Pages

Showing posts with label Personal. Show all posts
Showing posts with label Personal. Show all posts

14.11.19

1st Aid Kit

Kotak putih nie jarang orang nak pandang tapi peranan dia sangat besar tatkala berlaku kecederaan atau kemalangan.  Excited plak tengok 1st Aid Kit nie dah ada kat setiap level office. Kalau tak sebelum2 nie nak cari sebiji panadol pun perlu naik Level 4 macam lecehkan. Skang depan mata jer.....pandai-pandai lah guna ikut keperluan.


Mungkin sestengah orang tak pernah melihat 1st Aid Kit. Meh kita selongkar apakah kandungan didalam sesebuah kotak 1st Aid Kit. Setakat merawat demam, luka2 kecil dan sakit perut boleh dikatakan alatan/ubatan dalam keadaan lengkap.


11.11.19

Umpan Pallet Ikan

Projek hujung minggu di rumah ''homemade umpan pallet'' bersama keluarga. Saya tak reti sangat bab2 begini cuma jadi suka pemerhati sebab setiap kali pembuatan umpan mesti ada berbeza barang yang digunakan.

Pallet 920 - 2kg
Susu Soya - 500 ml
Santan Kotak - 200 ml
Malt Coklat - taburan secukup rasa
Kelapa parut - Sebiji
Kordial Laici (Double Lion) - 300 ml


Aihh.. ada jari kecil si adik menyebok kat situ. mula2 macam geli nak pegang sekali bila dah dapat 'feel' kemain kan nak kaut sampai masuk mulut. Si Kakak awal2 dah standby kat tepi nak tolong daddy katanya.


Langkah 1- Pallet 920 dimasukkan ke dalam sebekas besen besar mudah semasa nak proses mengaulkan nanti.
Kemudian campurkan Susu Soya - 500 ml dan  kordial Laici (Double Lion) - 300 ml


Langkah 2 - Tuangkan Santan Kotak - 200 ml ke dalam sebatian pallet. Tak berganjak jari dua beradik tu berebut-rebut kan nak kacau.


Langkah 3 - Taburan Malt Coklat diletakan secukup rasa. Warna Pallet akan kelihatan sedikit kegelapan apabila ditabur dengan Malt Coklat.


Langkah 4 -  Jemurkan sebatian Pallet ini beberapa jam bagi membuangkan kelembapan yang terperangkap. Bila dah nampak kering masukkan kelapa parut (sebiji).




Langkah 5 - Gaul sehingga mesra bahan2 didalam dan perap sekali lagi untuk beberapa hari bagi menaikkan bau kemasaman dari kelapa. Tah lagi mungkin bau yang terbit keluar tu boleh memikat ikan la gamaknya.
Berjaya atau tidak sebatian umpan pallet ini  menaikkan ikan? Ha kena cuba barulah tahu.

4.11.19

Farewell Party Fairuz Hakim

Sambutan perpisahan yang diadakan secara kecil-kecilan bagi meraikan 'colleague' kami yang bakal berhijrah ke syarikat lain. Last minute planning sebenarnya sebab masing-masing agak sibuk dengan jadual kerja dan terjadilah set KFC dan Kek Secret Recipe di atas meja.



Orang yang bakal memulakan kerjaya di tempat baru. Dari team logistic. Kerja dengan mamat ni memang mudah, tak banyak songeh, kerja tip top....Pendek kata kalau minta dia tolong takkan ada alasan merepek punya. Motto hidup nya ''Kalau kita mudahkan urusan oran lain, InsyaAllah Allah mudahkan urusan kita pula..''


Kami doakan yang terbaik untuk kerjaya Fairuz di tempat baru. Semoga terus berjaya dalam apa jua bidang dan keep up good work.

21.10.19

Klinik ENT Kajang

Berapa hari dah rasa tak selesa dengan keadaan telinga belah kiri, bila mengiring aduh rasa berat ajer macam ada air bertakung plak. Nak tidur pun macam lena tak lena dibuatnya. Terus decide nak periksa apa masalah sebenarnya, takut plak kalau infection ke apa.

Memandangkan ini masalah telinga pergi ke Klinik ENT teruslah alang2 kita teropong apa masalah dalaman tu.

Klinik Doctor Esa Rejab. Rupanya dah bertukar lokasi ke sebelah Hong Leong Bank. Dulu nun seberang jalan sebelah. Lega datang2 rezeki parking ada.. faham2lah kawasan ni sesak yang amat.


Masuk2 tengok bersusun orang dah tunggu giliran mak aih padahal baru 2.30pm . Hampir 45minit lebih menunggu giliran. Itu kira bernasib baik tau, ada review pernah saya baca kena datang esok gara2 patient yang terlalu ramai.
Last visit ke sini 2014..Impress sebab klinik ni masih simpan rekod saya yang bertahun dulu. Bagi IC kat kaunter dan tunggu nama untuk dipanggil masuk ke bilik doctor.

Jom kita teropong telinga kanan dan kiri untuk tengok jika ada perbezaan pada gegendang kedua-dua belah telinga. Tak de apa pun sebenarnya hai acik ni yang gelebah lebih. Cuma nampaknya rupa taik telinga yang terlebih tak dibuang aduhai... hahahhaha. Doc tak bagi ubat apa la sebab tak de apa pun masalahnya..
Dr Esa macam dulu masih macam dulu.. very professional.. peramah.. penerangan yang sangat terperinci. Terpinga-pinga kejap kitaorang bila Doctor ni boleh tegur husband saya dengan nama dia tapi tak terpikir nak tanya macamana doctor boleh tahu. Maybe ada rekod kot tapi bagus kan doctor nie tak de nak kekwat dengan patient ke apa.

Total Cost untuk Consultation : RM50. 


Waktu Operasi :-
  • Isnin, Selasa, Rabu & Sabtu :- 10am - 4.30pm

  • Khamis & Jumaat :- 2pm - 4.30pm
  • Ahad & Cuti Umum -:- TUTUP

Alamat :-

Klinik Pakar ENT Esa
No 15, Jalan M/J1
Taman Majlis Sungai Chua
43000 Kajang 
Selangor
No Tel :: 03 - 8733 5798
Fax : 03- 8734 48800

18.3.19

Udang

Haiwan keempat yang dibawa masuk ke rumah kami untuk dibela...
tetiba melompat ke no 4.. no 1,2,3  apa pula ye??
Setakat nie ada kura-kura, ikan laga dan hedgehog, nak buat mini zoo ke apa nie.
Disebabkan daddy adriana yang rajin sangat nak bela binatang nie maka tugas tukar air..mandikan
bersihkan sangkar semua tanggungjawab daddy la ye.. hahaha mummy tak masuk campur...yang
Mummy tahu bekas binatang ni kena bersih selalu.. hahaha kejam tak.
Udang Kara tapi tak pasti jantina kedua-dua. Agak mudah nak jaga setakat dua ekor nie.. tukar air.. bagi makan sehari sekali. Nanti kita tengok boleh pergi sebesar mana nanti.

23.11.18

Blood Test

Sebaik sahaja HR offer 25 tempat untuk ''Blood Test', dengan konsep siapa cepat dia dapat,
limited seats ..sepantas kilat saya reply email tersebut.
Bila ada peluang begini memang tak lepas.. Sponsored by company, kalau buat kat luar mau makan beratus jua kos nak keluar duit poket sendiri lagi.

Meliputi kiraan indeks jisim tubuh (BMI) , ujian air kencing dan akhir sekali ujian darah. Bagus juga untuk periksa tahap semasa kesihatan, cegah sebelum ada penyakit tersembunyi datang menyinggah.
Results tak dapat 'on the spot' kena tunggu minggu hadapan sebab test kit perlu dibawa ke makmal terlebih dahulu untuk pemeriksaan lanjut.

30.4.18

Annual General Meeting (AGM)

Mak aihh awal betul comittee set meeting untuk Annual General Meeting (AGM)
Pukul 8.30 pagi tu, takpe2 tau sangat 'style' orang kat sini, depa mesti tunggu announcement panggil baru terhegeh-hegeh nak masuk..hahaha 'typical malaysia'  gitulah opps jangan marah.

AGM Kelab AKRAB, ditubuhkan untuk melaksanakan aktiviti sosial, kebajikan dan sukan sesama staffs. Aktiviti yang telah berjaya di jalankan tahun lepas adalah mendaki bukit broga, Skytrex Adventure di Bukit Cahaya Seri dan beberapa kerja kebajikan di rumah anak yatim serta qurban nusantara di Kemboja dan Acheh. Panjang list kalau nak cerita satu2!

Register dulu uols! Ambil nombor bertuah.

 

Uiii bukan cikai2 hadiah dia okey, banyak barangan elektrik. Memang tarikan utama la orang naik mai AGM nie.
 

Masing-masing 'excited' nak tunggu acara bermula, sambil mata nie menjeling kat hadiah tepi nun, mana la tahu kot bertuah dapat rembat sebiji.






Barisan AJK tahun 2017 yang akan dibubarkan tak lama lagi. Dengan komitmen serta kerja keras mereka, banyak aktiviti yang berjaya mencapai target dan kini terpulang kepada ahli-ahli samada nak mengekalkan yang sedia ada atau ada calon-calon baru yang ingin ditampilkan.


Sessi percalonan dan undian baru menyaksikan beberapa nama menghadapi saingan sengit dan akhirnya inilah barisan kepimpinan 2018 telah dipilih. Kebanyakan muka-muka baru yang diberi kepercayaan untuk menerajui Kelan AKRAB untuk tahun ini.



Acara terakhir sessi makan-makan. Memang lapar dah nie sebab tadi pun ambil 'light breakfast' jer.. cuma malangnya takde rezeki sis nak menang apa-apa hadiah 'lucky draw' kita menang sorak jerlah..
 


Tahniah dan selamat bekerja kepada AJK 2018 yang baru. Harapnya tahun nie lebih banyak aktiviti yang best2.




24.4.18

MGSKL Class of 1998 Reunion: 20 Years Before, 20 Years After

Kita buat TEASER dulu ye nanti baru cerita panjang. Inilah reunion terbesar yang julung kali berjaya dilaksanakan setelah 20 tahun meninggalkan alam persekolahan. Kesemua adalah batch SPM tahun 1998. Kiralah sendiri berapa umur akak skang. Dah tua pun. :)

Haruslah tersangat 'excited'!! Banyak aktiviti yang telah disusun oleh AJK sukarelawan ..tengok graphic info nie pun mengambarkan betapa gigihnya kawan-kawan sekolah saya merancang majlis reunion ini.


20.2.18

Pokok Mulberi

Bestnya tengok pokok-pokok mulberi yang ditanam di rumah emak saya dah semakin meninggi dan meriah mengeluarkan buahnya. Bila 'share' kat Facebook tak sangka ada kawan-kawan yang berkenan, siap nak beli anak pokok lagi. Alamak!! tinggi betul permintaan diaorang nie.


Asalnya dua pokok mulberi ini diberi oleh makcik dari kampung. Nak tanam pokok mulberi mudah boleh melalui keratan batang dari pokok mulberi. Orang kata " keratan tut'' tapi tah bila nak  menyemai anak pokok nie plak. Kawasan rumah sendiri pun tak cukup nak park semaian  pokok- pokok tu nanti. Maaf ye kawan-kawan tak dapat nak buat atas kekangan tersebut.
Bawak buah mulberi ke pejabat untuk kawan-kawan pejabat rasa. Ada yang 1st time makan. Pelbagai guna pokok mulberi nie dari pucuk hingga ke buah. Lagi gelap warna buah mulberi tu lagi kurang masam dia. Boleh dimakan begitu sahaja. Selain dikisar untuk dibuat jus boleh juga dibuat jem mulberi. Pucuk dia pula boleh dijadikan ulam atau dimasak lemak putih. Bagusnya mulberi nie sebab banyak khasiat.

8.2.18

Umpan Buah Betik

Eksperimen terbaru yang dijalankan oleh daddy adriana tempoh hari. Kita suruh dia belikan buah betik untuk dimakan sebab susah nak 'melabur' sekali dia sauk 3 biji betik. Sebiji untuk pencuci mulut baki dua biji lagi buat perabis buat umpan ikan.
Hasil kisaran betik yang akan dicampurkan bersama yis mauripan. Amboi pakcik tu bukan boleh dapat idea memang betul-betul dia buat sampai dapat hasil.

6.12.17

Displin Orang Korea

Walaupun tersedia rak kasut 
Peel orang Malaysia ada satu, payah nak masukkan kasut tu betul-betul dalam rak

Lagi suka letak atas lantai......mudah nak sarung balik katanya.
Leceh kan nak bongkok-bongkok badan ambil kasut dalam rak.

Tapi bila orang Korea datang. alahai molek jer susun atur kasut mereka
Walaupun saya tak begitu 'familiar' dengan tahap displin orang korea yang dikatakan tinggi, dalam bab ini saya setuju.


Nampak semacam benda remeh tapi payah nak buat dan ikut.. tak gitu?



21.11.17

Menu Kenduri Kahwin

Undangan majlis perkahwinan paling 'grand' yang pernah saya hadiri.
Dua bulan lepas di Dewan Banquet UPM Serdang..
Pengantin atau dekorasi pelamin sah-sah cun melecun meletup.
Tapi nak fokus pada satu keunikan yang saya jumpa pada hari tersebut

Oh my! Panjang betul senarai menu dia..
Lebih dari 20 jenis makanan yang tersedia buat tetamu
Berbaloi la sebab tetamu yang datang pun punyalah ramai.. meriah ya amat!
Terima kasih buat tuan rumah yang sudi menjemput kami sekeluarga
Kepada pengantin semoga kekal hingga ke jannah.






10.10.17

Kucing - Part 2

Syukur sangat masalah tahi dan kencing kucing yang bersepah di rumah depan saya dah selesai. Lega betul bila tengok keadaan dah bersih dan tiada lagi bau busuk yang menusuk ke hidung.  Balik seperti keadaan dulu-dulu, nak masuk rumah pun aman dan tenang-tenang jer...tak payah nak berangkut air mencuci lantai bagai dah.
Nampaknya ada tindakan susulan yang jiran saya dah buat sejurus complain dibuat pada pihak management. Tiada kucing berkeliaran depan rumah. Mujur ada kerjasama yang baik dari jiran berkenaan. Win-win situation gitu. Alhamdullilah terima kasih kerana menjadi jiran yang bertoleransi antara satu sama lain.

29.9.17

Kucing - Part 1

Huwaa macam nak mengalir air mata tengok lantai korridor depan rumah saya yang tak semena-mena menjadi jamban si kucing. Walhal sebelum nie tak pernah seketul najis kucing pun tercalit dekat lantai. Sekarang bertubi-tubi tahi dan kencing ditinggalkan sang kucing, ambik rasa kan penangan bau dia!
Menjadi satu kerja nak membasuh hari-hari. Sehari dua boleh bersabar lama-lama geram pulak rasa. Gara-gara seorang jiran kami yang baik hati bagi kucing makan depan rumah. Kasi kucing makan memanglah bagus tapi tak bagusnya kucing tu pun dibiarkan berlengkar depan rumah jer sampai dah beranak pinak. Alih-alih anak kucing jadi abang kawasan tabur najis merata. Tak pasal-pasal jiran lain berhempas pulas mencuci lantai, kalau dia tolong cuci takpelah ini buat-buat tak faham jer.
Malas nak pikir saya log complain pada maintenance office, tengok apa action depa nanti. Bukan nak cari gaduh dengan sesiapa tapi kebersihan kena lah jaga sama-sama. Malu tau orang datang rumah tengok tahi kucing bertepek sana sini.

12.9.17

Idea Goodies Kahwin

Jika anda seorang bakal pengantin dan masih tercari-cari idea buah tangan (goodies) buat tetamu hadirin nanti. Apa kata lihat dahulu salah satu goodies yang pernah saya terima dari satu majlis perkahwinan pada bulan lepas.


Agak praktikal untuk diberikan kepada semua peringkat tetamu. Kek dan Jelly sangat yummy bila disatukan bersama dan tidak perlu mengotorkan tangan untuk menikmatinya selepas majlis.
Apa pun terpulang kepada kreativiti masing-masing bagi memberi kelainan kepada goodies yang diidamkan tapi masih dalam budget.

4.9.17

Keropok Rotong

Keropok perisa sotong nie kalau cari kat mana-mana kedai senang betul nak jumpa.
Glamour gamaknya di kalangan pemakan jajan.
Tetapi kalau nak tahu, ada RAHSIA lain disebalik keropok rotong nie. Ceritanya begini...


Sebungkus keropok rotong dibeli oleh daddy adriana. Beria ingatkan untuk dimakan.
Setelah dibuka, boleh dia potong keropok tu menjadi potongan kecil seperti gambar diatas. Garu kepala kejap.. kalau tak dimakan nak buat apa??
Dah tu dibiarkan tidak bertutup semalam dalam bekas supaya menjadi lemau.. erkk boleh gitu..
Tanya punya tanya rupanya nak buat umpan pancing. Tiada campuran bahan lain, semata keropok sahaja yang akan dicucuk pada mata kail.
Boleh ye gitu.. macam-macam idea kreatif jugak ...
Terpikat ke tidak ikan semuanya bergantung kepada tuah dan rezeki.

29.8.17

Sticker Pancing Tackle Box

Hairan pula saya tengok apasal daddy adriana tetiba order sticker bagai nie? Selalu budak-budak yang suka main lekat-lekat sticker sekali bapak budak pun join sekaki apa cerita. Busybody nak tahu sebab macam-macam gambar ada.


Orang-orang kaki pancing jer tahu setiap satu nama-nama dalam sticker. Semuanya jenama-jenama pancing kalau tanya saya krik-krik la jawabnya.


Beginilah hasilnya setelah Tackle Box dihiasi dengan sticker-sticker tadi.  Sebagai dekorasi la sebenarnya takde lah kosong jer rupa Tackle Box tu. Ibaratnya selepas diupgrade barulah nampak berseri.
kami tak jual sticker ini tapi pada yang berminat boleh dapatkan ditempat daddy adriana beli. Cari Facebook  "Jual Sticker Pancing"" atau "Abd  Halim Ismail".

30.3.17

Sekolah Rendah Ku

Selalu bila ada masa senggang biasalah saya dan famili akan melayan program kat TV. Sekali aritu tekan lah Astro Ria 611, favourite channel adriana. Buka-buka ada cerita disebalik tabir "Kasut Bola Pink''.. macam menarik jadi terlayan la sekejap.
Telefilem nie berkisarkan 2 remaja yang sering bertelagah dan bergaduh. Sehingga berlaku satu insiden yang menyebabkan identiti diri mereka bertukar dan bermulanya kisah yang bakal mengubah hidup mereka.

Ralit punya ralit menonton terperasan lokasi pengambaran diaorang... Macam kenal jer bangunan sekolah nie. Sekali eh-eh sekolah rendah saya nie. Makin yakin bila kamera fokus tang nama sekolah. OMG! cantiknya banyak perubahan pada warna cat dan sedikit penambahan pada struktur bangunan. Gigih cari kat youtube sebab kat TV susah nak capture gambar.. Dapatlah 4 babak yang berlokasikan sekolah Kebangsaan St Teresa 1 & 2..



Kenangan betul bila tengok dewan sekolah nie.. nak sebut satu-satu aktiviti memang penuh senarai. Tapi kat sinilah kitaorang akan duduk bersila masa kelas muzik.. tempat perhimpuan..tempat kena inject BCG..rubella..hahaa.


Boleh nampak belakang budak perempuan tu, barisan kelas dari darjah 4-5. Kat sini ada padang. Takdelah besar mana..lepas la nak buat bermain waima hari sukan pun berkumpul kat kawasan sini.

Tangga yang menuju ke atas perpustakaan yang ramai orang seram gila nak pergi masa tu. Ada hantu Jepun la apa la sampaikan kitaorang librarian nak bertugas siap ajak geng teman....kalau habis duty macam kena kejar anjing mencicit lari ke bawah... ahahhaa.. Kenangan betul.. InsyaAllah akan disimpan ketat dalam hati dan ingatan.



11.1.16

Selamat Tahun Baru 2016

Selamat datang 2016. Sedar tak sedar dah masuk minggu kedua bulan Januari. Pantas sungguh masa berlalu.
Tau-tau umur pun meningkat setangga lagi. Hai makin tua la kita tapi takpe anggap macam naik pangkat ajer, yelah sesetengah orang bab umur cukup sensitif. 
Alhamdullilah, best sangat sebab awal tahun nie dapat dua perkara menarik. 

1) Bonus KPI 
Yeah, gembira okey bila bos besar announce ada Bonus.  
Yelah masa review KPI tahun lepas 'down' kejap sebab rasa markah yang boss bagi macam rendah jer huhuhu. Tapi pikir-pikir buat apa nak stress-stress kang tambah kedut di muka nanti,,, baik ambil pendekatan positif, baiki apa yang patut...tampal mana-mana yang lompong. 

2) Laptop Baru
Aduh boleh pula laptop buat hal, yelah dah sampai masa datang peel mengada dia. Dapat laptop gantian (loaner) pun menguji kesabaran sebab performance dia perlahan macam kura-kura ggrrr. Sekali dapat laptop baru, terbaik siapa nak menolak?? Haruslah saya terima dengan hati terbuka..



Mantop tak laptop baru saya ahakss..  Bukan sendiri punya tapi ini aset company ye..
Terus semangat nak bekerja  terasa membara-bara.
Eh bukan senang tau nak dapat benda-benda gini..
Bila dapat oh bersyukur sangat...
Harapan saya  tahun 2016 agar KPI saya lebih baik dari tahun lepas dan
moga-moga ada kenaikan gaji hendaknya..:)