Pages

25.7.18

Set Berpantang

Nak siapkan kelengkapan selepas bersalin nie memang mendatangkan kepeningan lagi-lagi nak cari set berpantang, aduh berpinar mata nak 'survey' satu-satu. Budget satu hal tapi semestinya nak cari set yang semuanya akan dipakai. Rugi kalau ada yang tersimpan sampai 'expired'
Masa bersalin adriana saya guna Nona Roguy (NR), kali ni nak berubah angin pula. Berkenan tengok set berpantang SPA n Mama best gak barang-barang dalam set tu tapi takde tuam dan minyak baby. Try nasib minta 'free gift'  dari seller tuam baby pun tak dapat..huhuhu .Leceh nak keluar another duit 'extra' untuk dua item tersebut.



Item-item yang terkandung dalam Set Bersalin Chantiq Manees. Temuduga kawan-kawan office yang baru balik dari cuti bersalin apa set berpantang yang depa gunakan. Macam-macam brand ada tapi saya tertarik nak cuba Set Bersalin Chantiq Manees.. All in One gitu meliputi ibu dan anak.

Bergantung ada yang suka beli loose item dan yang suka cari complete set macam saya. Pandai-pandailah cari ikut kesesuaian diri sendiri.

11.7.18

Latihan Pratikal @ Intership - FatehTeam

Syarikat Fatehteam mempelawa para pelajar IPTA/IPTS yang masih mencari tempat untuk Latihan Industri (Praktikal) sepanjang tahun.

Sekiranya anda sedang mencari tempat menjalankan latihan praktikal atau intership dalam bidang berikut :-
1) Graphics Designer / Multimedia
2) Marketing / Sales
3) Business Administrator / Management
4) Management / Admin

Lokasi adalah di Petaling Jaya, Selangor

Jika berminat, sila email dokumen-dokumen berikut di fatehteam@yahoo.com
1) Surat Permohonan Latihan Industri
2) CV/Resume bersama gambar terkini
3) Tempoh masa latihan industri / praktikal atau terus hubungi Cik Akma : 03 - 777 24314

Info Lanjut ::
http://www.fatehteam.com/latihan-praktikal/

6.7.18

Farewell Dinner Zakiah

Adui, sedih sangat bila ada sorang lagi geng office nak berhenti kerja. Kitaorang adalah 'try slow talk' kot-kot terpengaruh dengan pujukan suruh extend tarikh 'resigned' tapi sikit pun tak goyah, keputusan dia tetap muktamad. Takpe kita as a friends hormat jerlah.
Geng pejabat bagitau nak sambut ''farewell'' dia lepas habis kerja. Saya on jerlah walaupun masih dalam mood cuti sakit (MC) gigih kan jua sebab hari ini 'last day' kot minah tu kerja karang berzaman la boleh jumpa sebab mesti masing-masing sibuk dengan komitmen sendiri.

 

Plan asal nak menketedarah ''korean food'' tapi kedai dia level 3 dekat Shaftsburry Cyberjaya, alahai malas mak buyung nak menapak jauh-jauh terus saya request tukar ke tempat lain dan akhirnya kata sepakat makan-makan dekat Domino Pizza


Nama pun 'last minute plan' mesti ada ahli yang dapat tak datang. Takpelah yang ada pun dah cukup memeriahkan suasana


Hujung-hujung majlis baru ada penampakan set-set lelaki yang datang....depa baru balik dari kerja on-site.. konon malu-malu kucing nak join..mengadala korang...padahal dah berapa tahun kerja sebumbung...nyampah!


Mentang-mentanglah masa nie tak ramai 'customer' melepak, berposing sana sini la kitaorang


Part mengedik atas tangga paling akak lemah skang, terus ambik kedudukan paling selamat di atas..


Terselit budak kecik kat sebelah ..nanti sentap kalau tak masukkan dia sekali..


Bakal pengantin baru di sebelah saya.. Selamat maju jaya Zakiah Nadimin....Keep in touch dan semoga lebih 'success' ...dapat kerja yang lebih  masyuk nanti. Sementara tengah jadi penganggur terhormat nie, enjoy the moments la sebelum beralih ke alam hidup berumahtangga.

1.6.18

GST Zero Rated 0%

Seperti yang dinanti-nanti berkuatkuasa 1hb Jun 2018, kadar GST dikurangkan kepada 0%.

Tiada lagi caj 6% yang tertera dalam resit pembelian di kedai dan dan tentunya harga akan menjadi sedikit penurunan kerana pembeli cuma membayar pada harga barangan sahaja.



Jika peniaga masih ingkar dan mengekalkan harga yang sama seperti GST dikenakan (ada GST), pengguna boleh membuat aduan ke KPDNKK.






 Credit KPDNKK FB


atau  Download EzAdu KPDNKK

Android -https://play.google.com/store/apps/details?id=com.kpdnkk.ezaduforandroid

Apple - https://itunes.apple.com/my/app/ez-adu-kpdnkk/id1012529241?mt=8



Lagi bagus kalau pengguna/pembeli ada menyimpan resit pembelian sebelum GST Zero Rated boleh buat perbandingan harga. Senang nak buktikan ada penipuan harga dari peniaga.