Pages

27.11.18

Puding Jagung

Untungnya hai perut nie bila dikelilingi orang yang suka memasak @ baking. Sesekali pasti dibawa sesuatu untuk dijamu kepada kawan-kawan. Sejenis manusia yang bukan kuat makan pun, tapi gemar memberi orang makan. InsyaAllah murah rezeki mereka.
 
Seperti pagi ini dapatlah kami merasa puding jagung buatan tangan akak bilik sebelah 'department sales. Walaupun saya bukan peminat makanan menggunakan jagung tapi bila orang dah memberi, haruslah tak tolak untuk merasa....Alhamdullilah.

23.11.18

Blood Test

Sebaik sahaja HR offer 25 tempat untuk ''Blood Test', dengan konsep siapa cepat dia dapat,
limited seats ..sepantas kilat saya reply email tersebut.
Bila ada peluang begini memang tak lepas.. Sponsored by company, kalau buat kat luar mau makan beratus jua kos nak keluar duit poket sendiri lagi.

Meliputi kiraan indeks jisim tubuh (BMI) , ujian air kencing dan akhir sekali ujian darah. Bagus juga untuk periksa tahap semasa kesihatan, cegah sebelum ada penyakit tersembunyi datang menyinggah.
Results tak dapat 'on the spot' kena tunggu minggu hadapan sebab test kit perlu dibawa ke makmal terlebih dahulu untuk pemeriksaan lanjut.