Sewaktu mula-mula berpindah ke Cyberjaya memang 'happy' sangat sebab parking kat sini banyak gila, lepas tu free ye takde charge sesen pun. Selamat poket dari keluar additional cost. Tapi betullah mana ada benda FREE kat dunia nie.. hangpa jangan mimpi di siang hari la ye. Sekali management building dah mula caj parking kat sini haih ternganga masing-masing dibuatnya
Serius kapitalis punya harga...mujurlah saya car pool dengan suami tapi kesian tau dekat kawan-kawan pejabat saya yang bawa kereta. Satu hal nak keluar 'extra expenses'. Dahlah gaji tak naik-naik..huwaaaa sedih!! Pilihan yang ada hanyalah parking di tepi jalan luar dengan risiko disaman polis atau ditunda MPS.
Diharapkan management building dapat review parking rate nie kepada kadar yang lebih 'reasonable'. Tak beragak kan nak kaut untung. Bukan nya boleh parking di basement pun..masih perlu parking di open area yang berpanas berhujan. tiada la special mana pun..