Pages

27.2.24

Essen Badam

Jom ke kedai barangan bakeri LMC Bakery World, Sungai Buloh.

Biasa kalau datang sini mesti mencari bahan buat umpan mancing ikan 

Bukan untuk hasilkan kek atau biskut hahahahah.. 


Kita follow jer tak banyak kedai bakeri yang menjual barang yang dicari. 

Kebetulan ada yang mengirim order sekali.
 
Botol berisi warna jernih adalah essen badam. 

Botol2 kecil yang berwarna tu pula adalah essen flavour epal dan strawberry 

Macam pelik plak kan bahan2 ni yang dibeli.

Tapi kaki2 mancing depa gunakan ia untuk membuat somprot atau spray pada umpan bagi menarik 

kehadiran ikan terutamanya ikan patin.


22.2.24

Bercuti & Menang Melaka

Last week sis dan family bercuti selama 3hari 2 malam di Melaka.
Kebetulan ada contest bercuti & menang sempena tahun melawat Melaka 2024. 
Terus korek2 segala resit makan/minum .. hat shopping2 kat Melaka pun atttachkan sekali bersama invoice penginapan nak cukupkan syarat punya pasal.


Setiap 3 bulan sekali bermula dari bulan Jan hingga Dec 2024 ada cabutan bertuah.. hadiah2 utama dia memang syok.. Harap2 ada lah rezeki sis menang sebuah kereta.. Amin.. 


Kami menginap di Chalet Darul Aslah Pengkalan Badak.
First time sampai kawasan sini. Baru tahu betapa meriahnya dengan limpahan homestay/chalet kiri kanan jalan. 
Jarak ke laut dekat sangat, puas hati la anak2 nak merasa mandi laut. 










Nak ke kedai makan pun jalan kaki jer
Kami datang sini hari khamis sampai sabtu.. Orang pun x ramai datang lagi. 
Suasana tenang.. sesuai sangat nak healing2. 

19.2.24

Markisa Brazil

Dari jauh dok terpandang2 buah apa atas meja tu? 

Sis tertanya2 sebab tak pernah nampak kat mana2 lagi.

Tapi bila staff galeri lebah melaka panggil2 suruh try campuran madu + markisa brazil yang dikisar. Sis on je lah. 

Owhh.. Baru lah tahu nama sebenar buah ni adalah Markisa Brazil


Unik bentuk buah markisa ni. Ada jantan dan betina. Tapi masa staff tu explain sis berdiri jauh skit jadi x clear plak apa dia cerita. 


Rasa masam2 manis. 
Sis tak boleh masuk kat tekak hat2 masam ni. Tapi pengalaman baru dapat kenal, lihat dan rasa buah markisa brazil ni. 



13.2.24

Rambut CNY

Rambut anak2 dah makin panjang. 
Tengok pun serabai je rupa masing2. 
Meh la kita ke salon rambut kasi potong molek2

Rate gunting rambut RM20 budak2 zaman skang. 
First time datang saloon ni. Redah jer almaklumlah banyak kedai tutup cuti CNY. 
Walk in je..sekali rezeki plak time ni takde customer lain terus duduk tak yah nak tunggu turn. 




Saloon Level 1. Luas selesa tempat dia. 
Cutting style anak2 suka. Kemas. 
Dah potong rambut kemas anak2 pun selesa. Takde nak tergaru2 kepala dengan cuaca panas skang.