Pages

16.1.24

Sunsuria Foodiethon 2024

Mark 'Done' pada 1st Fun Run 2024
Sis register satu family kategori 3KM.
Lebih kepada Walkathon santai2 je untuk kategori ni. Sambil jalan sambil ambil makanan di 4 checkpoint. 



Aktiviti sebegini of course ada peminat2 dia yang tersendiri. Gigih bangun pagi2 datang ke Sepang untuk join event. Skang banyak property company buat run events.

Pelepasan kategori 10km dan 5km terlebih dahulu. Last baru 3km punya turn. 



Starting points memang takde ruang nak mencelah. Enjoy the morning view la kita. 




Ada jalan yang ditutup sementara bagi memberi laluan kepada peserta events berlari/jalan. 


Luas kawasan University Xiamen ni. 



Sampai kita ke 1st check point. 
Berhenti untuk makan pisang dan minum air. 
Bila dah jadi peserta hujung2 ni banyak pisang benyek2 yang tinggal. Bagus adik2 khemah ni dok pilih2 kan yang mana hat nmpk cantik. 







2nd checkpoint
Ni best sebab dapat muffin. 
Cuma air peach dia rasa agak pelik.. 
Sorry tak sedap. 






Perjalanan masih perlu diteruskan sebab ada checkpoint yang perlu dikunjungi. 

Checkpoint 3 paling havoc dan sempoi. 
Untung hat hujung2 ni sebab stock banyak lagi depa bagi jer sape2 nak ambil lebih. Kita kasi clear stock gitu.. 









Checkpoint 4 ni candy lover sukalah
Banyak gula2 tapi sayang ada banyak berterabur kat bawah. Bila dah ramai nak ambil accidentally la kan terjatuh.

Maybe kalau diaorg packing dalam plastik kecil lebih senang nak diedarkan. 



Finally sampai ke end points. 
Ambil medal dan roti sebagai refreshments.
Actually ada byk booth2 kat area belakang. Luas kawasan sini. Even orang ramai pun tak terasa too crowd ke apa.. 
Ada lucky draw session tapi dok layan anak2 beratur nk makan free pop corn terlepas nak tengok.. Hahaha.. 


Overall pengalaman menarik bila dapat join event ni. 
InsyaAllah.. Kita cari next Fun Run yang lain plak. .