Alang2 ada nearby Sungai Buloh husband ajak pergi Kedai Bakery. Nak cari Eesen ada orang pesan, Sis on jer takde hal. Singgahlah dekat LMC Bakery World sebab tempat lagi takde barang yang dimahukan.
Orang masuk kedai bakeri cari ramuan buat kuih atau kek. Kami beli essen untuk buat campuran umpan ikan. Hahaha layan.
Berderet pelbagai jenis Essen tapi yang dicari adalah Blueberry Essen. Tak tahu la apa yang special sangat nak guna jenis ni. Sis cakap dengan husband. Ini umpan kayangan betul diaorang guna. Tengok 500g pun RM45.40 bapak mahal. Minat masing2 kan kita respek jelah.
Husband sis tanya dekat staff kaunter ada tak yang 1000 gram?? Hambik kau puas hati botol besar 1000gram Esen Blueberry dan 3 jenis essen perisa lain dalam botol standard kecil dibawa pulang.