Pages

23.11.18

Blood Test

Sebaik sahaja HR offer 25 tempat untuk ''Blood Test', dengan konsep siapa cepat dia dapat,
limited seats ..sepantas kilat saya reply email tersebut.
Bila ada peluang begini memang tak lepas.. Sponsored by company, kalau buat kat luar mau makan beratus jua kos nak keluar duit poket sendiri lagi.

Meliputi kiraan indeks jisim tubuh (BMI) , ujian air kencing dan akhir sekali ujian darah. Bagus juga untuk periksa tahap semasa kesihatan, cegah sebelum ada penyakit tersembunyi datang menyinggah.
Results tak dapat 'on the spot' kena tunggu minggu hadapan sebab test kit perlu dibawa ke makmal terlebih dahulu untuk pemeriksaan lanjut.

9.8.18

Durian

OMG!! Betul-betul terkesima dengan kejadian musim durian tahun ini. Dengan izin Allah, syukur alhamdullilah durian menjadi-jadi di negeri-negeri seperti Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Pahang. Bila banyak tempat berjaya mengeluarkan hasil yang banyak, kita boleh fahamlah penawaran melebihi permintaan. Sekaligus harga durian boleh distabilkan ke paras yang lebih rendah. Pehh macam ahli ekonomi bercakap!...hahahha.

Pembeli boleh tersenyum sebab harga durian lebih murah.. tak payah nak berkira-kira nak membeli. Tak payah nak sekat-sekat kehendak padahal durian tu buah-buahan tempatan kan seharusnya murah sebab orang Malaysia kan peminat no 1 'King of Fruit' . Puas hati bila tengok durian kampung boleh dinikmati serendah RM4- RM10 sekilogram.

Cuma rezeki saya nak menikmati durian terpaksa disekat bila dah memegang jawatan mak buyong. Hai nasib la tak sampai tahap teringin. Tapi jangan ada yang makan depan mata la kang saya pang jugak situ!!!Sifat durian kan panas sungguh tak berani nak ambil risiko walaupun ada yang kata makanlah seulas dua, hai takutlah tak rasi dek badan.
Durian dari kampung belah suami.. nie rezeki orang kampung bagi. Ambil gambar kejap terus saya masuk rumah, tak yah buang masa tengok depa pelahap durian... jaga-jaga dengan nafsu nie nak layan jenuh. :)

31.7.18

Buah Majakani

Mula-mula nak cari cari serbuk majakani sebab malas nak main tumbuk-tumbuk. Masuk 2-3 kedai jamu tapi satu pun tak jual. Mujurlah ada kedai india yang jual buah majakani. Takpe kita gunakan blender kasi hancur sampai jadi serbuk.


Sepeket RM2.50. Beli gara-gara terkena buasir masa 'pregnant' nie.....tak pernah2 ada. Seksa betul menanggung sakitnya,  nak jalan pun serupa penguin pulang petang.
Blend manjakani sampai hancur sehingga menjadi serbuk. Ambil sedikit jer serbuk tu letak sedikit air jadikan ia seperti pes. Lepas tu letak di tempat buasir. Seeloknya letak sebelum tidur biarkan ia semalaman dan basuh semasa mandi pagi nanti. InsyaAllah tak sampai seminggu buasir tersebut gerenti kecut dan sakit pun akan berkurangan.

30.7.18

Tempat Makan Cyberjaya

Port baru untuk lunch telah berjaya ditemui. Officemate saya kalau tahu ada tempat makan nak diteroka laju jer langkah depa. Walaupun tempat nie tak delah gempak mana, tapi ia kemestian kitaorang ke sana sekurang-kurangnya sebulan sekali.


Orang Melayu tak boleh dipisahkan dengan masakan berlauk. Mengigil kalau sehari tak pekena makanan sebegini.

 Boleh tahan seleksi lauk pauk yang ditawarkan. Tak banyak tapi boleh buat mata rambang.


Pilihan untuk air sejuk samada Tea O Ais dan Sirap Ais...kalau tak minum ais boleh minta air suam. Air percuma jer.
Harga setiap nasi beserta 2-3 lauk yang kitaorang ambil tak lebih RM8 mengikut jenis lauk. Bagi saya agak berpatutan kalau tengok standard tempat Cyberjaya nie..

Inilah tempat yang saya maksudkan tadi. Kafe yang terletak di dalam kawasan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Kalau nak merasai makanan kat sini, masa nak masuk kat pintu depan bagitau pak guard yang uols nak pergi lunch. Nanti depa benarkan masuk.
Bagi yang tak pernah datang boleh cuba sendiri masakan kafe tersebut. InsyaAllah mesti terasa nak datang lagi macam kami. Selagi tak jemu kita mai bak kata kawan saya.