Kalau melalui Bukit Puchong.. jom ke Restoran Warung Cikgu yang terkenal dengan masakan nasi bungkus ayam cincang atau nama lainnya nasi mmanggey. Tengoklah queue dia punyalah panjang. tapi masing-masing rileks jer menanti giliran. Pemandangan yang biasa kot lagi-lagi waktu lunch.
Kuat betul daya tarikan Nasi Ayam Cincang @ Nasi Mmanggey, meriah dengan pelanggan-pelanggan dia yang datang dari pelbagai kaum. Sekali beli memang berbungkus-bungkus tapi kecekapan pekerja-pekerja kat sini yang pantas melayan pelanggan berbaris tu terasa kejap jer.
Nasi ayam cincang @ nasi mmanggey yang simple.. ada nasi putih, gulai bersama ayam goreng rempah yang telah dicincang kecil-kecil. Nak pedas2 sila ambil sambal belacan sekali.. sungguh menyelerakan.
Nak extra kuah dan sambal. Jangan malu-malu boleh request dengan lapang hati akan dipenuhi :)
Alamat Restoran Warung Cikgu -> 1, Jalan BP 6/7, Bandar Bukit Puchong
Lokasi dia agak ceruk tapi parking senang dan mudah