Pages

Showing posts with label Kereta. Show all posts
Showing posts with label Kereta. Show all posts

9.3.17

Tayar Pancit Lagi

Kisah yang berlaku masa cuti Thaipusam bulan lepas, Alang-alang cuti, kitaorang satu family plan nak keluar pergi 'shopping'. Elok-elok jalan ke tempat parking terperasan tayar kereta belakang kereta dah pancit sebelah.
Ahh sudah, semalam petang elok jer tayar kereta nie,  Tak semena-mena time kita nak keluar dia pancit pulak. Tanpa berlengah lagi, encik suami terus keluarkan tayar spare kat dalam bonet. Dah tak boleh nak gerak kemana, terpaksalah tukar ke tayar sementara.


Belum selesai masalah nie sebenarnya.. lepas sessi tukar tayar, kena pergi bengkel kereta untuk proses seterusnya. Nak tau, apa punca yang menyebabkan tayar kitaorang pancit?? nie ha besi penyebab yang hampir seinci panjang dia. menyucuk tayar mana tak pancit kan.



Aiii.. tangan comel sapa tu kalu bukan adriana yang sibuk nak pegang besi tu.. 



Sebab kebocoran pun sedikit cuma tampal jer tayar yang pancit tu..Tak payah nak tukar baru.. Kos dalam RM5 sahaja. Lepas tu dah boleh guna semula tayar yang asal tadi. Masalah selesai dah boleh jalan-jalan. hehehe.






3.7.15

Tayar Bocor

Elok2 keluar 10 meter dari tol LITRAK terdengar bunyi angin berdesing dari luar kiri kereta. Uiikk cuak kitaorang dibuatnya, terus husband me cari spot sesuai nak benti check..bahaya kan main benti2 tepi jalan. Tengok2 tayar belakang dah kempis uols! Aduhhh camner nie.. celah mana nak cari bengkel kereta..
No choice lorr, angkat bonet keluarkan tayar spare....nasib baiklah ada time2 emergency nie! Tools pun siap2 standby tapi berpeluh2 lerr tengah panas nak menukar tayar.. dahlah bulan puasa memang dugaan sungguh. Kering tekak oiii..

Tengok! terbenam dua batang paku dalam tayar..haiii mana tak kempis angin dibuatnya. Pelik kan celah mana paku2 nie boleh duduk aman damai atas jalan raya. Dah terkena sabar jerlahhh..


uiii ingat kan nak bawak tayar nie pergi tampal..check punya check sekali ada kesan hirisan.. jawabnya kena buang lah tak boleh digunakan lagi. no wonder la dengar bunyi berdesing awal2 tadi.ini punca utama dia. rasanya terkena besi atas jalan kot.

Resit kena air...haha...jawabnya terpaksa beli tayar baru. Tapi macam okeylah harga kat kedai tayar area seri kembangan nie..


Kesimpulannya makesure dalam kereta sentiasa ada tools dan tayar spare yang bersesuaian takdelah haru di tengah jalan hehehe..jangan lupa pandu cermat jiwa selamat.