Wah suka betul tengok pergerakan trafik yang sangat lancar hari ini. Kereta pun tak banyak kat jalan.
Sejak kes jambatan runtuh dekat Lebuhraya Putrajaya / Cyberjaya dulu tu, jalan lencongan dibuat untuk masuk Cyberjaya dan ke arah Putrajaya tapi bercinta la dengan jem sebab bertembung dengan kenderaan yang datang dari arah Lebuhraya ELITE. Kadang2 tu boleh buang masa nak sampai office dekat 40 minutes.
Credit PLUS
LALUAN DI KM P2.3 DI LINGKARAN PUTRAJAYA DIBUKA SEMULA KEPADA SEMUA KENDERAAN
Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS) ingin memaklumkan bahawa laluan di KM P2.3 di Lingkaran Putrajaya berhampiran Plaza Tol Putrajaya akan dibuka semula kepada semua lalu lintas pada 3 Jun 2016 (Jumaat), bermula jam 12:01 pagi.
Dengan pembukaan laluan ini, orang ramai dari lebuh raya ELITE menghala ke Putrajaya/Cyberjaya boleh meneruskan perjalanan mereka tanpa perlu melalui lencongan jalan sebelum ini.
Walau bagaimanapun, kenderaan ringan dari Putrajaya/Cyberjaya/Taman Sains Selangor 2 yang ingin ke Taman Aman Putra dinasihatkan supaya membuat pusingan-U di KM P1.3 di Plaza Tol Putrajaya.
Manakala, kenderaan ringan dari Aman Putra yang menghala ke Taman Sains Selangor 2 atau Plaza Tol Putrajaya dinasihatkan supaya membuat pusingan-U di Persimpangan Bertingkat Eco Glades di KM P4.0 atau menerusi KM P8.8 melalui Lingkaran Putrajaya.
Kenderaan-kenderaan berat dari Cyberjaya/Taman Sains Selangor 2 yang ingin ke Taman Aman Putra dinasihatkan supaya menggunakan laluan Cyberjaya-Pulau Meranti.
Manakala, semua kenderaan berat dari Taman Aman Putra yang menghala ke Taman Sains Selangor 2 atau Plaza Tol Putrajaya dinasihatkan supaya membuat pusingan-U di KM P 8.8 melalui Lingkaran Putrajaya.
(Sila rujuk peta laluan yang dilampirkan)
Sehubungan dengan itu, PLUS menasihatkan orang ramai yang menggunakan laluan tersebut supaya berhati-hati dan mematuhi semua papantanda serta arahan yang dikeluarkan di kawasan terbabit.
PLUS mengucapkan terima kasih atas perhatian dan kerjasama orang ramai.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi PLUSLine di 1800 88 0000.
Tadi ada riders/ drivers yang keliru dengan flow laluan ini. Takpe hari pertama semua orang nak membiasakan diri. Tanda arah kurang harap PLUS boleh tambahkan lagi.