Pages

19.12.19

3 Budak Gemuk Cyberjaya

Sebut pasal nama 3 budak gemuk saya agakkan apa lah, tapi setelah carian google rupanya mereka  sangat terkenal dengan set nasi dan sambal gesek yang pedas. Rasanya ada keluar kat TV3 tapi baru bertapak kat cyberjaya dan sudah pasti menjadi tumpuan orang sekitar untuk mencuba set nasi mereka.
Tak terkecuali saya and the gang lunch. Beratur panjang semata-mata nak makan tengahari. Mujur la ada tempat kosong sebab apa yang saya perhati, ramai yang lepas makan akan terus bangun tak ada lah nak lepak lama-lama kat meja makan.
.


Mula2 buat pesanan dan bayar di kaunter pertama. Kemudian beratur semula di kaunter sebelah bagi mendapatkan makanan. Ada pilihan samada ayam atau daging. Opps jangan hilangkan resit kerana air minuman perlu diambil di ruangan air pula. Pendek kata sistem layan diri la nie.




Saya dan kawan-kawan order set nasi ayam kicap tanpa telur (RM8) bersama air mineral (RM2). Selambak sambal dia bagi. Tak sangka sambal gesek dia oh pedas dia berdeting ye kawan-kawan. Kalau tahu, memang saya tak ambil sambal dia awal-awal lagi haaaa tak termakan langsung. Tapi kalau yang makan pedas memang tip top la rasa dia.



Ada desserts sebagai pencuci mulut.. Sapa suka Pancake bolehlah cuba.


Lokasi 3 Budak Gemuk cawangan Cyberjaya terletak di bangunan Centrus Mall
D-LG-3, Block D, Centrus Mall,
Lingkaran Cyber Point,
CBD Perdana 3, Cyberjaya