Pages

Showing posts with label Amal Kebajikan. Show all posts
Showing posts with label Amal Kebajikan. Show all posts

16.8.16

Program Qurban Nusantara - Kemboja 1437H


BIT Group Sdn Bhd dengan kerjasama Yayasan Ar-Raudhah, akan melaksanakan ibadah qurban di Wilayah Pursat, Kemboja.  Daging hasil penyembelihan haiwan qurban tersebut selanjutnya akan di bahagikan kepada warga dilingkungan daerah Wilayah Pursat, khususnya untuk golongan yang tidak bernasib baik hidup dalam kemiskinan dan kefakiran.  Sebahagian besar daripada mereka ini tidak mampu untuk menikmati masakan daging kecualilah pada hari raya qurban sahaja. 
Muslimin dan muslimat yang berminat untuk menyertai Program Qurban Nusantara - Kemboja 1437H bolehlah menghubungi nombor yang tertera di atas untuk maklumat selanjutnya.



11.8.15

Selamatkan Tom Cruise

Kasihan mengenangkan nasib kucing jalanan yang baru kawan saya cerita dalm FB semalam. Kena langgar dek kereta.. teruk gak keadaan miaw yang diberi nama Tom Cruise ....patah riuk sana sinun.. menangis kaw2 sebab sahabat saya sayang sangat kucing nie. Ibarat penyeri keceriaan tempat niaga..
Cuma kos rawatan jadi sedikit masalah sebab last week dia baru hantar seekor kucing jalanan @ Kembang kat klinik haiwan..banyak belanja dah keluar.. tu pun ada ihsan peminat2 kucing yang menderma...
Jadi sahabat saya sangat berharap jika ada pihak2 yang sudi menghulurkan sumbangan untuk kos rawat Tom Cruise.. tak sanggup tengok tom cruise menderita..at least boleh kurangkan beban yang sahabat saya perlu tanggung..
 

Boleh terjah FB sahabat saya Abuya Aboi untuk cerita dan maklumat lanjut.
Nak no account ke apa roger dia ye...


Gambar Tom Cruise

7.7.15

Donate & Fill a Plate

Saban tahun World Hunger Relief (WHR) aktif menerusi kempen mereka membantu menangani isu kebuluran yang berlaku di seluruh dunia. Bayangkan anak2 kecil yang terpaksa menahan kelaparan kesan dari faktor2 ekonomi. Bagaimana mereka hendak membesar dengan baik jika kekurangan zat2 yang diperlukan oleh tubuh badan.?? 

Sebab tu lah sokongan orang ramai amat2lah diperlukan bagi menjayakan MISI BESAR ini. Ayuh sama2 kita mainkan peranan bersama2 WHR mencapai 10,000 plates bagi membantu golongan sasaran. Uols boleh memilih berapa plates yang ingin diderma....satu plates berkadaran RM5. Lagi banyak plates uols derma lagi ramai uols bantu.. Check FB World Hunger Relief  ye!

Satu plate dari me.. 

Kerjasama dari Badan2 Korporat QSR Brands (M) Holdings Sdn Bhd sememangnya amat2 dipuji. Uols boleh juga menderma apabila membeli set hidangan pembelian WHR di mana2 rangkaian KFC dan Pizza Hut.

 Ayuh!! Kita bantu dan ringankan beban mereka yang memerlukan..Biar kan hanya senyuman dan keceriaan mengutum diwajah mereka. 


19.3.15

Bantuan Kewangan

Wajah anak kecik yang menghidap penyakit hati kronik, kala ini amat2 memerlukan sumbangan dari orang ramai bagi menampung kos pembedahan yang cukup tinggi. Andai ada kemampuan.. sudi-sudi lah menghulurkan bantuan agar dapat meringankan beban keluarga dan pembedahan dapat segera dijalankan. 

Mereka bakal pemimpin negara satu hari nanti, namun satu masalah membelenggu kerana pusat pendidikan untuk anak2 kecik ini menimba ilmu sedikit tergendala pembinaannya akibat kekurangan dana. Marilah sama2 berganding bahu memberi sedaya termampu agar impian mereka untuk belajar di sini menjadi kenyataan..insyaAllah
Semoga Allah murahkan rezeki dan mempermudahkan urusan kita pada hari ini dan hari-hari mendatang..Amin


30.12.14

Sukarelawan Banjir Diperlukan

Alhamdullilah..begitu tinggi keprihatinan rakyat Malaysia, tatkala membantu saudara2 yang mengalami musibah banjir di beberapa buah negeri ketika ini. Masing2 tidak lokek mengembleng masa, tenaga dan wang ringgit bagi mengurangkan beban mereka di sana...

Sangat2 terharu pabila sekalian rakyat2 malaysia berganding bahu tanpa mengira kaum mahupun agama dan politik. Semalam me pergi Mydin, uii bayangkan masing2 sibuk memborong barang keperluan untuk diedarkan kepada mangsa2 banjir.. Bertroli-troli okey sampaikan setengah rak kat situ kosong....habis stok! Alhamdullilah me pun sempat beli setakat mana yang termampu untuk disumbangkan nanti. 
Semoga saudara2 kita di Pantai Timur dan negeri2 yang terlibat tabah dan sabar. menghadapi dugaan nie. Moga Allah melindungi mereka dan kita semua rakyat Malaysia.. Amin.


21.10.14

Bantuan Pembedahan Adik Jasmin

Andai ada kemampuan, marilah kita hulurkan sedikit sumbangan bagi membantu membiayai rawatan adik Jasmin yang menghidapi penyakit jantung berlubang. Kesian sangat me tengok wajah sayu si kecil yang menanggung beban sakit.

InsyaAllah, sumbangan yang diperolehi nanti membolehkan adik Jasmin mendapatkan rawatan yang diperlukan dengan segera mungkin. Sama2 kita doakan semua urusan pembedahan berjalan lancar dan semoga adik Jasmin cepat sembuh. Amin.


16.4.14

PrayForAdikNasuha

Tersentuh hati me apabila membaca status penderitaan adik kecil Nasuha yang menderita sakit jantung, katanya memerlukan pembedahan segera. Me update dekat sini untuk perhatian uols yang ingin membantu adik nasuha. Kos pembedahan dan rawatan sudah tentu menelan belanja berpuluh-puluh ribu.. insyaAllah sama2 kita membantu sekurang-kurangnya dapat mengurangkan beban keluarga adik Nasuha.
Sebarang pertanyaan dan sumbangan bolehlah disalurkan kepada bapa adik nasuha Wan Azman Sulaiman sebagaimana tertera diatas. Semoga adik Nasuha kembali sembuh .. Amin!



5.11.13

Bantuan Untuk Rumah Nurul Kasih Hasanah

Mohon bantuan kepada tuan/puan,..RKNH kini sedang kekurangan barangan keperluan harian seperti :-

beras
minyak
gula
biskut
sardin
telor
kicap
cili sos
sos tiram
bihun
rempah ratus (kari,kurma,4 beradik)
perasa minuman
cili kering
ikan bilis
bawang merah
bawang putih
kentang
susu pekat
susu tepung
milo
teh
barangn basah (ayam ,ikan,nugget,sosej)
horlick
clorox
sabun cuci pakaian
sabun cuci lantai
sabun cuci pinggan
sabun mandi
ubat gigi
pempers baby (S,M,XL,XXL)
susu baby (Ducht Lady 1,2,3 dan Dumex Durgo 4,5,6 )

Sumbangan juga boleh disalurkan terus ke akaun :

Maybank = 562777213969 atas nama Rumah Kasih Nurul Hasanah

CIMB = 1434 0001 8331 08 atas namaPusat Jagaan Kasih Nurul Hasanah

Bank Islam =12-113-01-004951-2 atas nama Pusat Jagaan Kasih Nurul Hasanah

sumbangan dalam bentuk cek atas nama Rumah Kasih Nurul Hasanah atau Pusat jagaan Kasih Nurul Hasanah

RKNH boleh memberikan Resit Pelepasan Cukai (LHDN) atas untuk sumbangan RM500 ke atas.

Rumah Kasih Nurul Hasanah (RKNH)
Asrama dan Rumah Transit Untuk  :-
*Anak Yatim
*Fakir Miskin
*Saudara Baru
*Ibu Tunggal
*Warga Emas
*Insan-insan yang teraniaya
*Pusat mengumpul dan agihan bantuan
*Perlindungan sementara untuk orang yang dianiayai
Alamat : Rumah Nurul Kasih Hasanah
              No1,Jalan Pimping Kanan Ukay Height, Ampang, 68000, Selangor
No Tel :  03-42533500
FB : https://www.facebook.com/rknurulhasanah