Banyak sis perati orang dok promote/review Hansung Honey Lemon Korea ni bagus dan baik untuk kesihatan.
Since 2-3 hari ni ada batuk2 skit, sis pun terjebak nak cuba keberkesanan dia.
Beli kat shoppe RM34.50 including postage.
Bila dah masuk mulut serius sedap. Hirisan kulit lemon dia bila dikunyah nyaman2 lalu
ditekak. Surprising rasa dia tak masam sangat. Acceptable la orang cakap.
Boleh diminum dengan air sejuk atau panas. Sis pilih mix dengan air sejuk tak perlu letak ais hanya
masukkan 1-2 sudu besar bancuh dalam air. Best tanpa gula tambahan atau bahan pengawet
Paling penting mempunyai cop HALAL Jakim.