Pages

25.7.18

Set Berpantang

Nak siapkan kelengkapan selepas bersalin nie memang mendatangkan kepeningan lagi-lagi nak cari set berpantang, aduh berpinar mata nak 'survey' satu-satu. Budget satu hal tapi semestinya nak cari set yang semuanya akan dipakai. Rugi kalau ada yang tersimpan sampai 'expired'
Masa bersalin adriana saya guna Nona Roguy (NR), kali ni nak berubah angin pula. Berkenan tengok set berpantang SPA n Mama best gak barang-barang dalam set tu tapi takde tuam dan minyak baby. Try nasib minta 'free gift'  dari seller tuam baby pun tak dapat..huhuhu .Leceh nak keluar another duit 'extra' untuk dua item tersebut.



Item-item yang terkandung dalam Set Bersalin Chantiq Manees. Temuduga kawan-kawan office yang baru balik dari cuti bersalin apa set berpantang yang depa gunakan. Macam-macam brand ada tapi saya tertarik nak cuba Set Bersalin Chantiq Manees.. All in One gitu meliputi ibu dan anak.

Bergantung ada yang suka beli loose item dan yang suka cari complete set macam saya. Pandai-pandailah cari ikut kesesuaian diri sendiri.