Pages

Showing posts with label GST. Show all posts
Showing posts with label GST. Show all posts

2.4.15

Aduan Mengenai GST

Memasuki hari kedua, pelbagai reaksi dapat dilihat....macam2 luahan di media2 sosial, dada2 akhbar. Current issue paling hot sekarang nie.
Rata2 masih keliru perjalanan GST nie..tambahan lagi ada peniaga yang dikesan mula mengambil kesempatan mengenakan caj GST sedangkan premis mereka tidak berdaftar dengan GST.. minta resit ye untuk semakan. Tiada GST ID, tiada GST 6%.



Contact No KPDNKK Seluruh Malaysia

 KPDNKK War Room - 03-8882-6245
KPDNKK Main - 1800-88-6800
KPDNKK Perlis - 04-979-5000
KPDNKK Kedah - 04-700-1800
KPDNKK Kelantan - 09-741-6000
KPDNKK Melaka - 06-234-5822
KPDNKK Negeri Sembilan - 06-6017-490
KPDNKK Pahang - 09-573-2153
KPDNKK Melaka - 05-241-4611
KPDNKK Pulau Pinang - 04-2552-555
KPDNKK Terengganu - 09-6204-179
KPDNKK Selangor - 03-5512-5485
KPDNKK KL -03-4045-4471
KPDNKK Johor Bahru -07-2272828
KPDNKK Labuan -07-2272-828
KPDNKK Sabah -08-7423-152
KPDNKK Sarawak -08-7423-152


Benda baru masih pening2 lalat nak adapt. Tapi jika terdapat aduan atau pertanyaan salurkan kepada talian Pusat Gerakan Anti Pencatutan (PGAP) KPDNKK untuk tindakan lanjut. Harapnya Gomen agresif lagi bagi penerangan pada pengguna2.. biar semua jelas dan terang.


31.3.15

GST Bill TNB

Aiseyman rupa-rupanya elektrik pun bakal dikenakan caj GST. Aihh keperluan asas kot eletrik nie awat nak caj GST?? Apa yang me faham, penggunaan 300kwh pertama tak kena GST,  itupun tertakluk hanya kepada pengguna domestik sahaja. Tetapi jika bill bulan tersebut melebihi 300 kwh memang selamatlah kena caj GST...tak boleh lari uols.

Benda basic patut gomen bagilah keutamaan..bagi chance rakyat bernafas skit.. Kalau gini punya gaya.. takyah ditunggu campaign earth hour setahun tu..silap2 ada yang volunteer earth hour tiap2 malam.
Lebih details mengenai Caj GST pada pengguna2 domestik bolehlah layari laman web TNB.. 


25.3.15

GST Google Translate

Baru ku tahu..rupa2nya google pun tak mesra GST tau.. tak percaya?? Cuba buat satu exercise.
1) Masuk ke Google Transle
2) Set Malay to English
3) Type ayat berikut "GST ada kebaikan"
4) Tadaaa tengok hasil translation --> GST is no good

Hai pandai betul Google nie..memahami sungguh isi hati kita semua kan..hahaha..jangan marah2 gurau2 ajer noo..lawak pagi hari.


Senarai Barangan Yang Dikenakan GST

Panduan buat rakyat seluruh Malaysia yang akan menghadapi hari2 bersama GST bermula minggu depan. Sama2 kita menghitung hari ye huhu...Ingat tau kawan2, tax GST sebanyak 6% bagi barang2 keperluan yang diproses serta perkhidmatan tercatat dalam senarai. 


Segala senarai penuh boleh lihat dalam listing pdf. Maybe ambil masa nak faham sebab listing dia agak panjang, Silap2 haribulan nak pergi shopping terpaksa bawa nota panjang nak filter mana kena GST mana tak....tapi macam banyak barang kena GST..acaner tu??


Dari hujung rambut hingga hujung kaki semuanya kena count on 6% GST...budget kena kira betul2...Huhu..Bila kos pengeluaran meningkat sampai kat end user sah2lah pasti ada harga barang terpaksa dinaikkan..ingat peniaga nak absorb kos..memang tak lah..

Entahlah takut cantik di kertas tapi realiti menekan rakyat. Susah nak baik sangka dengan GST nie. sebab implikasi dia tetap berbalik kepada kita semua. Faham2 jerlah dekat Malaysia once barang naik no more turun2 balik..


22.12.14

MEPS GST Caj

Amboi banyak songeh betul GST ni tau, seboleh2nya sana sini nak caj. Kena sedut sikit dalam kepala otak nie jenis2 barangan dan perkhidmatan yang bakal dikenakan GST tahun depan.. kalau tak, ada terkejut badak bila tengok resit nanti..haha..buat gigil tangan dibuatnya..
Caj GST pada transaction MEPS.. dulu RM1 soon RM1.06 sekali transaction. Cuma kadar GST tidak akan dikenakan terhadap jumlah wang yang dikeluarkan melebihi RM100 ke atas. Pengeluaran dibawah RM100 selamatlah dicaj. Kalau tak nak kena caj 6 sen, pandai2lah carilah ATM mesin bank yang sama dgn kad ATM.