Pages

23.6.16

Pengambilan Perantis SLDN Sesi 2/2016

Ennova Sdn Bhd mempelawa kepada mana-mana belia lepasan sekolah/ penganggur yang berminat untuk mengikuti Sijil Kemahiran Malaysia tahap 3 bagi sesi 2/2016, seperti berikut:-


Bidang
Fibre Optic Installation & Maintenance – Telecommunication
Tempat Latihan
Ennova Sdn Bhd, Seksyen 27, Shah Alam, Selangor
Jangkamasa
Tempoh latihan 16 bulan. Kelas akan bermula Julai 2016 (tarikh sebenar akan dimaklumkan kemudian)
Pelatih
·                       Warganegara Malaysia
·                       Berumur sekurang-kurangnya 16 tahun dan ke atas (maksimum 25 tahun semasa pendaftaran).
·                       Boleh menulis, bertutur dan membaca dalam Bahasa Melayu/ Bahasa Inggeris
·                       Boleh memberikan komitmen sepenuh masa / tidak terikat program lain
·                        Berkeupayaan & berminat
·                        Sihat tubuh badan
·                        Perwatakan dan disiplin yang baik
Kemudahan yang disediakan
·                 Uniform
·                 Elaun latihan
·                 Perlindungan insurans berkelompok
·                 Asrama
Mode Pembelajaran
1 hari kelas teori & 4 hari praktikal (di tempat kerja sebenar)
Penganugerahan Kelayakan
SKM Tahap 3  Fibre Optic Installation & Maintenance – Telecommunication yang diluluskan dan dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia (KSM)
Cara-Cara Pendaftaran
·                    Mengisi borang pendaftaran & borang permohonan seperti yang dilampirkan
·                     Menghantar kembali borang tersebut kepada penyelaras program : norazyani.hasan@bit.com.my bersama-sama salinan kad pengenalan & gambar
·                     Borang juga boleh di pos ke alamat berikut:
Penyelaras SLDN
Ennova Sdn Bhd,
No. 118, Jalan Kapar 27/89, Seksyen 27,
40400 Shah Alam,
                  Selangor

Borang Maklumat Perintis


Borang Permohonan SLDN

Jaminan kerja setelah tamat kursus bagi perantis yang cemerlang. Tarikh tutup permohonan pada 30hb Jun 2016.  Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:-
1.    Pn. Norazyani Hasan (019-2266002)
2.    Pn. Nooraziela Norhamid (014-5659033)
3.    Cik Mazwin Yaakob (012-5407467)




20.6.16

30 Menu Sihat Sepanjang Ramadhan

1. Tilawah al Quran sejuzuk sehari paling kurang.
2. Solat tarawih minima 8 rakaat setiap mlm.
3. Solat Witir minima 3 rakaat semalam.
4. Beri makan org berbuka puasa walaupun dgn sebiji tamar setiap hari.
4. Solat fardhu 5 waktu berjamaah setiap hari.
5. Tahajud setiap malam minima 2 rakaat.
6. Sunat dhuha setiap pagi.
7. Sedekah setiap hari minima seringgit.
8. Pastikan sahur setiap hari.
9. Iktikaf di masjid setiap hari walau sekadar 10 minit.
10. Tadarus al Quran sambil usaha memahami maksudnya.
11. Ziarah orang yg kurang bernasib baik.
12. Kurangkan ziarah ke bazar2 ramadhan.
13. Pilih makanan sunnah sebagai menu harian.
14. Elakkan membeli makanan dari tangan2 orang yg fasik.
15. Jauhkan aktiviti yg lagha.
16. Zikir harian, banyakkan berdoa.
17. Lazimi bibir beristighfar sekurang2nya 70x dlm sehari.
18. Ajari diri dengan sifat rendah hati kerana Allah
19. Mudah memohon maaf dan memberi maaf.
20. Menjaga dan menghubung silaturrahim
21. Menjaga dan menutup aurat dengan sempurna ( bukan berpakaian tp bertelanjang)
22. Menjaga lisan, pandangan, pendengaran & hati dari perkara2 yg dilarang.
23. Tidak berlebih2an maupun membazir dgn makanan terutama juadah berbuka.
24. Perbanyakkan amalan2 sunat- solat sunat rawatib.
24. Lazimi sunnah Rasulullah yg ringan tulang dlm urusan rumah tangga (terutama suami & anak2 lelaki)
25. Lazimi utk kawal dan tahan marah, didik diri untuk lebih bersabar.
26. Lazimi lidah utk sentiasa bersyukur dan memperbanyakkcan syukur kpd Allah di kala senang maupun susah.
28. Menjaga ikhtilat - hubungan antara lelaki dan perempuan.
29. Membayar zakat fitrah dalam waktu yg telah ditetapkan.

30. Ikhlaskan hati kerana Allah..hadirkan Allah di dalam hati, berusaha menjalani Ramadhan kali ini dgn sebaik mungkin seolah2 inilah Ramadhan terakhir kita.



9.6.16

Lancome Makeover Session Voucher

Gembira dalam hati dalam email macam gini..amboi kemain kan hahaha
Yelah hantar berpuluh-puluh penyertaan contest tapi satu pun tak pernah sangkut.
Sagu hati pun tak dapat jangankan berangan nak hadiah utama.. sedih2!

Giler terkejut tengok saya menang Lancome Makeover Session Voucher uols!!
Itulah berkat tak kenal erti mengalah..cuba tetap mencuba walaupun kadang2 hasilnya nan ado.
Hadiah nak hantar guna courier boleh, nak suruh wakil ambilkkan pun takde masalah. Datang ambil sendiri pun lagi bagus. 



Voice Over Animasi

Hai, selamat pagi semua.
Ada berita baik nak dikongsi pada kawan2 yang mempunyai minat mendalam pada voice over atau dalam bahasa kita dipanggil suara latar.
Kot2 sebelum ini terlepas nak sertai mana2 ujibakat.
Jangan gundah gulana..jangan pernah ada rasa kecewa.
Kadang2 peluang boleh datang secara tiba2. Ha pandai2 la rebut sementara masih ada masa.


credit FCH FB

Meh cepat2 hantar demo suara korang ke email tertera diatas selewat-lewat hari jumaat ini. 
Selamat berjaya!



3.6.16

Pembukaaan Laluan KM P2.3 Lingkaran Putrajaya

Wah suka betul tengok pergerakan trafik yang sangat lancar hari ini. Kereta pun tak banyak kat jalan.
Sejak kes jambatan runtuh dekat Lebuhraya Putrajaya / Cyberjaya dulu tu, jalan lencongan dibuat untuk masuk Cyberjaya dan ke arah Putrajaya tapi bercinta la dengan jem sebab bertembung dengan kenderaan yang datang dari arah Lebuhraya ELITE. Kadang2 tu boleh buang masa nak sampai office dekat 40 minutes. 

Credit PLUS

LALUAN DI KM P2.3 DI LINGKARAN PUTRAJAYA DIBUKA SEMULA KEPADA SEMUA KENDERAAN
Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS) ingin memaklumkan bahawa laluan di KM P2.3 di Lingkaran Putrajaya berhampiran Plaza Tol Putrajaya akan dibuka semula kepada semua lalu lintas pada 3 Jun 2016 (Jumaat), bermula jam 12:01 pagi.
Dengan pembukaan laluan ini, orang ramai dari lebuh raya ELITE menghala ke Putrajaya/Cyberjaya boleh meneruskan perjalanan mereka tanpa perlu melalui lencongan jalan sebelum ini.
Walau bagaimanapun, kenderaan ringan dari Putrajaya/Cyberjaya/Taman Sains Selangor 2 yang ingin ke Taman Aman Putra dinasihatkan supaya membuat pusingan-U di KM P1.3 di Plaza Tol Putrajaya.
Manakala, kenderaan ringan dari Aman Putra yang menghala ke Taman Sains Selangor 2 atau Plaza Tol Putrajaya dinasihatkan supaya membuat pusingan-U di Persimpangan Bertingkat Eco Glades di KM P4.0 atau menerusi KM P8.8 melalui Lingkaran Putrajaya.
Kenderaan-kenderaan berat dari Cyberjaya/Taman Sains Selangor 2 yang ingin ke Taman Aman Putra dinasihatkan supaya menggunakan laluan Cyberjaya-Pulau Meranti.
Manakala, semua kenderaan berat dari Taman Aman Putra yang menghala ke Taman Sains Selangor 2 atau Plaza Tol Putrajaya dinasihatkan supaya membuat pusingan-U di KM P 8.8 melalui Lingkaran Putrajaya.
(Sila rujuk peta laluan yang dilampirkan)
Sehubungan dengan itu, PLUS menasihatkan orang ramai yang menggunakan laluan tersebut supaya berhati-hati dan mematuhi semua papantanda serta arahan yang dikeluarkan di kawasan terbabit.
PLUS mengucapkan terima kasih atas perhatian dan kerjasama orang ramai.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi PLUSLine di 1800 88 0000.

Tadi ada riders/ drivers yang keliru dengan flow laluan ini. Takpe hari pertama semua orang nak membiasakan diri. Tanda arah kurang harap PLUS boleh tambahkan lagi.


2.6.16

Sue Tuya Shell Out

Alang2 dah berhujung minggu kat rumah mak abah, adik saya ajak kitaorang dinner diluar. Nak mencuba satu restoran "Sue Tuya Shell Out'' yang baru di buka dekat Subang Bestari. 
Sampai2 jer tengok customer yang singgah makan boleh tahan ramai. Alamak macam terpikir ada ke meja kosong lagi nie?? Lagipun diaorang tak de sistem booking, walk in terus kalau nak datang makan.
Bila diperhatikan makan style gini jaranglah customer nak lepak lama2. Once dah siap makan, basuh tangan siap2.. semua terus bangun balik tak de nak sambung borak lama2 kat meja.

Sebut 'Shell Out' semua orang tau sah2 makanan laut. Mengenai harga dan set menu yang ditawarkan boleh rujuk menu bawah ye:)


Senarai minuman seperti berikut. Ada banyak pilihan samada panas mahupun sejuk


perut dah lapar keroncong nie..tak sabar nak meratah hidangan di depan mata . Memandangkan abah pengemar ketam kitaorang order 2 set ketam lagi..

Jom makan! Oii ketam dia gemuk2 uols, jenuh nak gigit lagi2 tang kaki dia, mintak penyepit ketam kat pekerja restoran yelah senang skit nak buang kulit dari guna gigi. Rupa-rupanya banyak penyepit ketam yang hilang tak dapat dikesan.  Opps  ada yang bawak balik tanpa sengaja ke apa??
Kesian tauke hampir 2 tray penyepit lebur dari simpanan. Hai terpaksa la kitaorang uji kekuatan gigi malam nie..hahaha


Rasa nak repeat lagi sebab kami sekeluarga puas hati dengan makanan, layanan dan service diaorang. walaupun ramai pelanggan yang datang pada satu2  masa, tempoh menunggu makanan dan  minuman untuk sampai dimeja tak der lama. 

Total semua dalam rm165 dalam 9 orang makan. Harga tak mencekik darah kan. Mungkin itu antara faktor penarik pelanggan datang ke Sue Tuya Shell Out. Masa keluar dari situ tu.. puhhh boleh nampak lagi betapa ramai  yang sedang menunggu meja2 kosong. Waktu operasi dari selasa - ahad (isnin tutup) bermula jam 5 pm-12pm