Pages

27.11.14

Setem Cerita Lagenda Melayu

Mengimbas semula cerita2 rakyat bila melihat setem terbaru keluaran Pos Malaysia. Rupanya 26th Oct masuk market, baru tahu tadi itu pun officemate tunjuk, nampak sangat dah lama tak melawat pejabat pos.. almaklumlah stok2 setem masih ada dalam simpanan. Rajin beli setem pun sebab nak join contest..haha
Kat sini cuma ada gambar Tun Teja, Merong Mahawangsa, Mahsuri dan Hang Tuah..tak der setem gambar Tun Kudu dan Tun Fatimah jerr. Good inisiatif sekurang-kurangnya rakyat malaysia dapat mengenali tokoh2 lama yang terkenal satu masa dulu dengan cerita dan kehebatan mereka tersendiri.


26.11.14

Nama Jalan KL Ditukar

Beberapa jalan utama sekitar KL bakal menggunakan nama baru bermula 26th Nov yang diambil dari nama raja2 yang pernah ditabalkan menjadi Yang Dipertuan Agong. Banyak polemik2 yang mempersoalkan kewajaran DBKL rename nama2 jalan tersebut sedangkan people dah well known dengan nama jln2 tu bertahun2 lamanya. 
Nape tak diabadikan nama2 tersebut pada bangunan atau jalan2 baru .. lagi jimat kos. Dari nak buang2 duit tukar signboard, baik turap jalan2 yang banyak berlubang2 nun.
Senarai jalan2 yang terlibat :-
1) Jalan Duta to Jalan Tunku Abdul Halim
2) Jalan Khidmat Usaha to Jalan Sultan Haji Ahmad Shah
3) Jalan Ipoh (from Jalan Segambut junction to Jalan Pahang junction) to Jalan Sultan Azlan Shah
4) Persiaran Duta to Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin
5) Jalan Khidmat Setia and Jalan Ibadah to Jalan Sultan Mizan Zainal Abidin
6) Lebuhraya Mahameru to Lebuhraya Sultan Iskandar
7) Persiaran Mahameru to Persiaran Tuanku Ja’afar
8) Jalan Semarak to Jalan Sultan Yahya Petra



24.11.14

Traffic Light Tergantung

Jarang2 dapat tengok traffic light yang tergantung meriah sebegini. Selalu terjumpa jenis standard2 yang terpacak pada tiang2.  Ganjil skit tengok hat yang kena mendongak atas.. jarang2 boleh jumpa..ahaha..
Terserempak masa lalu kat Felda Nasaruddin Bota, Perak semalam.. tergantung menggunakan kabel.. boleh tahan kuat kan.


20.11.14

Kad Kahwin | Rauhah Saiful

Musim2 cuti sekolah nak dekat nie, ramai pengantin2 ambil peluang mendirikan rumahtangga. Senang sedara mara yang jauh2 nak datang berkumpul beramai-ramai. Me baru terima sekeping wedding card lagi.. amboi cartoon dia looks macho lagi jelita you. Budak office tapi lain unit, amboi diam2 naik pelamin terus.. alhamdullilah.. next month cik jadi puan sudah.
kata bakal pengantin hati dan pikiran dia tak de kat office.. semua dok terarah kat majlis.. betullah tu, sampai nama akak pun ko tak sempat nak tulis dik... main bagi2 kat officemates..

tahniah okey.. semoga segala urusan dipermudahkan..


18.11.14

Plat Kembar

Selalu tengok anak kembar kan, meh tengok no plat kereta kembar pula.. amacam rare kan?? takkan berlaku punya sah2 satu tu palsu. Mana owner tak bingung, bayangkan kalau kena saman ke apa silap2 dia kena tanggung bebannya..uii bahaya2.
Berita selanjutnya :-

  TELUK INTAN - Entah di mana silap, siapa yang melakukan kesalahan menjadi tanda tanya.


        Semua persoalan itu pastinya mengundang kebingungan bukan sahaja kepada pemilik dua kenderaan, malah menjadi perhatian orang ramai yang mempersoalkan kenapa nombor pendaftaran sama boleh didaftarkan untuk dua kenderaan berbeza.

        Itu yang yang berlaku kepada seorang ejen insurans yang tertanya-tanya bagaimana nombor pendaftaran AJK8033 yang didaftarkan ke kereta jenis Volkswagen Golf miliknya dikongsi bersama pemilik lain. 

        Dalam kejadian di Jalan Speedy di sini, Sabtu lalu, dua kereta jenis Volkswagen yang mempunyai nombor pendaftaran sama mengejutkan orang ramai dan mula menjadi viral di laman sosial sejak semalam.

        Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, kes kini dalam siasatan termasuk mencari punca sebenar persamaan nombor pendaftaran tersebut setelah pengadu (ejen insurans) membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Teluk Intan, pada hari yang sama.

        Katanya, berdasarkan keterangan pengadu berusia 34 tahun (ejen insurans) terbabit, dia memberitahu menerima maklumat menerusi aplikasi sosial WhatsApp dari rakan-rakannya yang mengatakan terlihat sebuah kereta jenis Volkswagen Golf menggunakan nombor pendaftaran yang sama dengannya.

        Mohd Suhaily berkata, apabila pengadu sampai Jalan Speedy, dia mendapati ada sebuah kereta jenis dan nombor pendaftaran sama namun dimiliki oleh orang lain.

“Pihak polis dihubungi dan bergegas ke tempat kejadian. Pihak kami juga menahan seorang lelaki berusia 47 tahun yang mengaku menggunakan kereta bernombor pendaftaran sama di tempat kejadian dan kereta dirampas,” katanya.

        Mohd Shuhaily berkata, polis turut menahan seorang lagi lelaki berusia 29 tahun yang merupakan pemilik asal kereta sebelum dibeli pemilik sedia ada.
     Bagaimanapun, pengadu iaitu ejen insurans berkenaan tidak ditahan dan hanya diambil keterangan


Credit Sinar Harian


17.11.14

Motivasi #28 | Searching





12.11.14

Pureen Stock Clearance Promotion 2014

Awas kepada penerjah2 warehouse sales.. coming to you next Pureen Clearance. Me berani bet lah ramai yang ternanti2 sales ni sebab boleh borong baju banyak2 dengan harga murah2.. banyak less oo! 
Brands that offering are Pureen, Dr.Mist, Tracia and many more.
Starts from 10am to 6pm.
Gps coordinates: “3.09305, 101.56458″
VISA / Mastercard accepted for purchases above RM100.
Date: 29th November 2014 to 30th November 2014
Venue: No.12A, Jalan Perunding U1/17, Glenmarie Industrial Park, Shah Alam, Selangor, Malaysia


11.11.14

Kad Kahwin | Fiza Akid

Dapat kad jemputan perkahwinan dari rakan opis yang bakal berlangsung lagi 2 minggu...Eh tak sampai pun... Mesti tengah berdebar2 menghitung hari bahagia bersama insan tercinta..amboi!. 
Nice kan card kahwin dia....Tak perlu grand nak rak dengan bercorak2 bagai, sesekali tampil dengan idea2 yang simple pun nice apa.

Bunga sudah dipetik orang.. tak banyak dah set2 teruna/dara dalam opis..set mak2 bapak2 orang yang lebih mendominasi... hahaha.
Selamat melangkah ke alam rumahtangga ye cik Fiza.. 



Kotak Rokok Thailand

Tabiat merokok semua orang tahu tak bagus untuk kesihatan. Macam gambar atas kotak rokok siap2 terpampang kesan2 yang boleh menimpa perokok2 tegar. Tengoklah kesan jangka panjang dia merosakkan tubuh badan terus...Ngeri tengoknya eh..
Kotak2 rokok dalam gambar kat atas semua Thailand mari. Macam Malaysia authority diaorang pun bekerja keras nak galakkan rakyat2 kat sana supaya tidak merokok. Tapi berkesan atau tidak semuanya bergantung kepada tuan empunya diri la kan



10.11.14

Terkena Chewing Gum

Ayoo tak faham betul dengan mentaliti sesetengah pengemar chewing, main buang merata-rata jer chewing gum lepas sedap mengunyah. Susah sangat ker nak buang dalam tong sampah. Geram dibuatnya bila getah chewing gum meletak kat celah2 tapak kasut.. jenuh oii nak buang. 
Credit Libresse

Baru tau rupanya ice cube memudahkan chewing gum yang terlekat pada pakaian ditanggalkan..tapi tu lah mereka makan chewing gum....kami terkena getahnya...muahaha tak gitu :). Bila terlekat pada mana2 tempat terutamanya baju, mak aihh goli den nak buang tapi kena buang cepat2 karang kekal jadi cop mohor atas baju tu nanti...lagi payah. 


7.11.14

Kereta Token

Kalau datang Giant USJ, salah satu port yang mesti nak singgah adalah 'Playland'....ala tempat mainan budak2 jer pun sebenarnya....bawa adriana lepak2 sini best ape....setakat2 budak2 nak berlari sana sini memang takde hal punya.....selesa dan agak lapang..


Benda2 lain adriana tak berapa nak layan.. kereta mainan bergerak favourite dia..

Mummy daddy monitor sebelah jer.....kang kereta stop pandai2 lah dia tekan sendiri button tu.. budak2 sekarang kan cekap betul.


seronok la tu sampai nak try yang lain. 

uishh tau ajer mana button dia..

muka tak puas hati tak nak turun.. lama dah anak oii.. cukup2 la tu.. lain kali datang lagi..
Nasib FREE uols.. kalu masuk2 token alamaknyerr kopak la.. haha...sebab weekdays orang tak ramai seronok la duduk atas kereta tu lama2. cuba time weekend jangan haraplah penuh sentiasa.. 


6.11.14

Hijabista Modelling Casting

Meh nak tempek info buat adik2 manis yang berkobar2 nak jadi model....ada peluang tau muncul dalam majalah hijabsta andai terpilih....wah famous amos gitu... tapi apa2 pun kena mengadap sessi casting terlebih dulu... sesuai ke tak dengan wajah yang mereka cari.

credit Hijabsta Magazine FB

Pada yang akan mencuba nasib nanti, wish u all the best.