Pages

29.8.14

Astro Free Channel

Bercerita pasal astro nie, boleh tengoklah kat FB betapa ramai pengguna menyuarakan ketidakpuasanhati mereka mengenai tahap service astro yang tak bagus. Bayar mahal tiap-tiap bulan tapi masalah pi mai pi mai  cam tu jugak. Pantang terlewat bayar bill jer laju depa nak potong lepas tu melanguklah nak tunggu penyambungan semula. Belum masuk bab siaran selalu benar tergendala.. charge sana sinun....tu antara rungutan mereka lah yang me baca.. nak sama-sama terbakor pi lah skodeng sana..hehe

Credit Astro FB
Alah asyik2 dapat free channel jer cer bagi rebate ke...diskaun ker kan lagi afdal..barulah adil dan saksama kepada pengguna.. alang-alang dah masalah tu dari astro sendiri..



28.8.14

Penyepit Bulu Mata

Sempat pulak member office me memborong penyepit bulu mata kat Mydin Subang Jaya tadi, orang pompuan bab-bab melawa nie macam-macam tools ada.. setakat nak bagi bulu mata cantik terlentik gitu takde punya.. me tak beli pun sebab gerenti tak terpakai.. malas nak guna.
Berbaloi pun diaorang beli sebab murah yang amat.... dua tiga kali membelek price tag macam tak percaya tapi percayalah harga dia cuma 50sen jer.
.


Cun dah tu wahai cik adik.. hehee

Kena cuba sekali lagi bagi membuktikan keberkesanan penyepit tu.. menjadi ke tak lentikkan dimata dia.. biar tak menyesal beli... jauh kot tu datang.



26.8.14

Nutrisi untuk Kulit Sihat

Tomato
Tomato boleh mengelak kulit daripada selaran matahari. Ia juga membantu penghasilan kolagen supaya kulit menjadi lebih anjal. Kandungan antioksidannya yang tinggi membantu menghilangkan garisan halus pada wajah.

Strawberi
Secawan strawberi cukup untuk memberikan vitamin C yang mampu meningkatkan kandungan kolagen di dalam kulit secara mendadak. Ia membantu mengurangkan garisan halus, seterusnya membantu wajah kelihatan jauh lebih muda.

Epal
Quercetin, sejenis antioksidan yang terdapat pada kulit epal membantu menangkis ‘serangan’ pancaran UVB serta kanser kulit. Apabila anda hendak ke tepi pantai atau berjalan di bawah terik matahari, makan sebiji epal akan membantu melindungi kesihatan kulit anda.

Soya
Wanita yang berusia 30-an dan awal 40-an sememangnya digalakkan mengambil makanan atau minuman berasaskan soya kerana ia mampu menganjalkan kulit seterusnya mengurangkan garisan halus. Ia juga mampu mengurangkan risiko kanser ovari.

Telur
Lutein dan zeaxanthin, dua jenis antioksidan yang ada dalam telur melindungi seseorang daripada masalah garisan halus, tompok coklat selain membantu kulit menjadi lebih lembap, anjal dan lembut.
 Credit Buku Resepi



Alasan Untuk Esok Pagi

Boleh tak guna alasan macam kat bawah nie kalau terlambat masuk office esok.. agak-agak relevan tak nak digunapakai..  bukan sengaja pun.. semua nie si kucing punya pasal la, pandai pulak cari baik punya port nak melanding....zzzzzz. rasa nak alih jer ke tempat tapi uiii tak berani kang bangun... terkejut habis dicakar nanti..hahaha
 Credit Dunia Kucing FB
Very the kukuh punya alasan siap ada bukti bergambar yang jelas dan nyata gitu. Kesian kau kucing jadi kambing hitam la.. tak pasal-pasal dipergunakan.. nasib badan la..:p


22.8.14

Malaysia Berkabung

Selamat pulang penumpang dan anak kapal MH17. Takziah buat semua ahli keluarga mangsa MH17. Semoga kalian tabah dengan ujian Allah ini. Doa kami moga mereka yang telah pergi di cucuri rahmat & di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Semoga segala urusan dipermudahkan.. Al-fatihah....



Credit Harian Metro

Credit Berita Harian


21.8.14

Jalsah Ilmiah - Wanita & Toleransi dari Kacamata Islam


Baru diforwardkan oleh HR pada staff tadi, nak war-warkan kan uols yang mempunyai kelapangan dan berdekatan bolehlah menghadiri ke majlis ilmu yang akan berlansung pada 7th Sept 2014 di Dewan Masjid Al Falah USJ 9 Subang Jaya, Selangor.


Office Open House Raya 2014

Acara wajib company me setiap kali raya.. apalagi Open House Raya la haha.. memang tak miss punya setiap tahun.. inilah masa nak berjumpa dan mengeratkan silaturahim sesama officemates.. nak terserempak kat opis payah punya sebab ramai yang keluar site.

Sebelum makan jom posing dulu :)

smiles uolss

Buah tangan buat hadirin dan hadirat. Customer, vendor, supplier dan partner antara tetamu yang memeriahkan majlis.. dalam balang tu ada ferrero rocher..

Bab paling penting nak tunjuk tudia makanan.. sate ooo sate..last year weols dapat sate masam hampeh betul.. tapi tahun nie diaorang bakar kat sini terus jadi quality sate dia sedap!

Murtabak dia not bad cuma banyak bawang hahaha..

Kambing golek uolsss.. punyalah ramai beratur almaklumlah ramai pengemar-pengemarnya.

Kuah black paper takde lak kalu tak lagi kick yooo. tapi me tak sempat makan pun kambing nie sebab perut full lak rasa ..

Air Bandung...ambik minum sampai hilang dahaga.

Ketiau goreng..

Nasi goreng cina... ingat lagi tak penyanyi Intan Sarafina.. ala dulu-dulu famous sekejap..mamat baju hijau nie adik dia.. gile-gile punya kepala.
  

Kita makan dulu lapar dah.. tempat nie open air.. kalau angin bertiup sepoi-sepoi nyaman jer rasa tapi bila matahari  tengah terpacak waduhh meleleh gak peluh.. pemandangan cantiklah buat cuci-cuci mata.

Lapar sungguh tu


Terpesona giler dengan kecomelan handphone cover awek nie.. cute banget.. siap soh bergambar lagi.. hahaa sabar jerlah!

Belum stop lagi pasal makan..

Alhamdullilah mewah-semewahnya dengan makanan..

Barisan technical team.

Roti jala pula

Nasi Arab.. aduhh banyak-banyak.. setakat pandang jer.. tak larat nak telan 


Variety of dessert...

ABC in the house...

Buah-buahan pun ada..

Kuih-muih.. grrr geram tengok..

Antara staf-staf office

Network Operation Team (NOC) team segak berbaju melayu

Separuh dari department team member.. yang lain busy entertain customer kat dalam.

Free kejung style..hahah

Orang kuat event..thumbs up uols did great jobs

HR Team..sporting dengan props raya..
Dah tiga kali raya weols dok bertandang kat  Kelab Tasik Putrajaya..huwaaa boring okey asyik-asyik tempat sama.. Bila lah management nak booked tempat lain lak..kat sini okey jer tapi sesekali nak gak tukar angin.. tapi tulah dengarnya tempat lain full booked..next year cepat-cepat booked yerr..;p ..overalll sebenarnya puas hati dengan service tempat nie..