Pages

1.6.25

Senarai AI

Sis tertarik dengan perkongsian dari expert digital mengenai senarai AI yang boleh membantu kerja menjadi lebih effisien, cepat dan mudah untuk disiapkan

Sis catit disini sebagai rujukan kita bersama: 

 1. chatgpt.com – Dapatkan jawapan serta-merta untuk apa saja soalan.

 2. pika.art – Cipta video menggunakan AI, cepat dan kreatif.

 3. krea.ai – Reka logo profesional dalam sekelip mata.

 4. fliki.ai – Tambah voiceover automatik pada video atau skrip.

 5. gamma.app – Bina dokumen dan slide menarik tanpa stress.

 6. elevenlabs.io – Klon suara anda atau cipta suara baharu yang realistik.

 7. tome.app – Buat pembentangan yang cantik dan cepat.

 8. runway.ml – Edit video macam pro dengan bantuan AI.

 9. suno.ai – Hasilkan muzik original dengan hanya beberapa klik.

 10. descript.com – Sunting audio dan podcast dengan mudah.

 11. relume.io – Reka laman web moden tanpa perlu tahu coding.

 12. reccloud.com – Tukar teks kepada suara dalam pelbagai gaya.

 13. picwish.com – Edit gambar dengan cepat dan automatik.

 14. perplexity.ai – Buat penyelidikan pantas, macam ada pembantu peribadi.

 15. lumalabs.ai – Cipta model 3D secara visual dengan AI.

Credit :  FB Wan Muhd Ali