Pages

18.3.16

Sarapan Pagi | 18032016

Department saya memang tak pernah sunyi dari makanan
Walaupun tak selalu, kebiasaanya tiap pagi adalah yang rajin membawa makanan atau belanja sarapan pagi.
Nak cakap camner kalau semua warganya pemurah belaka....cewah!
Tengoklah hari ini ada yang baik hati open table.
Yelah ambik keberkatan hari jumaat katanya..
Untung kitaorang dapatlah merasa roti canai bersama kari ayam mamak segera.
Pakej dengan kuih sekali..yum..yum..yum.. jom makan.


Inilah packaging kari ayam mamak segera..masak kat office jer rupanya..
Cuma panaskan dalam microwave 
Zasss dah boleh makan...Mudah bukan..

Kawan office saya ada jual sardin segera...roti canai segera dan kari ayam mamak segera
Nak cuba??
Sila roger Marliana Musa (019-6096990) untuk pembelian dan maklumat lanjut.


17.3.16

Ujibakat Animasi Suara | Ice Age 5

Berminat dengan dunia animasi suara?
Ada keunikan suara yang sukar ditandingi?
Peluang yang anda nanti-nantikan telah tiba.
Sertai Ujibakat Animasi Suara Ice Age 5 yang berlangsung hari ini.
Lokasi : Menara TH Selborn, 153 Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur

16 Mac - 17 Mac 2016
Pukul 2PM - 11PM



Jangan biarkan impian tinggal impian Mungkin ini langkah permulaan bagi anda yang mahu menceburi diri dalam bidang animasi alih suara.Siapa tahu satu hari nanti suara anda mungkin terpilih, Wah satu Malaysia dengar mesti glamour kan. Pada yang bakal menghadiri sesi ujibakat ini selamat mencuba dan selamat berjaya.






16.3.16

Farm In The City, Seri Kembangan

Plan asal nak ke Zoo Negara tapi membayangkan  hujung-hujung minggu mesti ramai orang, tak daya lah nak bersesak-sesak kan. Alternatifnya ke Farm In The City. Lokasinya pun tak jauh dari rumah, kira cantik la tu. Nak cari pun mudah dekat Seri Kembangan sahaja.


Parking tak susah. Masuk dalam kebetulan adalah beberapa lot parking kosong
Jom tengok peta kawasan sekitar dulu..
Riki-riki apa binatang yang bakal adriana temui nanti.



Tak sabar ye budak kecil nie nak jumpa penghuni Farm In The City.
Faham-fahamlah budak bandar selalu tengok binatang dalam TV, sesekali bila dibawa ke tempat begini mau tak excited.


Rate masuk pengunjung bag pemegang MyKad RM32 dewasa, RM27.00 (kanak-kanak) tapi ketinggian bawah 90cm percuma.



Istimewa nya di sini, ia berkonsepkan petting zoo yakni boleh pengunjung bermesra dengan haiwan secara berdepan. Menarik kan boleh bagi pendedahan awal kepada anak-anak.



Jom kita mulakan pengembaraan bersama adriana.

Meerkat





Raccoon


Kalau nak menunggang kuda bolehlah jumpa abang-abang tak berapa nak sado tu..hahah


Makan time! Petugas tengah bagi makan kat haiwan jagaan sambil tu mereka akan bercerita mengenai pemakanan, habibat dan lain2 info mengenai haiwan tersebut. Kalau ada soalan tanya sahaja dengan senang hati petugas akan jawab.

Ingatkan kecil la kawasan dia sekali mak aih boleh tahan kot..






Tengah-tengah tengok binatang, ada petugas offer adrina pegang binatang.. amboi bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal laju jer si kecil tu melangkah ke depan menyambut.

anak ayam


Kura-kura


biawak



eh..biar betul anakku..


Mummy daddy dah geli geleman tengok ular tu, dia boleh buat rileks jer.. huwaaa


Labah-labah, kala jengking, katak (reptilia)


ada tempat pengeraman telur ayam lagi tu



Ular sawa albino


Terasa macam kat kampung..sana sini ayam..








Jinak betul kambing nie, sibuk mengekor pengunjung.. nasib la kalu penakut hehehe



Banyak gila haiwan kat sini.. nak share semua gambar waduh bisa juling biji mata.hahhaa
Lagi afdal tengok dengan mata sendiri lagi puas hati...
Dapat sentuh, beri makan kepada haiwan-haiwan terbabit satu pengalaman menarik terutamanya kanak-kanak..
Adrian puas hati....kami pun suka hati.. next time boleh datang lagi..