Pages

28.11.22

Keladi Lambuk

Subur betul pokok keladi lambuk yang naik dekat tepi rumah mak sis. 

Tanam dari anak pokok pemberian Makcik dari Perak.

Kalau mak sis tak tanam sampai skang pun tak tahu rupa keladi lambuk.

Ada orang yang panggil keladi kemumu.



Tidak seperti keladi2 yang lain. Keladi lambuk tidak menyebabkan kegatalan


Bahagian batang keladi lambuk boleh dimasak pelbagai masakan atau dibuat ulam.



Bahan2 penyediaan untuk masak lemak batang lambuk. Mak sis nak perkenalkan masakan batang 

lambuk pada anak dan nmenantu dia. Orang bandar tak kenal lagi sayur tempatan yang satu ni




Batang lambuk perlu dibuang dahulu kulitnya. 








Tekstur dalaman dia berlubang2 macam span. Macam rupa batang pisang setelah dipotong nipis dan serong2...



1st time makan masak lemak batang lambuk. Isi nya lembut bila dah dimasak 

Makan dengan nasi putih memang sedap..