Saya bukanlah penjawat awam tetapi ada kalangan kaum keluarga bekerja di sektor tersebut. Awas cabaran sedang menanti mereka!! Ikutkan gaji bulan Mei diterima kan tetapi atas faktor perayaan gaji bulan Jun akan dimasukkan ke dalam akaun seawal 7 Jun.. gila awal!! Perlu menunggu dalam 48 hari untuk menerima gaji bulan Julai.
Ingatan kepada diri sendiri juga, pandai-pandai lah menguruskan duit gaji tersebut. Jangan 'super' boros, lebihkan keperluan dari kehendak kalau tidak melopong ler tunggu gaji seterusnya. Rancang perbelanjaan dan hiduplah bersederhana tak payah nak belanja macam orang kaya. Depa memang banyak duit lain cerita..kita orang ada-ada beli mana yang perlu sesuai dengan budget yang ada.