Pages

4.12.22

Program Adiwira Kerjaya

Aktiviti kerjaya yang berlangsung di sekolah anak sis. Murid- murid digalakkan memakai uniform atau pakaian bekerjaya. Tapi bagi yang tak mempunyai baju kerjaya, it's okey boleh pakai baju sukan sekolah.

Program Adiwira Kerjaya 

🧑🏻‍🚒Hari    : Selasa

🧑🏻‍✈️Tarikh : 29 November 2022

🧑🏻‍🌾Masa. : 1.20 Petang - 6.10 Petang

Seminggu sebelum acara cikgu maklum dalam whatsapp group kelas untuk parents buat persiapan. Sis beli online je uniform yang anak nak pakai nanti. Cari local seller dekat Lazada takut jauh2 kang tak sampai  sebelum hari program naya nak menjawab dengan anak sendiri😅

Uniform pilihan kerjaya anak sis adalah astranout. Warna oren striking naw2. Dari jauh dah boleh nampak.. haha ikutkan sis nak beli tambahan helmet viral kecil pakai macam topi astronaut tapi dia tak nak. Mak2 kan bab gini suka sangat..


Pelbagai gaya uniform kerjaya yang anak2 sekolah tadi pakai. Kreatif dan comel sgt...bomba..askar..polis.. cikgu..nurse..dll.
Satu pengalaman yang cukup menarik bagi mereka. Macam  anak sis seronok dia bercerita ada cikgu yang ajak bergambar dan kawan2 yang tegur uniform dia cantik.. 

28.11.22

Keladi Lambuk

Subur betul pokok keladi lambuk yang naik dekat tepi rumah mak sis. 

Tanam dari anak pokok pemberian Makcik dari Perak.

Kalau mak sis tak tanam sampai skang pun tak tahu rupa keladi lambuk.

Ada orang yang panggil keladi kemumu.



Tidak seperti keladi2 yang lain. Keladi lambuk tidak menyebabkan kegatalan


Bahagian batang keladi lambuk boleh dimasak pelbagai masakan atau dibuat ulam.



Bahan2 penyediaan untuk masak lemak batang lambuk. Mak sis nak perkenalkan masakan batang 

lambuk pada anak dan nmenantu dia. Orang bandar tak kenal lagi sayur tempatan yang satu ni




Batang lambuk perlu dibuang dahulu kulitnya. 








Tekstur dalaman dia berlubang2 macam span. Macam rupa batang pisang setelah dipotong nipis dan serong2...



1st time makan masak lemak batang lambuk. Isi nya lembut bila dah dimasak 

Makan dengan nasi putih memang sedap..


26.11.22

PM 10 - Dato Seri Anuar Ibrahim

Tahniah kepada Datuk Seri Haji Anwar bin Ibrahim diatas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10.
Semoga kepimpinan Datuk Seri dapat membawa lembaran baharu kepada Malaysia ke arah ekonomi yang lebih stabil, lebih cemerlang, sejahtera dan harmoni.


25.11.22

Kenny Rogers Roasters (KKR)

Haritu anak2 request nak makan luar. Si kakak tetiba nak makan 4fingers tapi lokasi paling dekat kena masuk D'pulze Mall. Hmm bila tengok traffic flow yg  masuk ke situ bersusun masuk terus kitaorang tukar plan lain, tak rajin plak berpusing2 nak cari parking nanti. 

Since dah lama tak layan Kenny Rogers Roasters (KKR) dan budak2 ni pun setuju. Jomlah kita makan kat sini je.  

Ketinggalan betul depa dah guna menu digital .. scan QR Code boleh pilih selection makanan dan minuman. Dah confirm baru panggil waiter untuk ambil order.


Orange juice, dessert ice cream ini si adik yang pilih. Muffin chocolate dan vanilla pilihan anak-anak.



Kenny's Quarter Meal. Common set kalau kami makan KKR. ada banyak makanan lain quite rambang mata juga nak pilih. Takpe next time boleh cuba yang lain-lain .



Crispy Fish Fillet. 



Alhamdullilah kenyang perut semua. Pinggan pun licin bermakna tiada pembaziran makanan. 
Mohlah kita bayar dan beransur pulang.