Pages

22.2.24

Bercuti & Menang Melaka

Last week sis dan family bercuti selama 3hari 2 malam di Melaka.
Kebetulan ada contest bercuti & menang sempena tahun melawat Melaka 2024. 
Terus korek2 segala resit makan/minum .. hat shopping2 kat Melaka pun atttachkan sekali bersama invoice penginapan nak cukupkan syarat punya pasal.


Setiap 3 bulan sekali bermula dari bulan Jan hingga Dec 2024 ada cabutan bertuah.. hadiah2 utama dia memang syok.. Harap2 ada lah rezeki sis menang sebuah kereta.. Amin.. 


Kami menginap di Chalet Darul Aslah Pengkalan Badak.
First time sampai kawasan sini. Baru tahu betapa meriahnya dengan limpahan homestay/chalet kiri kanan jalan. 
Jarak ke laut dekat sangat, puas hati la anak2 nak merasa mandi laut. 










Nak ke kedai makan pun jalan kaki jer
Kami datang sini hari khamis sampai sabtu.. Orang pun x ramai datang lagi. 
Suasana tenang.. sesuai sangat nak healing2.