Program Amanah Dana Anak Malaysia (ADAM50) dari kerajaan memang bagus untuk anak-anak kecil belajar menabung. Insentif RM200 akan diberikan kepada bayi warganegara Malaysia yang mendaftar, cuma ia tak boleh dikeluarkan sehingga umur 18tahun.
Saya register di Pejabat Pos. Isi sehelai borang dan lampirkan salinan IC ibubapa/penjaga, mykid dan surat beranak baby. Cuma pastikan ibu/bapa mempunyai akaun ASB sebab ADAM50 baby ini akan diletakkan dibawah akaun bijak/remaja bagi memudahkan 'parents' monitor akaun pelaburan anak.
Cuma sedihnya ADAM50 ni akan berakhir pada 31hb Mac 2019 disebabkan kurang sambutan alahai sayang pada yang tak merebut peluang. Bagi anak-anak yang lahir tahun 2018 masih berkelayakan untuk mendaftar jangan bertangguhlah ye ibu bapa. Sekejap jer tak ambil masa yang lama pun.