Pages

20.10.17

Miang Kham

Lamaran untuk merasai Miang Kham disambut dengan tangan terbuka. Bukan senang dapat peluang makan Miang Kham iaitu makanan tradisi orang Thailand memang laju menonong la ke arah meja yang terhidang bahan-bahan miang kham. Rezeki uols.


Daun kaduk, bawang merah, kacang tanah , udang kering, limau nipis. cili padi, kelapa parut dan sos ikan antara bahan yang diperlukan untuk memperlengkapkan hidangan unik ini.


Terpaksa buat demo sebab masing-masing ala-ala jakun tak pernah makan miang kham seumur hidup. Tak payah nak blur sangat ye, lumur jer daun kaduk tu dengan sos ikan. Letak jer semua bahan tu atas daun dan terus lipat daun kaduk ikut suka asal muat masuk dalam mulut..


Serius penangan miang kham nie buat ketagih nak makan berkali-kali. Rasa manis, masam, masin dia berpadu dengan serasinya di dalam mulut. Hidangan yang susah nak luput dari ingatan bila dah cuba sekali.