Pages

Showing posts with label Holiday. Show all posts
Showing posts with label Holiday. Show all posts

14.3.17

Homestay Puncak Alam, Shah Alam

Carissa Homestay Puncak Alam

Rumah mempunyai kemudahan seperti :-
- Aircond
- Television
- Meja Makan
- Dapur Gas
- Rice Cooker
- 3 Bilik Tidur, 2 Bilik Mandi
- 24 jam Sekuriti Berpagar
- Ada Lift


Rumah menghadap kolam renang 
Berdekatan UITM & Tesco, Econsave, Masjid Puncak Alam 

~ 15-30 minit ke Kota Damansara
~ 15-30 minit ke Shah Alam
~ 20 minit ke Setia Alam
~ 30-35 minit ke Kuala Lumpur
~ 25 minit ke Subang Airport
 

Hubungi Mizarina (012-240 3634)















31.1.17

Rantau Eco Park Negeri Sembilan

Percutian singkat saya ke Rantau Eco Park Negeri Sembilan pada cuti Tahun Baru China yang lalu . Habis kerja 5.30 petang baru gerak ke sana, sayang oii nak korbankan cuti di awal tahun, manalah tahu ada hal penting nanti, baik kita jimat cuti dari sekarang. Orang swasta dik cuti banyak mana pun setahun.
Permanduan selama 45 minit sangat lancar Lega sungguh langsung tak tersangkut dengan jem. Sampai-sampai terus melantak makan malam. Memandangkan akak-akak dan abang ipar dah check-in awal depa siap masak terus.. untunglah yang lewat nie..datang mencekik jer..hahaha.

Keadaan dalaman chalet yang bakal dihuni selamat 3 hari 2 malam. Tak delah grand mana tapi selesa untuk tidur dan melepak bersama keluarga tersayang...cewah gitu.

Tersedia beberapa kemudahan asas seperti pemanas air, seterika dan sejadah disediakan buat tetamu yang berkunjung ke sini. Siap diberikan 2 helai tuala mandi. Tak payah nak bawa berat-berat dari rumah.

Jika terasa bosan boleh tonton TV. Cuma siarannya agak limit kepada beberapa channel sahaja. Tapi apadehal bercuti jauh-jauh rugi kalau duduk dalam bilik jer. Banyak aktiviti luar yang lebih menarik untuk diterokai.

Kitaorang pergi 4 keluarga jadi 4 chalet disewa. 


Bangunan depan nie adalah dorm yang boleh memuatkan 4 orang sebilik. Tandas dorm berada di luar bilik ye.. kalau penakut nak keluar tengah-tengah malam bertabah lah menahan kencing dalam bilik haru nak oi..


Panjang blok dia..pilih mana mau duduk..


Dewan serbaguna yang boleh disewa untuk majlis perkahwinan, seminar dan sebagainya. Ada 3 kategori dewan iaitu tertutup, terbuka A dan B.

Nyaman nya duduk ditepi kolam sampai merasai angin yang meniup sepoi-sepoi bahasa. Keluasan kolam dia luas yang amat..baik punya port mancing nie..

Satu lagi kawasan yang menarik untuk melempar umpan. Bayaran RM30 dikenakan satu joran dan sebab kitaorang penyewa chalet yang bertuah, pihak pengurusan mereka En Afiq bagi percuma sahaja mancing kat sini. Wow terbaiklah! 


Nana suka betul dengan ikan.. nanti dah besar boleh ambil kos sains marin.. hahaha


Tarikan paling utama di Rantau adalah kolam air. Buntang mata budak-budak nie tengok sepelaung punya besar kolam. Ada seksyen untuk kanak-kanak dan dewasa.  Untuk kanak-kanak sila mandi di kawasan yang lebih sesuai ye.


Kalau tak cukup kerusi meja yang ada nun...moh kita bentang tikar sambil makan bersila, amboi mak jah sambil makan kita bergossip mesra. Eratkan hubungan sesama keluarga. Makanan luar yakni yang dibawa dari rumah atau pun dibeli dari luar takde masalah boleh bawa masuk. Nak bawa periuk pinggan belanga hah silakan tapi dengan syarat  jaga kebersihan tempat dengan baik ye.


Gerai makanan minuman dan pelampung pun ada.. sila-sila beli.


Tiket masuk cuma berharga RM5.00 seorang. Kira dah berpatutan sangat kalu berendam dari pagi hingga ke petang. Percuma lagi tu buat penyewa chalet dan dorm.


Nak cuba aktiviti berkayak.. boleh sahaja.. jangan malu-malu.

Pendek kata bermacam-macam aktiviti di lakukan di Rantau Eco secara berkumpulan tak kira dari pelbagai peringkat umur. Terdapat pakej yang ditawarkan sesuai dengan keperluan sesuatu organisasi, sekolah ataupun IPTA.
Secara keseluruhannya, Rantau Eco Park adalah tempat yang menarik untuk dikunjungi cuma perlu penambahan baikan kepada beberapa perkara seperti :-
1) landskap kawasan sekitar sedikit semak dan kurang terjaga
2) aliran air shower laju cuma air paip bilik air agak perlahan
3) banyak semut lagi-lagi selepas memasak. semut suka menghurungi tumpahan minyak di lantai. Sabar jelah asyik kena gigit je dengan semut.. aduhdudu..

Credit saya berikan pada pekerja mereka yang sangat peramah dan tidak jemu melayan pertanyaan dan keperluan pelanggan. 



16.3.16

Farm In The City, Seri Kembangan

Plan asal nak ke Zoo Negara tapi membayangkan  hujung-hujung minggu mesti ramai orang, tak daya lah nak bersesak-sesak kan. Alternatifnya ke Farm In The City. Lokasinya pun tak jauh dari rumah, kira cantik la tu. Nak cari pun mudah dekat Seri Kembangan sahaja.


Parking tak susah. Masuk dalam kebetulan adalah beberapa lot parking kosong
Jom tengok peta kawasan sekitar dulu..
Riki-riki apa binatang yang bakal adriana temui nanti.



Tak sabar ye budak kecil nie nak jumpa penghuni Farm In The City.
Faham-fahamlah budak bandar selalu tengok binatang dalam TV, sesekali bila dibawa ke tempat begini mau tak excited.


Rate masuk pengunjung bag pemegang MyKad RM32 dewasa, RM27.00 (kanak-kanak) tapi ketinggian bawah 90cm percuma.



Istimewa nya di sini, ia berkonsepkan petting zoo yakni boleh pengunjung bermesra dengan haiwan secara berdepan. Menarik kan boleh bagi pendedahan awal kepada anak-anak.



Jom kita mulakan pengembaraan bersama adriana.

Meerkat





Raccoon


Kalau nak menunggang kuda bolehlah jumpa abang-abang tak berapa nak sado tu..hahah


Makan time! Petugas tengah bagi makan kat haiwan jagaan sambil tu mereka akan bercerita mengenai pemakanan, habibat dan lain2 info mengenai haiwan tersebut. Kalau ada soalan tanya sahaja dengan senang hati petugas akan jawab.

Ingatkan kecil la kawasan dia sekali mak aih boleh tahan kot..






Tengah-tengah tengok binatang, ada petugas offer adrina pegang binatang.. amboi bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal laju jer si kecil tu melangkah ke depan menyambut.

anak ayam


Kura-kura


biawak



eh..biar betul anakku..


Mummy daddy dah geli geleman tengok ular tu, dia boleh buat rileks jer.. huwaaa


Labah-labah, kala jengking, katak (reptilia)


ada tempat pengeraman telur ayam lagi tu



Ular sawa albino


Terasa macam kat kampung..sana sini ayam..








Jinak betul kambing nie, sibuk mengekor pengunjung.. nasib la kalu penakut hehehe



Banyak gila haiwan kat sini.. nak share semua gambar waduh bisa juling biji mata.hahhaa
Lagi afdal tengok dengan mata sendiri lagi puas hati...
Dapat sentuh, beri makan kepada haiwan-haiwan terbabit satu pengalaman menarik terutamanya kanak-kanak..
Adrian puas hati....kami pun suka hati.. next time boleh datang lagi..