Pages

29.10.23

Happy birthday Ilman & Naura

Happy birthday kepada dua anak saudara sis yang menyambut hari lahir mereka semalam. Sorang menginjak umur 2 tahun dan sorang mencecah 7 tahun. 

2 kek ice cream perisa coklat dan vanilla menjadi pilihan birthday boy & girl. 



Sambut simple2 je kat rumah tahun ni. 

Wish untuk kedua-duanya..... 

'' Semoga sentiasa menjadi anak yang membanggakan ibu dan ayah, membesar menjadi anak soleh/solehah dan disenangi oleh ramai orang.'' 

25.10.23

Souvenir Korea

Adik saya baru balik berkursus sebulan di Korea, jadi adalah sedikit souvenir untuk family members di Malaysia. 

Ubat gigi, hand losyen, cute stoking, gam dan set sudu+chopsticks. Ohh ada getah dan klip rambut sekali. 

Kacang ni mula-mula masuk mulut weird gila rasa. Banyak kali mengunyah aihh sedap plak rasa dia. Layan beb.. 



Macam biskut. Plain je rasa
Terima Kasih mak ngah bagi souvenir dari jauh ni. Nanti travel la lagi boleh dapat souvenirs dari negara lain plak 😊😂

13.10.23

Murni Discovery USJ

Dulu office lama sis dekat USJ

Bab nak cari makan senang sangat sebab kawasan sini banyak pilihan restaurant.

fastfood, western, makanan melayu, chinese cruinese, mamak bersepah. 

One of port lunch kitaorang Murni Discovery. Sekitar tahun 2011- 2014 aduh lupa tahun yang tepat.

Lama dah tak singgah makan sini. Rindu giler dengan kesibukan kawasan ni.

Sekarang office pun dah berpindah ke Cyberjaya

Antara menu2 yang kami order 

Nasi Goreng Butter


Nasi Lemak Sotong


Chicken Chop


Minuman sejuk.



Dulu2 portion makanan sini besar2. 
Nama air minuman dia unik2 tau dan masih ada yang dikekalkan cuma tak dapat dalam gelas besar2
Yelah seiring peredaran masa dan kenaikan kos bahan mentah yang semakin tinggi
banyak perkara perlu diubah.

12.10.23

Guardian Fun Run 2023

Selalu Fun Run yang sis join bermula awal pagi kali ini cuba kelainan lari di sebelah petang pula. 
Penyertaan pertama kami dalam Guardian Fun Run yang berlangsung di MAEPS Serdang,


Meriah perkarangan kawasan ini dengan booth2 sponsor. Aktiviti pun macam2 boleh sertai dan paling best dapat collect hadiah/samples. 


Dok usha je lori milo ni tak buka2 dari tadi. Mungkin tunggu peserta lari baru diaorang buka.


Kami join kategori 3km Family Run flag off pukul 6.15pm. 
Anak2 dah excited nak lari laju ke depan. 
Bagi chance anak yang sulong mengorak langkah dengan pesanan kita jumpa kat finishing zone
Berani lepas pun sebab kawasan ni laluan kenderaan dah kena block. 
Setiap check point pun ada Marshal yang jaga/monitor. 
Si Adik pulak tengok kakak dia dah hilang ke depan terus mengatur langkah laju. 
Bagi daddy dia je follow.....sis brisk walk tak larat la nak kejar diaorang... ..hahaha





Lautan warna oren.
Pengacara bagitau hampir 8k peserta. Kalau tak salah dengar lah :p
Kecil..besar..tua.. muda memeriahkan suasana.

 




Water station port wajib berhenti bagi  menghilangkan dahaga. 
Dapat pula air mineral sejuk segar sekejap rasanya







Lama tak jogging uols terasa jauh sungguh perjalanan nak ke garisan penamat.
kita santai2 jelah jalan.

 

Finally sampai juga ke finishing zone
Jom ambil medal dan goodies bag
Misi mencari anak2 dan suami sis dalam keriuhan ramai ni.
Masing2 tengah tunggu sis betul2 dekat kawasan keluar goodies bag..
Sejarah uols kena tinggal.. hahaha


Medal dan goodies bag untuk dibawa pulang.




Barang2 yang ada dalam goodies bag. Alhamdulilah Anak2 enjoy
insyaAllah next year kalau ada kita join lagi jika tiada halangan.