Pages

15.2.17

Beca Putrajaya

Masa kami singgah makan di Ayer 8, Presit 8 Putrajaya ternampaklah Beca Putrajaya berulang alik kat tepi tasik tu. Beria sungguh adriana ajak naik tapi memandangkan hari pun mulai gelap, tengok lagi orang yang kemain ramai berhimpun kat situ aihh malas pulak nak tunggu giliran. Pikir-pikir baik pergi hari lain.
Datang lagi untuk kali kedua, orang pun tak ramai lagi sebab masih awal. Tapi alahai cuaca tak berapa baik sebab hujan turun lebat pula. 



Alamak! Macamana ye??? Alang-alang dah sampai kita rileks tunggu hujan reda.. ikutkan hati nak jer kitaorang cancel plan tapi kesian pula kat adriana...nampak sangat tak sabar-sabar nak naik Beca Putrajaya, dari hari tu dah minta kan. Mujurlah tak lama menunggu hujan pun turun berhenti.


Sebab kitaorang antara pelanggan terawal boleh pilih mana-mana Beca...tunjuk-tunjuk jer.. tak payah nak beratur panjang. Beca-beca ni ada parking dia tersendiri jadi tak perlu risau ada staff mereka yang akan bantu tolak keluar beca berkenaan dari kawasan parking..hehehe.



Perhatian kepada pelanggan, sila patuhi arahan yang telah ditetapkan demi keselamatan pelanggan dan orang awam yang berada di kawasan sekitar.


Ketua chief kami... duduk paling depan sekali. amboi seronok betul dia. sengih memanjang yelah hajat tercapai.


Beca replika van yang menjadi pilihan adriana boleh memuatkan 5-7 orang dewasa bergantunglah size badan pelanggan. Kalau kanak-kanak pandailah pilih beca ikut kesesuaian bilangan sesebuah keluarga. ada lagu-lagu dimainkan semasa beca bergerak. baru meriah .

Nak gerakkan beca nie harus menggunakan kekuatan kaki yakni sila kayuh beramai-ramai ye... kalau tidak bergabung tenaga, selamatlah beca tersadai tak bergerak berat kot.. apa yang penting kerjasama tak gitu!




Harga Beca Putrajaya untuk sekali trip adalah seperti di bawah. Takdelah jauh mana pun nak bergerak dari satu point ke point tapi tang mengayuh tu adeh penat giler kot naik cramp kaki dibuatnya. Dahlah lama tak bersenam.



Pelbagai pilihan beca yang ditawarkan. Macam biasa kayuhan tenaga kaki diperlukan.


Boleh pula adriana ajak sambung naik beca kat belakang nie.. memang tak la nak layan sebab kaki dah sakit kot. Takpe hari lain ada bukan jauh pun dari rumah.



Harga sewaan sebuah Beca Kayuhan Kasih 




Bukan sahaja beca menjadi tarikan, terdapat aktiviti lain untuk anak-anak pun ada. Pendek kata pilih mana yang berkenaan dan sesuai dengan budget.



Kat dalam kedai nie pun boleh sewa kenderaan untuk anak-anak. Serius rambang mata tengok. Nasib lah adriana happy permintaan tertunai jadi benda lain tak heran dah..



Masa untuk pulang. Sempat lagi tu, bukan boleh tengok tiang pagar adriana nie laju jer kaki dia nak memanjat. 

Kalau datang waktu malam boleh tengok lampu pada beca-beca tu sangat cantik menyerlah. Dekat Ayer 8 nie ada banyak kedai makan...kedai baju...tudung... pendek kata sesuai lah tempat riadah untuk seisi sekeluarga.