumkan.
Credit Twitter World Cup 2014
Mentaliti kelas pertama.. susahkan nak jumpa kat mana2 negara.....waima kita orang Malaysia pun ada suka2 hati campak sampah merata-rata....huhuhu. Kesedaran sivik yang mantap..hebat kalau kita semua dapat mengambil contoh2 yang positif dari mereka. InsyaAllah.