Tak tahulah sesuai ke nak sebut mini kebun sebab penghuni dia 'secoit' mana pun hahah. Setakat nie ada penambahan beberapa pokok. Jadi bab-bab penjagaan pokok amat dititikberatkan. Lagi-lagi tang penyiraman air. Pernah haritu masing-masing terlupa nak siram esok hampir nak layu daun dia...sayang kan.
Jadinya lepas balik kerja memang masa paling cun nak siram pokok-pokok tu, ikutlah sesiapa yang 'free' dia akan buat...saya atau suami. Disebabkan adriana suka betul nak menolong panggil dia buat sekali...alah mummy tahulah niat besar awak tu nak main air sebenarnya kan..hehehe
Inilah barisan pokok-pokok yang berjaya kitaorang tanam.
1) Lidah Buaya
2) Daun Bawang
3) Daun Sup
4) Halia
5) Daun Kesum
6) Hempedu Bumi - suami saya boleh minum air rebusan hempudu bumi nie...aduhhh pahit kot.. tak faham camner dia boleh tahan....bluweeek! Bila ditanya kenapa minum air rebusan tu bukan ada kencing manis.. jawap dia takkan nak tunggu sakit baru nak minum..Errrk betul juga mencegah kan lebih elok dari mengubati..
Bukan tu jer adalah lagi..Pokok Cili dan Pokok Limau Kasturi. Sedang elok pokok cili sedang meriah mengeluarkan hasilnya. Target seterusnya nak cari pokok tomata cherry...geram tengok tomato yang comel-comel gitu...tapi masih survey2 lagi kat mana nak beli.