Pages

30.9.15

Burasak

Dari jauh ingatkan pengat pisang tapi sebenarnya ia adalah "Burasak" masakan popular dari suku kaum Bugis. Selalunya akan dimasak semasa hari raya atau hari2 perayaan tertentu. Rezeki okey dapat dapat menjamah masakan yang dibawa khas dari Sabah. First time me dengar dan merasa burasak nie..

Boleh dimasak menggunakan beras dan pulut. Ikutlah selera masing2 mana yang suka..tapi me prefer pulut sebab nasi tu jadi keras dan sedikit berderai. 

Nak makan burasak nie kena ada geng dia barulah rasi orang kata. Memperkenalkan ayam masak lengkuas sebagai teman setia burasak..memang in makan gini beramai2..

Burasak nie kena masak di dalam daun pisang. Ikat dengan tali rafia dah boleh terus rebus.. tunggu dia masak betul2 dan apalagi yum2 ler kita! tapi kalu nak kahwinkan dia dengan serunding daging pun alohhh meletup punya..

Mekasih yer officemate saya syahirah bertudung biru yang bawa special food untuk kitaorang breakfast hari nie..sesekali dapat mengenali masakan tradisi orang lain uiish untung ler kan..




11.9.15

Sysaban Arabic Cuisine

Dekat Cyberjaya nie bersepah-sepah restoran Arab.. pusing kiri pusing kanan sah2 terjumpa sebiji dua kedai dia.. memang port makanan Arab sungguh. alih2 orang yang tekak melayu nie meraban nak mencari lauk kampung pasal payah nak jumpa..hehehehe
Paling famous dan menjadi sebutan ramai dah tentu Restoran Saba...yelah makanan dia memang sedap, haruslah orang mencari2. Alang2 kat sini banyak pilihan jangan malu2 nak cuba restoran arab yang lain..mana tau jumpa yang lagi umppphhh...
Lunch tadi makan Nasi Arab kat Restoran SySaban Cyberjaya. Memang banyak pilihan makanan dia.....tapi biarlah peminat tegar nasi arab yang buat order sebab rambang mata tengok dah nie..



kitaorang order sejag air orange bersama 1 medium kabsa chicken rice + 1 medium kabsa lamb rice yang bersatu di dalam satu large pinggan.. haa sharing is caring gitu.. sebab nasi arab quantity dia banyak..nasi pun gebu2 cepat kenyang okey...kalu order sepinggan2 bercinta nak habiskan.

yummmsss... kuih tomato dia not bad. siap minta tambah.. kambing die lembut.. 
 

Boleh la kalau nak datang makan lagi kat sini.. kena selera kitaorang.. 
Total : 78.35 harga makanan tadi

Address: Suite 4805-07-08,CBD Perdana 2, Jalan Persiaran Flora, 63000 Cyberjaya, Selangor, Malaysia


10.9.15

Musim Buah Pulasan

Tak rugi berbudi pada tanah nie, sampai masa insyaAllah ada ganjaran yang menanti. Lagi2 Malaysia nie kan ada macam2 jenis buah bermusim... Faham sangat kadang2 tu terlebih2 sampai tak termakan alih2 membusuk kat tanah jer, dari membazir baik bawak mai office share ramai2 dengan kawan2 yang lain. Macam officemate saya nie ha, siap bawa seguni pulasan dari kampung.

Tengok depa jemaah pulasan ramai2 amboiii geram lak rasa.. yelah nak makan lebih2 memang tak boleh sebab saya senang sangat dapat batuk..so jamah setakat dua tiga biji cukup lah buat syarat merasa..hahaha..
Agak2 habis tak satu guni pulasan tu depa balun?? haii dah masing2 kaki makan nasiblah sape lambat dapat kulit jerlah...


3.9.15

Coklat Sale

Pengemar2 coklat sekalian, sila jangan lepaskan peluang untuk menikmati coklat dan biskut pada tawaran harga yang sangat2 murah. Sedang molek Jualan Ceria tengah berlangsung dari 3th Sept - 6hb Sept. memang berbaloi2 sangat lah oiii dapat borong macam2 coklat.

Bukan calang2 brand ye.. chipsmore...cadbury....oreo....jacobs


Teruja giler tengok harga dia. Tak rugi kalau datang...

Boleh beli stok untuk setahun kot..macam2 ada..





Credit Nurul Ezzatul FB

Amboi boleh mengugat nafsu betul tengok2 benda2 yang sangat yummmy nun, nie kalau terjejak kat sini ishhh mau menggila dibuatnya..sebab saya pantang..pantang tengok coklat.. apalagi serbu  ler sebelum melepas..:)

2.9.15

Jerebu Sept 2015

Tengok cuaca kat luar seminggu dua nie semacam ajer.. nak kata cerah pun tidak, mendung pun bukan. Alamak sahih jerebu melanda lagi....masalah tak lain tak bukan berpunca dari pembakaran terbuka di Sumatera dan Kalimantan jiran seberang kita indonesia yang acap kali berlaku. 
Tempiasnya ke sini lah kan.. dahlah cuaca semasa tengah panas dan kering tambah lagi keadaan jerebu aduhhh haru mengenangkan kesihatan penduduk kat sini yang boleh terjejas dek kemerosotan kualiti udara.
Waktu2 begini abang2 dan pakcik2 bomba orang paling penting dicari.. Sibuk berperah kudrat memadam kebakaran yang terjadi waima semak2 kecik pun depa alert takut melarat. Tak yah ada nak pandai nak bakar2 sampah time2 jerebu nie menambahkan masalah jerebu jer nanti.. kita doa sama2  ye agar jerebu nie cepat2 berlabuh pergi..amin...



Pureen Stock Clearance Sept 2015


Products Offered
  • Baby Diapers & Toiletries
  • Baby Apparels & Accessories
  • Kids Toiletries
  • INCO Adult Diapers
  • Adult Toiletries
  • Maternity Pads
Brands Offered
  • Pureen Basic
  • Pureen Pride ‘N’ Joy
  • Dr Mist
  • Tracia
Time: 9.30am – 5.30pm
Date: 5th September 2015  to 6th  September 2015
Venue: Summit Company (Malaysia) Sdn. Bhd., No 12A, Jalan Perunding U1/17, Glenmarie Industrial Park, 40150 Shah Alam, Selangor, Malaysia (GPS Coordinates 3.09305, 101.56458).