Penyertaan pertama kami dalam Guardian Fun Run yang berlangsung di MAEPS Serdang,
Lama tak jogging uols terasa jauh sungguh perjalanan nak ke garisan penamat.
Meriah perkarangan kawasan ini dengan booth2 sponsor. Aktiviti pun macam2 boleh sertai dan paling best dapat collect hadiah/samples.
Dok usha je lori milo ni tak buka2 dari tadi. Mungkin tunggu peserta lari baru diaorang buka.
Kami join kategori 3km Family Run flag off pukul 6.15pm.
Anak2 dah excited nak lari laju ke depan.
Bagi chance anak yang sulong mengorak langkah dengan pesanan kita jumpa kat finishing zone
Berani lepas pun sebab kawasan ni laluan kenderaan dah kena block.
Setiap check point pun ada Marshal yang jaga/monitor.
Si Adik pulak tengok kakak dia dah hilang ke depan terus mengatur langkah laju.
Bagi daddy dia je follow.....sis brisk walk tak larat la nak kejar diaorang... ..hahaha
Lautan warna oren.
Pengacara bagitau hampir 8k peserta. Kalau tak salah dengar lah :p
Kecil..besar..tua.. muda memeriahkan suasana.
Water station port wajib berhenti bagi menghilangkan dahaga.
Dapat pula air mineral sejuk segar sekejap rasanya
kita santai2 jelah jalan.
Finally sampai juga ke finishing zone
Jom ambil medal dan goodies bag
Misi mencari anak2 dan suami sis dalam keriuhan ramai ni.
Masing2 tengah tunggu sis betul2 dekat kawasan keluar goodies bag..
Sejarah uols kena tinggal.. hahaha
Medal dan goodies bag untuk dibawa pulang.
Barang2 yang ada dalam goodies bag. Alhamdulilah Anak2 enjoy
insyaAllah next year kalau ada kita join lagi jika tiada halangan.