Pages

31.1.17

Rantau Eco Park Negeri Sembilan

Percutian singkat saya ke Rantau Eco Park Negeri Sembilan pada cuti Tahun Baru China yang lalu . Habis kerja 5.30 petang baru gerak ke sana, sayang oii nak korbankan cuti di awal tahun, manalah tahu ada hal penting nanti, baik kita jimat cuti dari sekarang. Orang swasta dik cuti banyak mana pun setahun.
Permanduan selama 45 minit sangat lancar Lega sungguh langsung tak tersangkut dengan jem. Sampai-sampai terus melantak makan malam. Memandangkan akak-akak dan abang ipar dah check-in awal depa siap masak terus.. untunglah yang lewat nie..datang mencekik jer..hahaha.

Keadaan dalaman chalet yang bakal dihuni selamat 3 hari 2 malam. Tak delah grand mana tapi selesa untuk tidur dan melepak bersama keluarga tersayang...cewah gitu.

Tersedia beberapa kemudahan asas seperti pemanas air, seterika dan sejadah disediakan buat tetamu yang berkunjung ke sini. Siap diberikan 2 helai tuala mandi. Tak payah nak bawa berat-berat dari rumah.

Jika terasa bosan boleh tonton TV. Cuma siarannya agak limit kepada beberapa channel sahaja. Tapi apadehal bercuti jauh-jauh rugi kalau duduk dalam bilik jer. Banyak aktiviti luar yang lebih menarik untuk diterokai.

Kitaorang pergi 4 keluarga jadi 4 chalet disewa. 


Bangunan depan nie adalah dorm yang boleh memuatkan 4 orang sebilik. Tandas dorm berada di luar bilik ye.. kalau penakut nak keluar tengah-tengah malam bertabah lah menahan kencing dalam bilik haru nak oi..


Panjang blok dia..pilih mana mau duduk..


Dewan serbaguna yang boleh disewa untuk majlis perkahwinan, seminar dan sebagainya. Ada 3 kategori dewan iaitu tertutup, terbuka A dan B.

Nyaman nya duduk ditepi kolam sampai merasai angin yang meniup sepoi-sepoi bahasa. Keluasan kolam dia luas yang amat..baik punya port mancing nie..

Satu lagi kawasan yang menarik untuk melempar umpan. Bayaran RM30 dikenakan satu joran dan sebab kitaorang penyewa chalet yang bertuah, pihak pengurusan mereka En Afiq bagi percuma sahaja mancing kat sini. Wow terbaiklah! 


Nana suka betul dengan ikan.. nanti dah besar boleh ambil kos sains marin.. hahaha


Tarikan paling utama di Rantau adalah kolam air. Buntang mata budak-budak nie tengok sepelaung punya besar kolam. Ada seksyen untuk kanak-kanak dan dewasa.  Untuk kanak-kanak sila mandi di kawasan yang lebih sesuai ye.


Kalau tak cukup kerusi meja yang ada nun...moh kita bentang tikar sambil makan bersila, amboi mak jah sambil makan kita bergossip mesra. Eratkan hubungan sesama keluarga. Makanan luar yakni yang dibawa dari rumah atau pun dibeli dari luar takde masalah boleh bawa masuk. Nak bawa periuk pinggan belanga hah silakan tapi dengan syarat  jaga kebersihan tempat dengan baik ye.


Gerai makanan minuman dan pelampung pun ada.. sila-sila beli.


Tiket masuk cuma berharga RM5.00 seorang. Kira dah berpatutan sangat kalu berendam dari pagi hingga ke petang. Percuma lagi tu buat penyewa chalet dan dorm.


Nak cuba aktiviti berkayak.. boleh sahaja.. jangan malu-malu.

Pendek kata bermacam-macam aktiviti di lakukan di Rantau Eco secara berkumpulan tak kira dari pelbagai peringkat umur. Terdapat pakej yang ditawarkan sesuai dengan keperluan sesuatu organisasi, sekolah ataupun IPTA.
Secara keseluruhannya, Rantau Eco Park adalah tempat yang menarik untuk dikunjungi cuma perlu penambahan baikan kepada beberapa perkara seperti :-
1) landskap kawasan sekitar sedikit semak dan kurang terjaga
2) aliran air shower laju cuma air paip bilik air agak perlahan
3) banyak semut lagi-lagi selepas memasak. semut suka menghurungi tumpahan minyak di lantai. Sabar jelah asyik kena gigit je dengan semut.. aduhdudu..

Credit saya berikan pada pekerja mereka yang sangat peramah dan tidak jemu melayan pertanyaan dan keperluan pelanggan. 



20.1.17

Koktail Buah-Buahan

Berlambak pula kerja-kerja nak mengadap hari nie. Dari memanjang layan stress, apa kata kita cari sesuatu buat kudapan kurang-kurang hilang sedikit tekanan yang tengah bersarang tu. Tekak pun tetiba teringin nak layan benda-benda manis.
Pucuk dicita ulam mendatang..amboi peribahasa pula...Jeng..Jeng... Datang pula bahan-bahan untuk penyediaan koktail buah-buahan. Tak renyah nak buat pun janji semua bahan ada.
Laici, Susu Cair, Cocktail Buah-Buahan, Sumi


Mudah sangat cuma campurkan kesemua bahan diatas dalam satu bekas. Terpulang nak pakai jag ke, tupperware ke janji muat tak melimpah ruah keluar. Kacau koktail hingga sebati barulah serasi nak diminum. Masukkan ais untuk mengurangkan kemanisan almaklumlah laici dan susu tu dah manis kot. Ada orang suka tambahkan air atau soda. Ikut tekak masing-masing. Koktail sebenarnya lebih sedap dimakan semasa sejuk....Wallla...
Yeaaay dah siap. tak ambil masa lama pun nak buat. Sebekas koktail boleh dikongsi bercawan-cawan jadi tak payah nak kedekut-kedekut ye..Jom kita nikmati bersama-sama!


16.1.17

Kerepek Banting

Pertengahan bulan Jan nie, insyaAllah nak buat kenduri doa selamat, aqiqah dan sambutan hari jadi. dekat rumah mak abah..Ha kita buat sekali harung.. senang kerja tak payah nak mengemas banyak kali..pun boleh berjimat sedikit. Sekali terpikir nak beli kerepek sebagai kudapan buat tetamu nanti. Jemputan kali nie banyak saudara-mara dan kawan-kawan lama yang datang.. bila lama tak jumpa pasti banyak cerita nak dikongsi ...sambil menyembang makan kerepek bukan ke nikmat tu.

Pemanduan menuju ke arah Banting. Sape tak kenal Banting port paling terkenal di Selangor yang menawarkan pelbagai jenis kerepek pada harga yang murah dan boleh dibeli secara borong. Nak cari stok-stok berniga moleklah datang sini.

Nak diikutkan banyak kedai yang menjual kerepek tapi kitaorang menuju ke Kerepek Fazz House. Orang kata kat sini kerepeknya lebih sedap.. tak pe kita cuba rasa dulu ada sampel yang diletakkan dalam bekas kecil.


Rambang mata sekejap tengok macam-macam ada. 4-5 kali duduk pusing-pusing rak jualan tu. Tengok satu-satu kerepek. Blur sekejap nak beli apa boleh gitu... boleh tahan orang nak membeli kat sini. Tak putus-putus kereta yang masuk.


Alamat Kerepek Fazz House
Lot 1454, Jalan Cempedak, Off Jalan Besar Sungai Lang, Kachong Darat, Banting, Selangor



9.1.17

Goodies Tunang

Hujung minggu lepas, adik kepada rakan sepejabat saya telah mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan hatinya. Tahniah ye dik. Menariknya sebab kakak si gadis bawa kan goodies majlis tunang kat pejabat. 

Rare kan goodies dia.. manusia makin kreatif ada sahaja idea-idea baru yang keluar. Dapat pop-corn uols. Macam sayang nak makan sebab bungkusan dia sangat comel.